Cara Tanam Pokok Mangga (Betul dan Mudah)

Cara Tanam Pokok Mangga (Betul dan Mudah)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Tanam Pokok Mangga (Betul dan Mudah)

Mangga ataupun nama saintifiknya Mangifera indica merupakan buah yang amat dikenali di seluruh dunia. Tanaman ini sangat digemari masyarakat dunia kerana keenakan rasanya yang manis dan teksturnya yang lembut serta sesuai dimakan bagi semua peringkat umur.

Buah mangga Tanaman ini pada mulanya berasal dari negara India dan kini telah popular hampir ke seluruh dunia. Di Malaysia, buah mangga mendapat sambutan hangat oleh masyarakat dan sering keputusan bekalan disebabkan permintaan yang tinggi.

 

Baca Juga : Cara Tanam Pokok Betik  (Betul dan Mudah)

Varieti

Setiap varieti mangga boleh dibezakan melalui bentuk, saiz, panjang dan juga tekstur isinya. Terdapat banyak varieti mangga yang berada di Malaysia, akan tetapi hanya beberapa varieti sahaja yang terpilih untuk diusahakan secara komersial seperti:

 

Keperluan Asas Tanaman

Pokok mangga boleh hidup dengan amat baik dan subur pada tanah jenis loam lempung berpasir pada kedalaman yang sesuai. Kawasan penanaman hendaklah mempunyai sistem saliran yang baik bagi memastikan tiada isu air bertakung yang boleh menyebabkan kerosakan pada akar.

Dari sudut geografi, kawasan yang ideal untuk tanaman ini adalah pada kawasan tanah yang rata. Kawasan yang sedikit beralun juga sesuai asalkan ianya mencapai piawaian tertentu iaitu kawasan berada pada sekitar ketinggian 0-1200m di atas aras laut serta menerima taburan hujan sekitar 75-375mm setahun.

Selain itu, tanah hendaklah mencapai nilai pH 5.5-7.5 untuk kesesuaian yang terbaik. Manakala untuk suhu pula, adalah sekitar 25-27°C. Tanaman ini memerlukan tempoh dimana cuaca kering diperlukan bagi meransang pendebungaan, persenyawaan dan pembungaan yang stabil dan baik.

 

Penyediaan Tanah

Sebelum memulakan penanaman, pembersihan kawasan hendaklah dijalankan menggunakan jentera ladang dengan implementasi bajak bagi membaiki semula struktur tanah.

 

Penyediaan Benih

Kebiasaannya, benih boleh dibiakkan menggunakan kaedah cantuman mata tunas. Terlebih dahulu untuk melaksanakan cantuman tersebut, pokok penanti diperlukan untuk proses ini. Pokok penanti boleh diperolehi dengan menyemai biji benih mangga.

Pertama sekali, ambil biji benih mangga dan rawat dalam larutan racun kulat. Kemudian, semai biji benih tersebut pada tanah dan laksanakan penyiraman secara berkala sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari untuk memastikan ianya kekal lembap.

Biarkan selama 2-3 minggu sehingga berlaku percambahan benih. Selepas itu, benih yang telah bercambah itu perlu dipindahkan ke dalam polibeg berisi tanah campuran berkomposisi (5:2:1) setelah mencapai umur 4-5 minggu. Aktiviti cantuman mata tunas boleh dijalankan setelah pokok penanti berusia 4-5 bulan.

Cantuman mata tunas amat sinonim dengan tanaman mangga kerana ianya murah, menghasilkan pokok yang lebih produktif serta menjamin peratus kejayaan yang tinggi berbanding menggunakan biji benih.

 

Penanaman

Untuk memulakan penanaman, perlu diketahui bahawa cuaca memainkan peranan penting dalam kejayaan penanaman. Oleh itu disyorkan untuk dijalankan pada peringkat awal musim hujan. Penanaman mangga tidak memerlukan batas, akan tetapi memerlukan sistem penanaman yang betul bergantung kepada kepadatan tanaman dan varieti yang digunakan. Penjarakan ideal yang disyorkan dalam mengatur penanaman adalah seperti berikut:

 

Cara Tanam Pokok Mangga (Betul dan Mudah)

Setelah mengenalpasti jarak tersebut, laksanakan ‘lining’ atau pembarisan dengan menanda jarak tersebut menggunakan batang kayu atau besi. Kemudian, lot yang telah ditanda itu hendaklah digali pada ukuran 60 x 60 x 60cm. Tanah yang dikorek tadi perlulah dibiarkan untuk dicampur dengan campuran baja organik dan baja CIRP. Untuk setiap lubang yang disediakan, pastikan digaul dengan 5-10kg baja organik dan 200g baja CIRP.

Biarkan lubang tersebut selama 1 bulan sebelum menanam benih. Setelah tamat tempoh tersebut, anak benih semaian yang telah disediakan sudah boleh ditanam pada lubang tersebut. Pastikan semasa penanaman plastik polibeg telah ditanggalkan daripada benih.

 

Pembajaan

Berikut adalah jadual program pembajaan bagi tanaman mangga:

 

Cara Tanam Pokok Mangga (Betul dan Mudah)

Pemangkasan

Tujuan pemangkasan dijalankan adalah bagi mengekalkan keseimbangan antara dahan dan ranting serta meransang pertumbuhan buah. Hal ini kerana, pada setiap pokok mangga akan terdapat beberapa dahan yang tidak produktif. Oleh itu, ianya perlu disingkirkan supaya tidak menjejaskan pertumbuhan bahagian lain disebabkan persaingan nutrien.

 

Pengairan

Pemberian air untuk tanaman mangga agak sedikit rumit kerana musim kering berpanjangan akan menjejaskan pertumbuhan bunga dan buah. Bagi mengelakkan perkara tersebut terjadi, penyiraman secara berkala sebanyak 2 kali sehari hendaklah dilaksanakan secara konsisten. Selain itu, kadar pemberian air akan sentiasa berubah mengikut peringkat umur pokok.

 

Cara Tanam Pokok Mangga (Betul dan Mudah)

Penjarangan dan Pembukusan Buah

Sebaiknya kedua-dua langkah ini dijalankan pada masa yang sama untuk penjimatan tenaga dan masa. Bagi proses penjarangan, hanya 2-3 biji buah sahaja yang dibiarkan pada setiap tangkai. Tujuan ianya dijalankan adalah bagi menghasilkan buah yang seragam dari segi saiz dan bentuk.

Setelah penjarangan dijalankan, buah telah boleh dibungkus selepas 40-45 hari selepas pembentukan putik bunga. Terlebih dahulu buah-buah tersebut hendaklah disembur dengan racun serangga dan kulat sebelum dibungkus. Pilih buah yang berkualiti dan sihat untuk dibungkus.

Kaedah yang betul bagi pembungkusan mangga adalah dengan membungkus setiap buah satu per satu dengan menggunakan beg kertas.

 

Penuaian Hasil

Sedia maklum bahawa, tempoh kematangan buah mangga adalah bergantung kepada varieti. Oleh itu tiada tempoh spesifik yang menjelaskan bila ianya boleh dituai. Buah yang dituai hendaklah mencapai peringkat kematangan yang sesuai dan bergantung kepada permintaan pasaran. Bagi memastikan kualiti buah yang dipetik terjamin, penuaian hendaklah dijalankan dengan cermat dan teliti.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *