Cara Tanam Bunga Matahari (Mudah dan Betul)

Cara Tanam Bunga Matahari (Mudah dan Betul)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Tanam Bunga Matahari (Mudah dan Betul)

Jadi bagaimana cara tanam bunga matahari? Bunga matahari ataupun nama saintifiknya Helianthus annuus telah diusahakan oleh beberapa negara terutamanya Eropah sebagai tanaman industri bagi meningkatkan ekonomi negara. Ianya boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti produk makanan dan lain-lain. Di negara Eropah, penghasilan minyak sayuran menggunakan bunga matahari amat aktif sehinggakan menjadi aset komoditi utama dalam menjana ekonomi.

Seperti yang kita sedia tahu, kita pernah memakan kuaci dan itu juga produk hasil daripada pemprosesan bunga matahari. Selain untuk penghasilan produk hiliran, ianya juga mengandungi pelbagai khasiat penting terhadap kesihatan. Bunga matahari mengandungi vitamin E dan C dimana ianya membekalkan sumber antioksidan yang tinggi bagi merawat pelbagai jenis penyakit antaranya ialah sakit jantung. Di Malaysia, penanamannya dijalankan sebagai tanaman hiasan.

 

Baca Juga : Cara Tanam Pokok Kucai (Mudah dan Betul)

Varieti

Perbezaan bagi setiap varieti jelas boleh dibezakan dari segi ketinggian, warna dan bilangan kelopak. Berikut adalah beberapa varieti yang bersesuaian ditanam di Malaysia:

  • Mammoth Grey
  • Velvet Queen
  • Evening Sun

 

Keperluan Asas Penanaman

Terdapat beberapa syarat mudah yang perlu dipenuhi bagi menjayakan penanaman bunga matahari. Secara umum, tanaman ini boleh tumbuh dengan baik di kawasan tanah rendah yang bersuhu tidak melebihi 25°C, mempunyai kesuburan yang stabil, menerima sinaran matahari yang banyak serta mempunyai saliran yang baik. Secara terperinci dari segi jenis tanah dan pH, pastikan tanah bersifat neutral dan mencapai nilai pH sekitar 6-7. Sebagai saranan, saya mengesyorkan penggunaan tanah campuran yang mengandungi kandungan organik yang tinggi untuk hasil yang lebih terjamin.

 

Penyediaan Benih

Pertama sekali adalah dapatkan benih bunga matahari terlebih dahulu. Untuk mendapatkan pokok bunga matahari, ianya hendaklah ditanam menggunakan biji benih. Kebiasaannya, biji benih akan dibeli daripada kedai, pasaraya ataupun melalui online. Tidak boleh sama sekali menggunakan kuaci untuk dijadikan sebagai benih semaian kerana ianya telah diproses dan dimasak dan tiada sebarang kebarangkalian ianya akan tumbuh sekiranya ditanam.

Untuk lebih penjimatan, anda boleh sahaja mendapatkannya daripada rakan-rakan yang mempunyai bunga matahari di rumah. Seterusnya untuk pemilihan biji benih, pastikan benih yang diperolehi dalam keadaan sihat dan berkualiti. Untuk jaminan yang lebih baik, rendam benih yang diperolehi dalam air bancuhan racun kulat ataupun menjemur benih tersebut.

 

Penyemaian

Setelah itu, benih tersebut sudah boleh disemai samada pot atau dulang semaian menggunakan media tanah campuran berkomposisi (3:2:1). Untuk melakukan penyemaian tersebut, buat lubang sedalam 3cm dan masukkan bahagian benih seperti gambar di bawah:

Sekiranya menggunakan dulang semaian, masukkan sebiji benih dalam setiap lubang. Manakala untuk pasu atau pot, gunakan 1-3 biji benih. Kemudian, laksanakan penyiraman pada kadar yang secukupnya dan letakkan benih semaian itu pada kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Pendedahan benih terhadap cahaya matahari, pastikan adalah selama 6 jam sehari. Akhir sekali, biarkan selama 1 minggu sehingga benih mencapai ketinggian yang sesuai untuk dipindahkan iaitu 5cm.

 

Penanaman

Setelah tamat tempoh 1 minggu penyemaian, benih sudah boleh dialihkan samada pada batas ataupun pasu yang lebih besar. Tanah untuk penanaman hendaklah menggunakan komposisi tanah yang sama sewaktu penyemaian. Sekiranya ditanam pada batas, pastikan jarak tanaman adalah 45cm antara pokok.

 

Penjagaan

Siram bunga 2 kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Letakkan kayu sokongan dan ikat sekiranya pokok sudah terlalu tinggi. Pangkas tunas yang tumbuh selepas 3 bulan kerana ianya sudah tidak berkesan dan kurang baik.

 

Kawalan Perosak

Tanaman ini mudah diserang oleh belalang, beluncas dan siput. Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan racun serangga seperti malation mengikut arahan yang tertera pada label.

  • Belalang
  • Siput babi

 

Pembajaan

Baja NPK (15:15:15) dan baja organik boleh diberi sebanyak 2 kali sebulan.

 

Penuaian

Bunga matahari akan tumbuh setelah mencapai usia 2 bulan dan sudah boleh dijual. Sekiranya dibiarkan lebih lama, pokok akan mulai kering dan bunga bleh dicantas bagi mendapatkan biji benih baru untuk penanaman semula.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *