CARA SEMAK STATUS PERKAHWINAN : ONLINE e-SYARIAH

CARA SEMAK STATUS PERKAHWINAN : ONLINE e-SYARIAH
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA SEMAK STATUS PERKAHWINAN : ONLINE e-SYARIAH

Tahukah anda cara semak status perkahwinan seseorang? Mungkin Ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan sudah mewujudkan portal e-syariah iaitu satu pangkalan data mengenai status perkahwinan dan penceraian seseorang individu. Laman ini juga berguna sekiranya anda ingin menyemak dahulu status sebenar calon pasangan anda sama ada sudah berkahwin atau tidak.

Dengan e-syariah, maka seseorang individu lelaki beragama Islam tidak lagi boleh membuat helah masih solo/duda untuk berkahwin lain dengan sewenang-wenangnya.

Untuk menikmati kemudahan yang disediakan dalam portal ini, anda perlulah membuat pendaftaran keahlian terlebih dahulu.

Baca Juga : SPPIM: Cara Daftar Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin Islam Di Malaysia

SENARAI PERKHIDMATAN e-SYARIAH

Sebagai pengguna portal, anda akan menikmati perkhidmatan berikut secara percuma:

  • Pra-Pendaftaran Dalam Talian.
  • Langganan Surat Berita E-Syariah.
  • Penyemakan Status Kes Syariah Dalam Talian.
  • Ahli yang berdaftar sebagai Peguam Syarie boleh menyemak status kes klien di seluruh negeri.
  • Ahli yang berdaftar sebagai Pendakwa Syarie boleh menyemak status kes di seluruh Negara dalam talian.

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN UNTUK ORANG AWAM

Bagi orang awam, laman e-Syariah menyediakan pelbagai kemudahan atas talian untuk anda antaranya:

  1. Semakan kes
  2. Carian Peguam Syarie
  3. Maklumat Peguam Syarie
  4. Permohoonan Peguam Syarie
  5. Permohonan Peguam Syarie dengan Pembayaran

SOALJAWAB PERKAHWINAN

Laman ini juga menyediakan beberapa soal-jawab ringkas beberapa isu penting antaranya:

  1. Perceraian
  2. Perkahwinan
  3. Fasakh
  4. Li’an
  5. Hadhanah
  6. Faraid
  7. Mutaah
  8. Umum

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai topik-topik di atas, anda boleh melayari halaman Soalan Lazim.

Berikut adalah cara semak status perkahwinan :

CARA SEMAK STATUS PERKAHWINAN DI e-SYARIAH

Semua orang Islam yang telah mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah mengikut undang-undang di Malaysia boleh mendaftarkan permohonan dan tuntutan di mana-mmana Mahkamah Syariah tempat mereka bermastautin.

Untuk melakukan semakan status perkahwinan, layari portal e-Syariah di alamat http://www.esyariah.gov.my/.

Semakan boleh dibuat dengan memasukkan maklumat nombor kad pengenalan dan maklumat perkahwinan atau penceraian seseorang individu tersebut akan dipaparkan dalam laman porrtal ini.

Untuk makluman, segala maklumat yang dipaparkan dalam laman ini diperolehi daripada kesemua Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak).

 

SEMAKAN STATUS PERKAHWINAN DI JPN

  • Jika anda ingin membuat semakan rekod perkahwinan melalui Sistem Pengkomputeran JPN anda haruslah terlebih dahulu menentukan permohonan yang dibuat oleh pemohon cabutan atau carian.
  • Jika rekod perkahwinan tidak wujud dalam data JPN, pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan carian data perkahwinan terlebih dahulu.
  • Proses permohonan mengambil masa 14 hari bekerja
  • Bayaran RM5.00 bagi setiap tahun carian.
  • Pemohon yang layak memohon adalah Seorang Daripada Pasangan, Anak Pasangan, Ibu/Bapa kepada Pasangan, Saudara Kandung (Adik Beradik) dan Peguam.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK SEMAKAN STATUS PERKAHWINAN DI JPN

1.Borang Pemeriksaan dan Carian Daftar Perkahwinan (JPN.KC09).

2.Kaunter: Mykad ASAL bagi warganegara atau salinan MyKad jika melalui pos.

3.Pos: Pasport ASAL dan salinan di mukasurat maklumat diri (jika bukan warganegara).

4.Surat kuasa daripada pemilik Daftar Perkahwinan, jika berkaitan (ASAL).

5.Permohonan yang dibuat melalui pejabat peguam :

  • Borang JPN.KC09.
  • Surat lampiran dari pejabat peguam (ASAL).
  • Surat lantikan kuasa dari anak guam (ASAL).
  • Salinan kad pengenalan peguam dan anakguam.
  • Salinan daftar perkahwinan (sekiranya ada).
  • Salinan sijil lahir anak (sekiranya berkaitan).
  • Salinan dokumen perceraian (Sijil Dekri Nisi Mutlak dari Mahkamah / JPN.KC32).
  • Surat permohonan daripada pemohon jika permohonan dibuat melalui pos (ASAL).
  • Surat wakil kuasa kepada wakil firma guaman daripada firma guaman.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh menghubungi terus pihak pengedali portal e-Syarah melalui salah-satu kaedah berikut:

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
Telefon: 03-8887 9200
Faks: 03-8887 9500

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *