Cara Semak No Akaun Tabung Haji Guna IC (Jika Terlupa / Tak Ingat)

Cara Semak No Akaun Tabung Haji Guna IC (Jika Terlupa / Tak Ingat)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Semak No Akaun Tabung Haji Guna IC (Jika Terlupa / Tak Ingat)

Tahukah anda, salah satu cara semak no akaun tabung haji adalah dengan menggunakan IC. Memang menjadi kebiasaan apabila kita terlupa no akaun ataupun password, namun terlupa no ic jarang berlaku. Di sini kami ajarkan bagaimana caranya.

Baca Juga : Cara Deposit Akaun Tabung Haji Tanpa Caj (JOMPay atau THiJARI)

Cara semak no akaun Tabung Haji guna IC melalui telefon

Biasanya, ini berlaku kepada warga emas atau orang tua-tua yang berusaha gigih untuk semak no akaun sendiri tanpa bantuan anak-anak.

Jika anda salah seorang daripada warga emas yang tidak mahu menyusankan anak-anak, sila ikuti langkah-langkah mudah ini:

  • Buat panggilan ke Tabung Haji Contact Centre di talian 03-6207 1919
  • Beritahu mereka anda mahu buat semakan nombor akaun
  • Maklumkan nombor kad pengenalan baru anda 12-digit, bukan kad pengenalan lama yang berwarna biru
  • Tunggu sebentar di talian
  • Jika tiada masalah, pegawai di talian akan memaklumkan nombor akaun Tabung Haji anda
  • Selesai

 

Semakan Melalui Kaunter

Andai kata anda tidak berapa pandai mahu gunakan telefon; ataupun takut terkena scam akau kes penipuan, kami sarankan anda ke mana-mana cawangan Tabung Haji yang berdekatan.

  • Hadirkan diri ke mana-mana cawangan Tabung Haji terdekat
  • Ambil nombor giliran
  • Tunggu sehinga nombor giliran dipanggil
  • Maklumkan kepada pegawai bahawa anda ingin menyemak nombor akaun Tabung Haji anda
  • Kami sarankan, anda maklumkan pegawai bahawa anda juga ingin semak baki akaun Tabung Haji anda
  • Jika tiada masalah, pegawai akan mencetak nombor akaun TH anda berserta penyata terkini
  • Selesai

 

 

Cara Semak No Akaun Tabung Haji Guna IC Melalui Online

Ini adalah cara yang paling mudah sekali. Cuma anda tidak perlukan nombor IC untuk buat semakan.

Ini kerana kaedah log masuk Tabung Haji online yang dipanggil THiJARI ini, tidak memerlukan pengesahan nombor kad pengenalan. Anda hanya perlu login menggunakan username yang anda create dulu.

Untuk orang-orang tua yang tidak ada akaun THiJARI, anda boleh minta bantuan anak-anak untuk daftar THiJARI secara percuma.

 

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *