CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM : ONLINE ATAU SMS 

CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM : ONLINE ATAU SMS 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM : ONLINE ATAU SMS

Tahukah anda cara semak keputusan SPM secara online atau sms? Ada beberapa kaedah bagi anda untuk membuat semakan keputusan spm antaranya semakan di sekolah, semakan secara online dan juga melalui sms. Para calon boleh lah membuat pilihan untuk menggunakan kaedah yang bersesuaian.

CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM ONLINE

Untuk buat semakan secara online, anda boleh pergi ke pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM.

CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM MELALUI SMS

Bagi semakan secara sistem pesanan ringkas atau SMS anda boleh buat dengan cara berikut:

SPM<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888

Contoh – SPM 021001105620 WB001A001

SEMAK KEPUTUSAN SPM DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada Tarikh yang akan diumumkan kelak.

Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 8 Jun 2023.

PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

Sistem ELP hanya dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM. Permohonan boleh dibuat secara online di elp.moe.gov.my dengan caj RM100 bagi setiap mata pelajaran.

Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:

  • Bagi Permohonan Melalui Pos
    • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
    • Cek persendirian tidak diterima sama sekali.
  • Sekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan
    • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
    • Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
  • Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM KES ‘T’

Bagi calon yang mendapat keputusan “T” boleh membuat permohonan penyemakan semula kes “T” bermula 30 hari SELEPAS tarikh pengumuman keputusan.

Dengan syarat calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur/Ujian Mendengar/Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya anda

Permohonan boleh dibuat secara online di elp.moe.gov.my dan tiada caj dikenakan bagi semakan kes “T”

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *