CARA SEMAK KEPUTUSAN MRSM 2024 : TINGKATAN 1 & 4

CARA SEMAK KEPUTUSAN MRSM 2024 : TINGKATAN 1 & 4
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA SEMAK KEPUTUSAN MRSM 2024 : TINGKATAN 1 & 4

Tahukah anda cara semak keputusan MRSM 2024? Bagi tahun 2024, MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.

Pada sesi 2023, MARA menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar.

KRITERIA KEMASUKAN MRSM

Kemasukan ke MRSM pada tahun ini mengambil kira 2 kriteria berikut:

  • lulus Ujian Kecenderungan Kecemerlangan Kemasukan ke MRSM (UKKM) atau Ujian Khas Ulul Albab
  • merit Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga.

PROGRAM YANG DITAWARKAN MRSM

MRSM menawarkan enam program iaitu

  1. MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
  2. MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP)
  3. MRSM Ulul Albab
  4. MRSM Program Khas Pendidikan (PKP)
  5. MRSM Premier
  6. MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

TARIKH SEMAK KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM 2024

Tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM sesi 2023 boleh disemak mulai 18 Januari 2024.

Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari. Tawaran berkenaan dianggap terbatal, jika calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh ditetapkan.

Pengumuman awal ini juga bagi mempermudahkan urusan ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak yang terpilih ke MRSM bagi sesi ini.

Bagi yang masih belum mendapat panggilan, anda boleh membuat semakan pada tarikh seterusnya iaitu:

  • 15 Februari 2024
  • 29 Februari 2024

CARA SEMAK KEPUTUSAN MRSM SESI 2024

Cara membuat semakan keputusan MRSMsesi 2022 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Mara di www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah
  2. Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.
  3. Keputusan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
  4. Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.
  5. Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.

Selain semakan online di portal UKKM MARA, calon yang berjaya ditawarkan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

RAYUAN KEMASUKAN MRSM SESI 2024

Cara membuat permohonan rayuan adalah seperti berikut:

  1. Login dan buat semakan keputusan di pautan
  2. Jika ada butang rayuan boleh buat rayuan online
  3. Jika tiada butang rayuan, maksudnya:
    • Keputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima
    • Ibu bapa dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin)
    • *Calon yang tidak melepasi syarat kelayakan minima UKKM tidak akan ditawarkan tempat kemasukan ke MRSM. Tawaran masih berdasarkan merit walaupun telah dikeluarkan daripada senarai hitam MARA.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan anda, sila hubungi MARA di saluran berikut:

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *