CARA SEMAK DIVIDEN KWSP 2024 : TAHUN KEWANGAN 2023

CARA SEMAK DIVIDEN KWSP 2024 : TAHUN KEWANGAN 2023
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA SEMAK DIVIDEN KWSP 2024 : TAHUN KEWANGAN 2023

tahukah anda cara semak dividen KWSP? Walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),masih tidak mengumumkan berkenaan Dividen KWSP bagi hasil pada tahun 2023, namun ramai yang beranggapan kadarnya lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hal ini, boleh teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

APA ITU KWSP?

KWSP bermaksud Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. KWSP adalah skim simpanan persaraan wajib yang diuruskan kerajaan di negara seperti India, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Mexico dan negara-negara lain; yang seakan program Keselamatan Sosial Amerika Syarikat. Seperti namanya, KWSP di Malaysia adalah satu bentuk jaring keselamatan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai menyediakan faedah persaraan kepada ahli-ahlinya.

Di Malaysia, KWSP (juga dikenali sebagai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau EPF) adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan mengikut undang-undang Malaysia, iaitu Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang memberi faedah persaraan kepada ahlinya melalui sumbangan mandatori daripada dua pihak: sebahagian daripada gaji pekerja dan sumbangan majikan bagi pihak pekerja mereka. KWSP sebenarnya menyediakan kerangka kerja bagi majikan untuk memenuhi kewajipan berkanun dan moral mereka kepada pekerja melalui sumbangan bulanan berterusan ke dalam dana persaraan pekerja.

Skim simpanan KWSP ini terdiri daripada dua jenis iaitu konvensional dan shariah, bagi pengguna beragama Islam anda digalakkan mengambil skim shariah, agar dapat memudahkan urusan anda supaya tidak perlu melakukan penyucian harta.

Dengan mempunyai dan menyertai akaun KWSP, anda layak menerima dividen KWSP dari tahun anda mempunyai akaun tersebut.

PENGUMUMAN KADAR DIVIDEN KWSP TAHUN 2024 BAGI TAHUN KEWANGAN 2023

Dividen KWSP adalah pengagihan sebahagian pendapatan syarikat (dividen) kepada pemegang saham (Pengguna KWSP) berdasarkan peratusan skim simpanan yang telah dipilih oleh pengguna KWSP iaitu skim simpanan konvensional atau simpanan shariah.

Walaupun masih belum di umumkan, ramai yang beranggapan kadar Dividen akan mencecah 6.5%

KADAR DIVIDEN KWSP BAGI TAHUN SEBELUMNYA

Anda boleh melihat jadual dividen KWSP untuk tahun-tahun sebelumnya untuk melihat penambahan dan pengurangan dividen yang diterima dari tahun KWSP diperkenalkan:

KADAR DIVIDEN KWSP

CARA SEMAK DIVIDEN KWSP 2024

Terdapat tiga (3) cara yang boleh anda lakukan untuk menyemak dividen KWSP, iaitu:

  • Pergi ke cawangan KWSP berhampiran anda;
  • Pergi ke Kiosk KWSP, atau;
  • Secara atas talian melalui i-Akaun.

Berikut adalah langkah membuat semakan dividen online melalui i-Akaun.

  1. Layari www.kwsp.gov.my atau terus ke pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Pergi kepada ikon Login
  3. Masukkan ID yang telah ditetapkan.
  4. Pastikan Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia adalah tepat.
  5. Masukkan Kata Laluan anda
  6. Klik “View Details” di bahagian menu Dividen.
  7. Perincian Dividen tahun 2024 akan dipaparkan

*Nota: Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda daftar terlebih dahulu. Anda boleh lihat kaedah pendaftaran i-Akaun dibawah.

CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP

Dibawah merupakan langkah pembukaan i-Akaun bagi ahli KWSP.

  1. Mendaftar i-Akaun di mana-mana cawangan KWSP atau Kiosk KWSP berhampiran anda.
  2. Layari www.kwsp.gov.my atau terus ke pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  3. Masukkan no. ahli KWSP sebagi Id pengguna dan kata laluan sementara yang diterima melalui SMS.
  4. Selepas mengaktifkan akaun, sila tetapkan id pengguna dan kata laluan yang baharu.
  5. Pilih imej keselematan anda dan lengkapkan frasa rahsia.
  6. Setelah berjaya, masuk semula menggunakan id dan kata laluan baharu yang telah anda tetapkan.
  7. Akhir sekali pengesahan nombor telefon TAC hendaklah dilakukan setelah berjaya log masuk.

MAKLUMAT LANJUT CARA SEMAK DIVIDEN KWSP

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Dividen KWSP 2024 di Portal Rasmi KWSP atau anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000.

Artikel berkaitan :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *