CARA SEMAK DIVIDEN ASB 2023 : TARIKH BAYARAN

CARA SEMAK DIVIDEN ASB 2023 : TARIKH BAYARAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA SEMAK DIVIDEN ASB 2023 : TARIKH BAYARAN

Tahukah anda cara semak dividen ASB 2023? Kepada pelabur Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan mengumumkan agihan pendapatan (dividen) dan bonus berkadaran sen seunit untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta Amanah Saham Nasional (ASN) bagi setiap tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023

Unit yang dilaburkan semula daripada dividen dan bonus tersebut akan dikredit ke dalam akaun pemegang unit pada awal tahun berikutnya iaitu 2024

APA ITU ASB?

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan satu bentuk pelaburan terbaik bagi kaum bumiputera yang mahu mencari sebuah instrument simpanan yang lebih efisyen dan pelaburan jangka panjang dengan risiko paling rendah.

Amanah Saham Bumiputera adalah sebuah dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia sahaja. ASB dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990 dan tujuan dana ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan satu platform simpanan dan pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan, konsisten dan memberikan pulangan yang terbaik pada para pelabur.

Dana ASB bersifat ekuiti tetap di mana harga seunit saham ASB dijual pada harga tetap iaitu RM 1.00. Selain itu, ASB tidak mengenakan sebarang caj ke atas jualan saham atau penebusan unit dan ini amat menguntungkan para pelabur.

Walaupun ASB merupakan instrument pelaburan terbaik untuk kaum bumiputera, ASB juga mempunyai kekurangan tersendiri iaitu ASB mempunyai had pelaburan sebanyak RM 200,000. Ini bermaksud pelaburan anda dihadkan kepada RM 200,000 namun jumlah pelaburan selepas perolehan dividen dibenarkan untuk melebihi RM 200,000.

KADAR DIVIDEN ASB 2023

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

TARIKH PENANGGUHAN URUSNIAGA ASB DAN ASN 2023

Makluman tarikh penangguhan urus niaga bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula pada 21 Disember 2023.

Urus niaga ASB akan dibuka semula pada 1 Januari 2024 secara online, manakala kaunter akan dibuka bermula 2 Januari 2024.

TARIKH BAYARAN DIVIDEN ASB 2023 

Semakan pengkreditan ASNB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urusniaga ASNB dan kemaskini akaun.

Semakan pengkreditan boleh dibuat mulai 1 Januari 2024 secara online di Portal MyASNB dan 2 Januari 2024 di Kaunter ASNB.

KEMASKINI MAKLUMAT PEMEGANG UNIT

Bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urus niaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit adalah dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mel di ejen-ejen atau cawangan ASNB.

Maklumat Penting:

  • Penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua Pemegang Unit.  Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB asnb.com.my.
  • Pemegang Unit/penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara atau dengan melaksanakan cetakan layan diri melalui ASNB Portal www.myasnb.com.my

CARA KIRA DIVIDEN ASB 2023

Berikut adalah cara kira dividen ASB 2023 :

  1. Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
  2. Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
  3. Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
  4. Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.

CONTOH 1

Katakan pada 1/1/2021, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Jan sehingga Dis) dan tiada lagi simpanan selepas itu.

Cara kiraannya adalah seperti berikut

  • = RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (Contohnya 5.00%)
  • = RM600

CONTOH 2

Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun. Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.

Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :

  • = RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)
  • = (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325

NOTA:

  • Dividen akan lebih banyak kita akan dapat jika kita simpan lump sum berbanding kita simpan sedikit-sedikit setiap bulan.
  • Ini adalah salah satu initiatif PNB untuk pastikan simpanan kita kekal dan tak galakkan kita sentiasa membuat pengeluaran.
  • Itu sebabnya cara kira dividen ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan.
  • Jadi kalau kita buat pengeluaran, secara automatik baki simpanan kita akan berkurang.

CARA SEMAK DIVIDEN ASB 2023 ONLINE

Kini kita dah tak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB. Untuk membuat semakan dividen dan bonus, kita boleh melakukannya secara online saja melalui Portal myASNB.

myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Berikut adalah cara membuat semakan ASB online

  1. Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)
  2. Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan
  3. Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan
  4. Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan

CARA KIRA ZAKAT ASB

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja. Namun sekiranya pembayar ingin,membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.

ZAKAT DIVIDEN ASB 2023

Ringkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kada peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan. Perkara ini berkuatkuasa mulai (Akan dikemaskini)

Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT ASB 2023

Contoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = ….. x2.5% = Zakat

*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa

Baca juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *