CARA SEMAK CUKAI TANAH : ONLINE SETIAP NEGERI

CARA SEMAK CUKAI TANAH : ONLINE SETIAP NEGERI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA SEMAK CUKAI TANAH : ONLINE SETIAP NEGERI

Tahukah anda cara semak cukai tanah online? Sekiranya anda mempunyai hartanah sendiri, semestinya tanggungjawab anda kepada kerajaan negeri masing-masing adalah untuk buat bayaran cukai tanah pada tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun.

Bagaimana cara untuk membuat semakan cukai tanah dan pembayaran secara online? Disini kami kongsikan caranya, se,oga membantu.

APAKAH ITU CUKAI TANAH?

Cukai Tanah adalah Cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri kepada pemilik hartanah yang memiliki tanah di Negeri tersebut. Cukai Tanah wajib dibayar oleh pemilik hartanah.

Berdasarkan undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, Tanah yang dimiliki akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan.

Oleh itu, segeralah membuat bayaran.

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH 

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

SIAPA YANG PERLU BAYAR CUKAI TANAH?

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold).

Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

Kanun Tanah Negara menetapkan undang-undang wajib untuk semua pemilik hartanah membayar cukai tanah setiap tahun kepada Pejabat Tanah yang berkenaan.

Setiap negeri mempunyai tarikh tersendiri untuk pemilik membayar cukai tanah, namun kebanyakan negeri sudah menetapkan tarikh pemotongan pada 31 Mei setiap tahun. Kalau nak tengok di mana anda boleh semak dan bayar cukai tanah untuk semua negeri di Malaysia

CARA SEMAKAN CUKAI TANAH ONLINE

Anda boleh menyemak cukai tanah dengan melayari laman web negri anda berada seperti pautan di bawah:

  1. Selangor – https://ehasil.selangor.gov.my/app/search
  2. Pahang – https://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
  3. Kedah – https://ebayaran.ptgkedah.gov.my/
  4. Johor – https://onlinepayment.johor.gov.my/
  5. WP Kuala Lumpur – https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml
  6. Pulau Pinang – https://ebayar.penang.gov.my
  7. Sabah – http://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my
  8. Terangganu – http://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php
  9. Kelantan – https://hasiltanah.kelantan.gov.my/
  10. Perak – https://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/
  11. Perlis – https://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/
  12. Negeri Sembilan – https://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html
  13. Melaka – https://ebayar.melaka.gov.my
  14. WP Labuan – Tiada
  15. Sarawak – Tiada

CARA BAYARAN CUKAI TANAH

 Berikut adalah merupakan panduan asas pembayaran cukai tanah secara online, cara yang lebih detail mungkin sedikit berbeza bergantung pada negeri masing-masing:

  1. Layari portal pautan semakan cukai tanah negeri anda
  2. Log masuk akaun anda. Sekiranya tiada anda dikehendaki daftra terlebih dahulu.
  3. Cari akaun anda dengan memasukkan nombor akaun, hakmilik tanah, hakmilik strata atau kad pengenalan. Maklumat ini boleh diperolehi dalam bil terdahulu. Tekan butang “Cari”.
  4. Akaun anda akan terpapar jika butiran yang dimasukkan betul. Untuk membayar, tekan butang “Bayar” di bahagian bawah halaman. Anda perlu membuat bayaran melalui transaksi FPX.
  5. Log masuk profil perbankan internet anda dan buat bayaran.
  6. Cetak atau simpan resit transaksi dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran.

SOALAN LAZIM

Apa itu cukai tanah?

  • Cukai tanah yang juga dkenali sebagai Quit Rent ialah cukai yang dikenakan ke atas hartanah persendirian oleh kerajaan negeri di Malaysia. Ia ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengikut negeri.

Kenapa perlu membayar cukai tanah?

  • Dengan kutipan cukai inilah, membantu kerajaan negeri masingmasing mendapatkan pendapatan sekaligus dapat menguruskan negeri anda dengan lebih tersusun dan sistematik.

 Sekiranya gagal membayar cukai tanah, apakah kesannya?

  • Kegagalan anda untuk bayar cukai tanah mengikuti lokasi hartanah anda samada di Labuan Sabah Sarawak Kuala Lumpur Kl Putrajaya Selangor Perak Melaka Negeri Sembilan Johor Pahang Kelantan Terengganu Perlis Pulau Pinang Penang Kedah dan Perak bakal menyebabkan kerajaan negeri berhak untuk rampas hartanah anda. Ini semua tertakluk di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara. (Sila bayar cukai ckht cukai keuntungan harta tanah)

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *