CARA SEMAK CCRIS BNM : SECARA ONLINE

CARA SEMAK CCRIS BNM : SECARA ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA SEMAK CCRIS BNM : SECARA ONLINE

Cara Semak CCRIS BNM Secara Online adalah sepertiberikut. CCRIS secara ringkasnya adalah pangkalan data yang menyimpan semua rekod permohonan dan menunjukkan gambaran penuh kewangan anda.

CCRIS (Central Credit Reference Information System)  atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit, adalah sistem yang direka khas oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengeluarkan laporan kredit individu yang ingin membuat pinjaman.

Baca Juga : APAKAH SEBENARNYA OPR DAN KESANNYA KEPADA PEMINJAM

APA ITU CCRIS

CCRIS adalah ringkasan kepada Central Credit Reference Information System. Ia sangat berguna bagi memastikan anda mendapat kelulusan dalam permohonan pinjaman anda. Dengan ini, CCRIS memainkan peranan yang penting dalam memastikan permohonan pinjaman anda diluluskan.

APA ITU eCCRIS

eCCRIS merupakan sistem yang dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia. Tujuan sistem ini adalah untuk mengeluarkan laporan kredit individu. Laporan ini boleh digunakan apabila anda ingin melakukan sebarang permohonan pinjaman. Pada asasnya, CCRIS adalah pangkalan data yang menyimpan semua rekod permohonan anda dan memberikan gambaran data kewangan anda.

Maklumat dalam laporan kredit adalah penting dan digunakan untuk membantu institusi kewangan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berhubung dengan permohonan kredit. Laporan kredit juga digunakan untuk menilai kepercayaan kredit (creditworthiness) peminjam sedia ada semasa membuat kajian semula kredit secara berkala.

Oleh itu, adalah penting bahawa maklumat yang terdapat dalam laporan kredit adalah terkini dan tepat.

MANFAAT CCRIS

Biro Kredit memainkan peranan penting dalam pengurusan risiko kredit bank dan untuk menggalakkan budaya kredit yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini diakui sebagai komponen utama infrastruktur sistem kewangan yang mantap.

Pelabur-pelabur antarabangsa juga semakin mengambil kira kewujudan sistem pengurusan risiko yang berkesan dan kukuh dalam sesebuah ekonomi ketika membuat keputusan pelaburan. Ini menjelaskan mengapa semakin banyak negara membangun turut menubuhkan biro kredit.

Kewujudan Biro Kredit memudahkan institusi kewangan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi serta bertanggungjawab dan tepat pada masanya. Maklumat yang diperoleh daripada Biro Kredit juga membantu institusi kewangan mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah lain seperti kes-kes penipuan.

CONTOH HUTANG TERKAIT CCRIS

Berikut adalah senarai contoh hutang yang mungkin dimasukkan ke dalam laporan CCRIS anda.

  • Hutang PTPTN
  • Pembiayaan pinjaman peribadi bank
  • Pinjaman Rumah/Kedai dan sebagainya
  • Kad Kredit
  • Pembiayaan perniagaan dari bank
  • Pembiayaan untuk kenderaan/kereta dan sebagainya

CARA SEMAK CCRIS BNM ONLINE GUNA eCCRIS

Untuk membuat semakan CCRIS secara online pastikan anda mendaftar sebagai pengguna eCCRIS terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan cara semakan menggunakan sistem eCCRIS:

  1. Mula-mula pergi ke website https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#!
  2. Boleh pilih Bahasa Melayu/English kat atas belah kanan. Ambil pilihan untuk ‘Daftar sekarang’ atau ‘Register Now’.
  3. Isikan maklumat yang di minta. Nama, email, mykad, tarikh lahir dengan no telefon.
  4. Selepas itu, leretkan puzzle tu masuk kat tempat dia.
  5. Dan anda akan dibawa ke page link dengan bank. Untuk payment RM 1(Caj Pendaftaran RM1)
  6. Selepas pembayaran, anda dah boleh ‘Proceed to First Time Login’.
  7. Isi kan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.
  8. Lengkapkan details login anda.User ID dan password.
  9. Selesai tu, anda dah boleh login untuk pertama kalinya. Selesai login, anda terus masuk ke dashboard anda.
  10. Kat dashboard tu klik kat bahagian ‘Enquiry’ dan pilih ‘Self-Enquiry – Individual’. Jika anda pilih Bahasa Melayu, klik pada bahagian ‘Carian’.
  11. Klik agree/setuju, dan terus klik butang bawah tu.
  12. Tunggu sehingga report CCRIS anda keluar
  13. Anda juga boleh download report CCRIS tersebut

Nota: Dalam laporan akan tunjukkan maklumat penting2 sepertin tunggakan.Kalau semua ‘0’, bagus dan cantik la tu. Kalau banyak nombor lain 1,2,3,4,5 maksudnya ada tunggakan. Boleh semak lanjut dengan institusi tersebut untuk pengesahan.

CARA MEMOHON LAPORAN CCRIS TANPA HADIR KE BANK NEGARA

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memohon laporan CCRIS tanpa hadir ke Bank Negara:

  1. Muat turun Borang Permohonan di https://eccris.bnm.gov.my
  2. Lengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk:
    • 1 salinan MyKad (depan dan belakang) atau
    • 1 salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)
    • 2 dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)
  3. Hantar semua borang lengkap beserta semua dokumen melalui webform: https://telelink.bnm.gov.my
  4. Akhir sekali boleh muat turun laporan CCRIS masing-masing.

CARA SEMAK CCRIS BNM SECARA MANUAL

Bagi yang tidak mahu membuat semakan CCRIS online, anda juga boleh melakukannya secara manual melalui cara berikut:

  1. ,Kios
    • Hadir ke Kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM atau cawangan AKPK.
    • Pastikan anda membawa MyKad anda dan laporan kredit akan dicetak kepada anda pada masa itu juga.
  2. Memohon di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM
    • Hadir ke CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM.
    • Pastikan anda membawa Mykad beserta apa-apa dokumen sokongan lain yang boleh mengesahkan identiti anda seperti lesen memandu atau passport (sekiranya bukan rakyat Malaysia).
    • Laporan kredit akan diberikan kepada anda pada masa itu juga.
  3. Memohon melalui surat
    • Sekiranya anda memohon laporan kredit CCRIS menerusi surat, anda boleh memohonnya dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut :
      • Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR); https://www.bnm.gov.my/index.php?rp=ccrisform
      • Borang Pengisytiharan Pinjaman;
      • Salinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang); dan
      • Mana-mana dua dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):
        • Bil air;
        • Bil elektrik;
        • Bil telefon;
        • Penyata akaun bank;
        • Penyata kad kredit; atau
        • Penyata KWSP.
      • Sila pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di:
        • Alamat: Bank Negara Malaysia, Peti Surat 10922,50929 Kuala Lumpur
        • Faksimile: +603 2174 1515

LAPORAN CCRIS ANDA AKAN MEMAPARKAN : 

1.Kredit Yang Tertunggak

  • Ringkasan semua kredit dan pinjaman yang tertunggak.
  • Ini ialah hutang yang belum habis bayar termasuk yang dipinjam secara individu, pinjaman bersama, dan pinjaman perniagaan atau komersial.

2.Akaun Pemerhatian Khusus (Special Attention Accounts)

  • Berkait dengan pinjaman tertunggak yang bank dah letakkan di bawah pemantauan khas.
  • Pinjaman itu dipantau rapat oleh pihak berkuasa kewangan untuk dapatkan balik pembayaran pinjaman.

3.Permohonan Kredit

  • Sebarang permohonan kredit yang tengah dalam proses, atau yang dah diluluskan dalam 12 bulan lepas.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh merujuk di laman rasmi atau hubungi info di bawah

  • Hubungi: 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara), (Waktu operasi mulai 9:00 pagi – 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.)
  • Website: https://eccris.bnm.gov.my

Baca Juga :

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *