CARA SEMAK BIL TNB : BAYAR BIL SECARA ONLINE 

CARA SEMAK BIL TNB : BAYAR BIL SECARA ONLINE 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA SEMAK BIL TNB : BAYAR BIL SECARA ONLINE

Memandangkan ramai yang merungut bil TNB melambung naik beberapa hari ini, berikut kami kongsikan cara semak bil TNB online melalui myTNB App. TNB dalam satu kenyataan media menjelaskan jumlah bil TNB yang perlu dibayar adalah mengikut bacaan meter.

Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, maka TNB akan menggunakan pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan. Sebagai contoh, tempoh pembilan 35 hari, faktor prorata dikira 35 hari daripada 30 hari bersamaan dengan 1.1667 menjadikan jumlah unit digunakan ialah 452 per kilowatt jam (kWh).

Berdasarkan kepada pengiraan prorata ini, pengguna dapat menikmati 233 kWh (unit) pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan.

APAKAH TNB?

Tenaga Nasional Berhad (disingkatkan sebagai TNB atau didagangkan sebagai Tenaga Nasional; TENA, MYX: 5347) ialah sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik Malaysia, yang beribu pejabat di Bangsar, Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada tahun 1990 melalui Penswastaan Lembaga Letrik Negara (LLN), aset perniagaannya dianggarkan sejumlah RM 99.03 bilion. Bilangan pelanggannya meningkat sebanyak 8.4 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia (kecuali Sarawak) dan timur negeri Sabah melalui Sabah Electricity.

TNB juga menyediakan pendidikan tertinggi menerusi universitinya, iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) melalui institusi pendidikan Kekompetenan Penjaga Elektrik di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS; kini TNB Integrated Learning Solution), Kajang, Selangor.

CARA SEMAK BIL TNB ONLINE MELALUI MYTNB APP

Bagi anda yang risaukan kenaikan bil TNB ini, anda boleh semak bil elektrik anda secara online melalui applikasi myTNB.

Walaupun rumah sewa, anda masih boleh gunakan applikasi ini dengan syarat anda dapatkan IC pemilik rumah terlebih dahulu untuk pengesahan.

Caranya mudah sahaja seperti di bawah:

Download myTNB App

Daftar Sebagai Pengguna

  • Klik “Register”
  • Isi maklumat seperti nama, nombor IC, nombor telefon
  • Masukkan PIN yang dihantar menerusi SMS untuk pengesahan

Tambah Bil TNB

  • Sekiranya nombor kad pengenalan anda telah didaftarkan ke mana-mana akaun TNB, maka sistem secara automatik akan memaparkan akaun anda.
  • Namun jika anda penyewa rumah, anda boleh tambah akaun TNB secara manual
    • Adakah akaun ini didadfarkan menggunakan IC anda? Pilih NO
    • Adakah anda berhak untuk tengok kesemua maklumat akaun ini? Pilih NO
    • Isi maklumat yang diperlukan
    • Klik tambah akaun
  • Selain itu, anda boleh juga scan bil elektrik anda untuk tambah akaun dengan lebih mudah.

Papar Bil

  • Selesai tambah akaun barulah anda boleh semak bil TNB online termasuk bil semasa dan bil terdahulu.
  • Rekod pembayaran bil turut dipaparkan.

Pembayaran Bil TNB Online

  • Anda kemudian boleh membuat pembayaran terus melalui myTNB App.
  • Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit / debit atau boleh juga dibayar menggunakan online banking (FPX).

CARA SEMAK NO BIL TNB TERBARU (12 digit)

Terdahulunya no akaun bil TNB adalah 14 digit tetapi kini tidak boleh digunapakai untuk pembayaran bil elektrik secara online. Untuk membuat semakan secara online dan offline anda seharusnya menggunakan nombor bil TNB 12-digit seperti berikut:

  1. Semak no bil TNB yang dihantar ke rumah
    • Sila lihat bil anda di bahagian paling atas yang tertera:
      • Akaun
      • Kontrak
      • Depost
      • Invois
    • Akaun itu ialah nombor bil TNB 12 digit anda.
  2. Semak no bil TNB 12-digit di portal myTNB
    • Layari laman web rasmi myTNB di sini: https://www.mytnb.com.my
    • Masukkan bahagian Enter Email Address
    • Masukkan bahagian Enter Password
    • Tekan butang Login
    • Jika anda mempunyai beberapa akaun TNB, sila pilih akaun TNB yang dikehendaki
    • Lihat dua butang ini yang terletak bersebelahan iaitu View Billdan Pay Bill
    • Klik View Bill
    • Bil elektrik terkini anda akan dipaparkan dalam format PDF
    • Sila lihat bil anda di bahagian paling atas yang tertera:
      • Akaun
      • Kontrak
      • Depost
      • Invois
    • Akaun itu ialah nombor bil TNB 12 digit anda.
    • Selesai
  3. Semak no TNB bill 12-digit melalui aplikasi myTNB
    • Downloaddan install aplikasi myTNB (Google Play dan App Store)
    • Buka aplikasi myTNB
    • Sila masuk menggunakan username dan password yang telah didaftarkan
    • Tekan butang Login
    • Anda kini berada di dalam sistem aplikasi myTNB
    • Pilih Bahasa Melayu untuk menggunakan aplikasi ini dalam Bahasa Melayu
    • Klik Bildi bahagian bawah skrin
    • Jika anda mempunyai beberapa akaun TNB, sila pilih akaun TNB yang dikehendaki
    • Tekan Lihat Butiran
    • Tekan Lihat Bil
    • Bil elektrik terkini anda akan dipaparkan dalam format PDF
    • Sila lihat bil anda di bahagian paling atas yang tertera:
      • Akaun
      • Kontrak
      • Depost
      • Invois
    • Akaun itu ialah nombor bil TNB 12 digit anda.
    • Selesai

MAKLUMAT LANJUT

Untuk info lanjut tentang myTNB App sila rujuk portal rasmi https://www.mytnb.com.my/

Semoga perkongsian ini memudahkan kerja-kerja pembayaran bil elektrik anda.

 

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *