CARA SEMAK BAKI LOAN KERETA DENGAN BANK DI MALAYSIA

CARA SEMAK BAKI LOAN KERETA DENGAN BANK DI MALAYSIA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA SEMAK BAKI LOAN KERETA DENGAN BANK DI MALAYSIA

Tahukah anda cara semak baki loan kereta dengan bank di Malaysia? Sekarang anda boleh membuat semakan baki pinjaman kereta atau hire purchase anda melalui online banking sahaja. Anda tidak perlu lagi beratur atau berbaris panjang di cawangan bank hanya untuk membuat semakan baki pinjaman kereta anda.

Semuanya boleh dilakukan secara online sahaja. Di bawah ini pihak kami kongsikan kepada anda panduan lengkap cara untuk anda semak baki loan kereta di bank yang kami sediakan di bawah nanti.

Untuk makluman anda, untuk semak baki loan kereta anda boleh dilakukan secara online. Anda hanya perlu daftar sebagai pengguna di laman web bank masing-masing. Pada masa sekarang, kesemua bank telah menyediakan perkhidmatan online banking untuk memudahkan pelanggan mereka menyemak baki akaun,membuat pembayaran pinjaman, membuat semakan pinjaman kereta dan rumah serta perkhidmatan lain yang ditawarkan di dalam laman web online bank masing-masing.

CARA SEMAK BAKI LOAN KERETA MAYBANK

Jika anda adalah peminjam MAYBANK untuk pinjaman kereta, anda boleh lihat panduan di bawah untuk check baki loan kereta.

  1. Layari laman web Maybank online banking di sini : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Masukkan My Username dan Password anda untuk log in masuk.
  3. Tekan Accounts & Banking.
  4. Lihat di Loan & Financing.
  5. Di sini lihat Outstanding Balance.
  6. Di bahagian Outstanding Balance ini adalah jumlah baki loan Hire Purchase anda.
  7. selesai

CARA SEMAK BAKI LOAN KERETA PUBLIC BANK

Ini adalah panduan lengkap untuk anda ikuti jika ingin semak balik pinjaman atau loan kereta di Public Bank.

  1. Log in masuk laman web rasmi Public Bank online di sini : https://www2.pbebank.com/myIBK/apppbb/servlet/BxxxServlet?RDOName=BxxxAuth&MethodName=login
  2. Sila masukkan User ID anda.
  3. Tekan Next.
  4. Tick Yes jika Frasa Keselamatan anda betul.
  5. Masukkan Kata Laluan atau Password anda.
  6. Kemudian, tekan Login.
  7. Di paparan utama, sila tekan Account.
  8. Sila pilih Loan/Financing.
  9. Paparan akan tunjuk Account Summary anda.
  10. Di bahagian Account Summary anda boleh lihat Nombor Akaun Loan anda, Jenis Akaun anda, Nombor Note anda dan Baki Pinjaman atau Loan anda di Outstanding Balance.
  11. Di Outstanding balance anda boleh lihat jumlah baki pinjaman kereta Public Bank anda.
  12. Selesai

CHECK BAKI PINJAMAN KERETA CIMB

Kepada peminjam CIMB anda boleh check baki pinjaman Hire Purchase anda melalui panduan di bawah ini.

  1. Masuk ke portal CIMBCLICKS di sini : https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Tekan Login to Clicks.
  3. Sila masukkan User ID anda dan Password anda.
  4. Login masuk.
  5. Di paparan utama menunjukkan Account Overview.
  6. Sila pilih “Loan & Financing”.
  7. Sila tekan HP Fixed Rate Act untuk lihat baki loan kereta anda.
  8. Di sini anda boleh lihat Outstanding Balance untuk pinjaman kereta anda.
  9. selesai

CHECK BAKI PINJAMAN KERETA RHB GUNA RHBNOW

Toturial di bawah adalah untuk anda check baki pinjaman kereta RHB.

  1. Layari online banking RHB di : https://www.rhbgroup.com/index.html
  2. Tekan Login.
  3. Pilih RHB Now.
  4. Sila masukkan Username dan Password anda.
  5. Log In masuk.
  6. Dipaparan utama, sila pilih Menu Account.
  7. Tekan Manage Account.
  8. Di bahagian ini anda boleh lihat jumlah baki pinjaman kereta RHB anda.
  9. selesai

CARA SEMAK BAKI LOAN KERETA AMBANK

Berikut adalah cara untuk anda semak baki pinjaman kereta Ambank

  1. Sila masuk ke pautan online banking Ambank : https://www.ambank.com.my/eng/
  2. Sila tekan Login di atas sebelah kanan anda.
  3. Masukkan Username dan juga Password anda.
  4. Tekan Log In Now.
  5. Klik My Accounts
  6. Dan klik View Balance & Transaction.
  7. Di paparan ini anda boleh lihat baki pinjaman kereta Ambank anda.
  8. selesai

CARA SEMAK BAKI LOAN KERETA AFFIN BANK

Berikut adalah cara semak baki loan kereta Affin Bank.

  1. Masuk ke laman web online banking Affin Bank di sini : https://www.affinbank.com.my/?lang=ms-MY.
  2. Di bahagian Login Perbankan Internet, sila pilih PERIBADI jika anda individu.
  3. Sila masukkan Username dan Password anda.
  4. Tekan Login.
  5. Di paparan utama, sila pilih My Accounts.
  6. Dan pilih Loan & Financing.
  7. Di sini anda boleh lihat Hire Purchase Outstanding Balance.
  8. Hire Purchase Outstanding Balance adalah jumlah baki bagi pinjaman kereta Affin Bank anda.
  9. selesai

CHECK BAKI PINJAMAN KERETA HONG LEONG BANK

Jika anda peminjam di Hong Leong Bank, anda boleh ikuti panduan di bawah ini untuk membuat semakan balance baki loan kereta anda.

  1. Layari portal HLB Online Banking : https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/home.html
  2. Tekan ONLINE BANKING warna merah sebelah atas kiri anda.
  3. Pilih Personal.
  4. Masukkan Username dan Password anda.
  5. Tekan Login.
  6. Di paparan utama, klik Pay & Transaction.
  7. Tekan Loan/Financing Payment.
  8. Klik Vehicle Loan.
  9. Di bahagian paparan ini, anda boleh lihat outstanding balance/baki pinjaman kereta/hire purchase Hong Leong bank.
  10. Sudah selesai.

SOALAN LAZIM

Macam mana cara mudah untuk semak baki loan pinjaman kereta/rumah/personal di Public Bank.

Tuan/Puan boleh membuat semakan menggunakan PBE Online Banking. Hanya perlu log masuk dan Tuan/Puan boleh lihat jumlah baki pinjaman loan kereta, rumah dan personal. Jika Tuan/Puan tidak tahu caranya boleh ke artikel ini kami kongsikan panduan lengkap cara semak baki loan Public Bank dan bank lain.

Kenapa saya tidak boleh membuat semakan pinjaman saya melalui online banking?

Hal ini kerana, Tuan/Puan tidak link dahulu pinjaman anda dengan online banking. Pastikan anda link dahulu pinjaman anda supaya anda boleh melihat data pinjaman anda di dalam sistem online banking untuk semua bank. Jika anda pengguna Public Bank boleh lihat di dalam artikel ini pihak kami telah kongsikan cara untuk anda link loan anda dengan PBE online banking.

Boleh ke saya bayar loan atau bayar pinjaman guna online banking?

Boleh. Tuan/Puan boleh membayar pinjaman sama ada kereta,rumah,peribadi semuanya hanya menggunakan online banking. Mudah sahaja. Yang penting Tuan/Puan ikuti panduan dengan betul. Selepas ini, tidak perlu lagi ke kaunter hanya untuk membayar pinjaman. Semuanya dilakukan secara online.

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *