CARA SEMAK BAKI ASB GUNA MAE : DIVIDEN 

Cara Semak Baki ASB Guna MAE Maybank (Baki Dan Dividen)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA SEMAK BAKI ASB GUNA MAE : DIVIDEN

Untuk makluman, akaun ASNB yang dipaut dengan Maybank2U telah dibatalkan. Bermula 18 Jun 2022, pelabur ASB hanya boleh semak melalui aplikasi MAE. Memandangkan kadar agihan dividen ASB bagi tahun 2022 baru sahaja diumumkan, pasti anda juga ingin tahu cara semak baki asb dan kadar agihan serta bonus yang diterima.

APA ITU ASB

Amanah Saham Bumiputera adalah sebuah dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia sahaja. ASB dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990 dan tujuan dana ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan satu platform simpanan dan pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan, konsisten dan memberikan pulangan yang terbaik pada para pelabur.

Dana ASB bersifat ekuiti tetap di mana harga seunit saham ASB dijual pada harga tetap iaitu RM 1.00. Selain itu, ASB tidak mengenakan sebarang caj ke atas jualan saham atau penebusan unit dan ini amat menguntungkan para pelabur.

Walaupun ASB merupakan instrument pelaburan terbaik untuk kaum bumiputera, ASB juga mempunyai kekurangan tersendiri iaitu ASB mempunyai had pelaburan sebanyak RM 200,000. Ini bermaksud pelaburan anda dihadkan kepada RM 200,000 namun jumlah pelaburan selepas perolehan dividen dibenarkan untuk melebihi RM 200,000.

DIMANA NAK BELI DANA ASB?

Anda boleh mulakan pelaburan Dana ASB sama ada melalui bank atau ejen bukan bank:

  1. Maybank
  2. RHB
  3. CIMB
  4. AffinBank
  5. Bank MuamalatMalaysia Berhad
  6. Hong Leong Bank Berhad
  7. Hong Leong Islamic Bank Berhad
  8. Bank Simpanan Nasional
  9. Alliance Bank
  10. Ambank

Ejen bukan bank pula adalah Pos Malaysia.

MUAT TURUN APLIKASI MAE

Bagi yang belum muat turun aplikasi ini, anda boleh lakukannya melalui salah satu pautan berikut :

Setelah muat turun aplikasi, anda perlu terlebih dahulu link atau pautkan akaun ASNB anda menggunakan aplikasi MAE.

Baca Juga : Cara Tutup Pinjaman ASB : (Terminate ASB Loan Dengan Bank)

KELEBIHAN APLIKASI MAE MAYBANK

Aplikasi MAE bukan sahaja mempunyai ciri-ciri utama aplikasi Maybank2u, malah ia juga padat dengan ciri-ciri menakjubkan yang memudahkan hidup anda.

  • MAE mempunyai kelebihan berikut:
  • Mudah digunakan
  • Boleh menghantar & menerima wang
  • Menjejak setiap sejarah transaksi
  • Sahkan transaksi melalui Secure2u
  • Boleh membuat Tabung Simpanan
  • Jejak perbelanjaan dengan Expenses
  • Ada kemudahan Split Bill
  • Bolehlah pautkan kad kesetiaan
  • Kadar penukaran mata wang asing lebih baik dengan kad MAE

CARA LINK AKAUN ASB DENGAN MAE

  1. Log masuk aplikasi MAE
  2. Di laman utama, terdapat 2 titik masuk (butang Transfer atau Maybank2U) untuk pautkan akaun ASNB anda. Pada salah satu titik masuk untuk teruskan.
  3. Sekiranya anda tekan Transfer, klik pada ASNB dan pilih ‘ASNB Transfer’.
  4. Jika anda klik Maybank2U, pergi ke ‘Wealth’, kemudiannya pilih ‘ASNB Accounts’.
  5. Seterusnya, semak dan pilih setuju untuk Terma & Syarat.
  6. Tekan ‘Agree & Link’.
  7. Luluskan pengesahan Secure2U dengan menekan butang Approve bila notifikasi muncul.
  8. Akaun ASNB anda kini berjaya dipautkan.

Sekarang, anda bolehlah semak baki ASB guna MAE dengan beberapa langkah mudah seperti berikut

CARA SEMAK BAKI ASB GUNA MAE

  1. Log masuk aplikasi Maybank MAE di telefon bimbit anda.
  2. Klik butang Maybank2U di bahagian kiri bawah skrin.
  3. Di laman seterusnya, skrol ke kiri untuk klik butang paling kanan (Wealth).
  4. Klik pada akaun untuk lihat butiran dengan lebih terperinci.

Semua akaun ASB termasuk nombor akaun, jumlah baki akaun serta jumlah baki dividen bagi tahun sebelum ini akan dipaparkan.

Dengan adanya kemudahan ini, maka anda tak perlu lagi untuk ke bank atau kiosk ASB. Semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

MAKLUMAT LANJUT CARA SEMAK BAKI ASB GUNA MAE

Untuk keterangan lanjut mengenai pengendalian akaun ASNB daripada MAE, sila layari pautan berikut :

ASNB Investment MAE

Baca juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *