CARA RESET PASSWORD MyJPJ : TUKAR KATA LALUAN

CARA RESET PASSWORD MyJPJ : TUKAR KATA LALUAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA RESET PASSWORD MyJPJ : TUKAR KATA LALUAN

Tahukah anda cara reset password MyJPJ? Mulai 10 Februari 2023, semua pengguna jalan raya iaitu pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan (Road Tax) dan Lesen Memandu seperti biasa sebaliknya digalakkan guna Mod Paparan LKM Digital (e-LKm) dan LMM Digital (e-LMM) seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga aplikasi MyJPJ di telefon pintar.

Pengumuman yang telah disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dengan mengatakan melalui inisiatif ini iaitu Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 197 (Akta 333) yang diwajibkan LKM perlu dilekat dan dipamerkan pada setiap kenderaan tidak perlu lagi dilaksanakan.

APA ITU MyJPJ

Aplikasi MyJPJ ini merupakan merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk semakan urusniaga yang berkaitan dengan JPJ secara online bagi memudahkan urusan penggunanya  yang seterusnya membantu dalam mengurangkan kesesakan di Jabatan Pengangkutan Jalan.

Tidak terhad sekadar renew lesen memandu online, anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.

MUAT TURUN APLIKASI MyJPJ

Bagi memudahkan penggunaan anda, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi ini di telefon anda melalui pautan di bawah:

PERKHIDMATAN MyJPJ

Perkhidmatan yang ditawarkan di aplikasi MyJPJ adalah seperti berikut:

  1. Semakan berkaitan Pelesenan Kenderaan seperti nombor terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor(LKM).
  2. Semakan berkaitan Pelesenan Pemandu seperti tarikh tamat lesen memandu dan keputusan ujian memandu.
  3. Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit, saman dan senarai hitam.
  4. Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ).
  5. Laporan aduan kesalahan trafik(eAduan@JPJ)
  6. Paparan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna.
  7. Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) – fungsi baharu pada masa depan yang akan dimaklumkan kelak.

SYARAT PENDAFTARAN MyJPJ

  1. Pendaftaran dibuka kepada orang awam yang mempunyai MyKad (Warganegara Malaysia), MyPR (Penduduk Tetap Malaysia), Paspot (Warga asing), Agensi (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan) – Tempatan atau asing dengan nombor pendaftaran yang diiktiraf;
  2. Bagi pemegang MyKad, MyPR dan Paspot , anda haruslah berumur 16 tahun ke atas dan telah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) rekod transaksi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Contoh transaksi – anda mempunyai saman atau notis, mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai rekod kenderaan yang sah dah sebagainya; dan
  3. Pendaftaran Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan melibatkan sektor awam atau asing yang mempunyai nombor pendaftaran yang diiktiraf dengan tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh tarikh pendaftaran.

CARA RESET PASSWORD MyJPJ

Berikut adalah merupakan cara untuk anda reset kembali kata laluan anda iaitu:

  1. Buka aplikasi MyJPJ
  2. Pada paparan utama klik pautan “Terlupa Kata Laluan”.
  3. Masukkan ID Pengguna dan alamat emel yang didaftarkan.
  4. Penguna akan menerima kod sekuriti (TAC) untuk set semula kata laluan.
  5. Masukkan kod sekuriti (TAC) yang diterima melalui emel.
  6. Masukkan kata laluan baharu bagi tujuan set semula kata laluan.
  7. Pengguna akan dibawa ke paparan Log Masuk.
  8. Masukkan No. MyKad/MyPR/MyKAS pengguna dan kata laluan baharu yang telah dikemaskini.

BAGAIMANA JIKA TERLUPA EMAIL DIDAFTAR PADA MyJPJ

Sekiranya anda terlupa alamat email yang didaftarkan sebelum ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Sila laporkan aduan melalui:
  2. Hadir ke Kios JPJ berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan; atau
  3. Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau
  4. Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan.

CARA KEMASKINI EMAIL DI MyJPJ

Sekiranya anda ingin mengemaskini alamat email anda yang terkini pada MyJPJ, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke Kios JPJ berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan; atau
  2. Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau
  3. Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan.

NOTA: Pengemaskinian akaun emel secara dalam talian sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia kelak

CARA TUKAR PASSWORD MyJPJ

Sekiranya anda ingin menukar kata laluan yang sedia ada, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MyJPJ
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pada menu utama klik pada Profil
  4. Kemudian klik pada Tukar Kata Laluan
  5. Seterusnya masukkan maklumat:
    • Kata lalauan lama anda
    • Kata laluan baharu
    • Pengesahan kata laluan baru
  6. Setelah lengkap klik hantar
  7. Selesai, anda boleh log masuk kembali menggunakan kata laluan baharu

MAKLUMAT LANJUT CARA RESET PASSWORD MyJPJ

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau persoalan mengenai perkhidmatan MyJPJ, anda boleh berhubung melalui saluran berikut:

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *