CARA RENEW SSM ONLINE : GUNA EZBIZ 

CARA RENEW SSM ONLINE : GUNA EZBIZ 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA RENEW SSM ONLINE : GUNA EZBIZ

Tahukah anda cara untuk renew SSM anda secara online? Kepada peniaga yang ingin renew SSM, terkini SSM menyediakan platform ezBiz bagi memudahkan para peniaga untuk memperbaharui lesen perniagaan secara online.

Baca Juga : Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP – Daftar SSM Percuma)

APA ITU eZBIZ

​EzBiz adalah pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk:

  • melakukan pendaftaran baru;
  • mendaftar perubahan;
  • -menamatkan perniagaan; dan
  • membeli maklumat perniagaan.

 

SYARAT PERBAHARUI LESEN PERNIAGAAN SSM

Berikut adalah merupakan Syarat perbaharui lesen perniagaan SSM:

  1. Pemilik atau Orang Yang Bertanggunjawab sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
  2. Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran.

 

HARGA RENEW SSM EZBIZ

Kosnya bermula dari RM40 termasuk caj perkhidmatan.  Kos untuk pembaharuan dalam talian sedikit berbeza kerana perkhidmatan pembaharuan yang cepat dan anda akan mendapatkan dokumen dalam softcopy (fail pdf).

 

CARA DAFTAR eZBIZ

Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakanc aranya:

  1. Layari portal eZBIZ: ezbiz.ssm.com.my
  2. Tekan pada “Sign Up”.
  3. Isikan semua maklumat yang bertanda (*)
  4. Selepas selesai, tekan “Register”.
  5. Isikan semua maklumat yang bertanda (*).
  6. Tanda √ di bahagian “Declaration”
  7. Selepas selesai, tekan “Save”.
  8. Pengguna akan menerima notifikasi emel untuk pengaktifan akaun pengguna Ezbiz.
  9. Pengguna perlu mengesahkan emel terlebih dahulu dengan klik CLICK HERE TO VERIFY EMAIL di emel yang berdaftar di Portal Ezbiz Online sebelum Sign In di portal Ezbiz

 

CARA AKTIFKAN AKAUN eZBIZ

Setelah Berjaya proses pendaftaran, anda dikehendaki untuk mengaktifkan akaun anda. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari portal eZBIZ: ezbiz.ssm.com.my
  2. Log masuk ke akaun anda:
    • Masukkan “USERNAME”
    • Masukkan “PASSWORD” – boleh klik ikon mata jika ingin lihat kata laluan yang telah ditaip.
    • Masukkan “VERIFICATION CODE” dan;
  3. Setelah lengkap Klik “Sign In”
  4. Klik user profile dan pilih user verification request
  5. Klik add new; dan Lampirkan dokumen wajib seperti berikut
    • Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang atau dokumen pengenalan sementara yang belum tamat tempoh (jika tiada kad pengenalan) di ruangan upload Mykad/MyPR; (saiz dokumen tidak melebihi 3mb, JPEG,PDF);
    • Gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher di ruangan Upload Selfie; (saiz dokumen tidak melebihi 3mb, JPEG,PDF); dan
    • Kemukakan salah satu dokumen rasmi seperti lesen memandu / Passport / Sijil lahir / bil. utiliti atau dokumen rasmi atas nama sendiri di ruangan Supporting Document. (saiz dokumen tidak melebihi 3mb, JPEG,PDF).
  6. Setelah lengkap Klik submit
  7. Seterusnya, pengguna perlu membuat janji temu pengesahan pengguna dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan ini untuk mengaktifkan akaun pengguna.
  8. Pihak SSM akan menghubungi pengguna melalui panggilan video menggunakan aplikasi WhatsApp pada tarikh dan masa yang ditetapkan sebelum pengaktifan akaun pengguna dilakukan.

 

CARA RENEW SSM ONLINE GUNA EZBIZ

Berikut adalah cara untuk renew lesen pernigaan anda menggunakan ezBIZ:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Log Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
  3. Klik bahagian ‘My Business Service’
  4. Pilih ‘Renewal by Owners’
  5. Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
  6. Klik di simbol ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
  7. Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
  8. Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun). Klik Proceed to Payment.
  9. Detail pembayaran akan keluar, klik Pay Online. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih.
  10. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.

NOTA: Pembaharuan pendaftaran perniagaan melalui Ezbiz Online dilakukan secara auto approved.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SSM eZBIZ

Adakah sijil SSM saya telah tamat tempoh lebih dari satu tahun, adakah terdapat kompaun?

  • Dalam kes ini, perniagaan anda telah ditamatkan oleh SSM kerana ia telah tamat tempoh lebih dari satu tahun. Anda boleh mendaftarkan semula perniagaan anda dan membayar kompaun lewat.

Apakah pembaharuan yang lewat dan rangkaian kompaun?

  • Anda akan mendapat denda kerana lambat memperbaharui SSM anda bermula dari hari 1 selepas tarikh luput. Anda dikenakan bayaran kompaun untuk pembaharuan lewat.
  • Bulan pertama, kompaun adalah RM20 dan kemudian untuk bulan-bulan berikutnya, anda perlu menambah RM10 untuk setiap bulan. Perniagaan anda tidak boleh melebihi 12 bulan lewat pembaharuan, jika tidak, perniagaan ini akan ditamatkan secara automatik oleh SSM.

Bolehkah saya memperbaharui SSM saya tanpa membayar kompaun walaupun sudah lewat untuk pembaharuan?

  • Ya awak boleh. Tetapi perlu diketahui bahawa anda masih perlu membayar kompaun dalam tempoh yang ditentukan (14 hari dari tarikh pembaharuan) oleh SSM atau jika tidak, anda akan disenarai hitam.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara renew SSM menggunakan ezBiz, anda boleh:

  1. Layari Portal SSM online: https://ezbizzonline.com/
SENARAI ARTIKEL BERKAITAN
SENARAI LOKASI KIOSK SSM: SENARAI PERKHIDMATAN DI KIOSK CARA DAFTAR MyCoID SSM : AKTIFKAN AKAUN
DAFTAR MyDATA SSM : BELI MAKLUMAT SYARIKAT AKTIFKAN ID AKAUN EZBIZ SSM : PENGESAHAN AKAUN
SENARAI SYARIKAT TERLIBAT PENIPUAN : SEMAK GUNA SSM OBA SEMAK SYARIKAT BERDAFTAR SSM : CHECK STATUS ONLINE
CARA DAFTAR SSM ONLINE : BAYARAN PENDAFTARAN SIJIL SSM HILANG : PRINT SEMULA DENGAN MYDATA SSM
CARA RENEW SSM ONLINE : GUNA EZBIZ  Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP – Daftar SSM Percuma)

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *