CARA RENEW PASSPORT ONLINE : MyONLINE PASSPORT

CARA RENEW PASSPORT ONLINE : Guna Portal MyOnline Passport JPN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA RENEW PASSPORT ONLINE : MyONLINE PASSPORT

Ini cara renew passport online. Kini, orang ramai yang ingin memperbaharui atau renew passport mereka, mereka perlu melakukannya melalui sistem MyOnline Passport secara atas talian. Namun, anda tidak boleh buat passport online, cuma renew sahaja dibenarkan. Sistem ini diwujudkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk memudahkan orang ramai memperbaharui passport mereka secara atas talian. Ini bagi mengurangkan kesesakan di pejabat Jabatan Imigresen Malaysia dan memudahkan orang ramai untuk memperbaharui passport mereka.

Baca Juga : Bagaimana Renew Passport Online: MyOnline Passport Imigresen 2022

CARA RENEW PASSPORT KATEGORI WALK-IN

Hanya kategori berikut sahaja perlu boleh walk-in atau jumpa terus iaitu:

  1. Permohonan kali pertama.
  2. Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun dan ke bawah.
  3. Passport hilang atau rosak.
  4. Warga emas (60 tahun dan ke atas).
  5. OKU.
  6. Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara.
  7. Jemaah haji.

SYARAT PERMOHONAN RENEW PASSPORT ONLINE

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan online ini, antaranya:

  1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas.
  2. Pemohon yang pernah memiliki passport (pembaharuan sahaja).

CARA RENEW PASSPORT ONLINE

Untuk renew passport secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1.Layari Portal MyOnline Passport

2.Isi Maklumat yang Diperlukan

Isi setiap maklumat yang diminta termasuk butiran peribadi.

Pastikan passport lama tersedia di depan komputer supaya senang dirujuk.

3.Muat Naik Gambar

Seterusnya upload softcopy gambar yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya:

  • Latar belakang foto mestilah berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan.

4.Buat Pembayaran

Lepas selesai muat naik gambar, buat pembayaran yang diperlukan secara online.

Kadar bayaran adalah seperti berikut
i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun: RM 200
ii. Warga Emas (60 tahun keatas): RM100

5.Layari Portal STO

Pemohon perlu membuat temu janji secara dalam talian melalui pautan STO yang disediakan di dalam notifikasi status permohonan MyOnline Passport.

6.Pungutan Passport

Untuk pungutan passport, sila bawa kad pengenalan/surat beranak/passport asal/besit bayaran dan slip janji temu STO semasa hadir di pejabat pengeluar passport.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pembaharuan passport, sila layari laman web https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main.

 

Boleh Buat Passport Online?

Tidak boleh. Anda hanya boleh memperbaharui passport secara online sahaja. Untuk buat passport, anda masih perlu hadir ke mana-mana pejabat Imigresen.

Baca Juga

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *