CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE

Bagaimana Renew Lesen Memandu Online
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE

Bagaimana cara Renew Lesen Memandu Online atau buat pembaharuan / perbaharui driving license di Pejabat Pos

Selepas lama diberikan kelonggaran untuk penangguhan pembaharuan driving licence yang telah tamat tempoh oleh jpj, akhirnya penguatkuasaan akan dilakukan selepas ini. Pengumuman dan kenyataan terkini dari Jabatan Pengangkutan Jalan mengatakan semua pengguna jalan raya perlu renew lesen memandu samada secara online atau di pejabat pos.

JPJ memberikan lanjutan tempoh moratorium untuk pembaharuan driving licence anda termasuk lesen kenderaan motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM) lesen vokasional (GDL/PSV) sehingga 31 Disember sahaja.

Ini bermakna bermula 1 Januari 2022, penguatkuasa di seluruh negara oleh JPj akan dikuatkuasakan dan saman akan dikeluarkan kepada anda jika masih ingkar di mana bagi kesalahan lesen memandu yang telah tamat tempoh akan kena denda dan saman seperti berikut:

  • Melebihi tempoh antara 1 – 15 HARI : Saman RM70
  • Melebihi tempoh antara 16 hingga 30 HARI : Saman RM120
  • Melebihi tempoh antara 31 – 60 HARI : Saman RM150

Baca Juga : BAYAR SAMAN PARKING ONLINE (MELAKA/JOHOR/SELANGOR)

Cara Renew Lesen Memandu Online

Bagi memudahkan anda renew lesen memandu semasa waktu dan selepas pkp sekarang ini, anda boleh buat secara online melalui sistem my sikap ataupun melalui rakan bisnes mereka iaitu melalui paltform portal my eg. Salah satu terpulang, yng mana senang untuk anda.

 (i) Renew dengan Myeg

Anda boleh follow 8 step by step untuk renew dengan sistem my eg secara online melalui link pautan di bawah ini, https://www.myeg.com.my/

  • STEP 1: Buka Portal My eg
  • STEP 2: Tekan icon Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ
  • STEP 3: KLIK butang Driving Licence Renewal atau Pembaharuan Lesen Memandu CDL
  • STEP 4: Tekan proceed
  • STEP 5: Sila semak info yang terppaar seperti di bawah ini adalah tepat dan betul
  • STEP 6: Buat pembayaran secara online samada menggunakan Internet banking atau Credit Card anda
  • STEP 7: Tunggu dalam tempoh 4-5 hari selepas pembayaran berjaya dilakukan oleh runner My eg terus ke pintu rumah anda
  • STEP 8: Alhamdulillah telah selamat sampai ke rumah. Sekarang ini turn anda pula buat.

Berita baik, selain dari kemudahan driving license renewal, myeg juga bantu anda untuk renew roadtax secara online

(ii) Renew Lesen Memandu Online Menggunakan Lesen2u

  • Langkah 1 : Layari laman web Lesen2u

Layari laman web Lesen2u dan di laman utama akan memaparkan laman seperti berikut & klik butang ‘Perbaharui Sekarang’ untuk renew lesen memandu CDL anda. Pastikan lesen memandu anda belum tamat tempoh bagi mengelakkan didenda.

  • Langkah 2 : Isi Borang Pembaharuan

Isi Borang Permohonan renew lesen memandu anda. Sila pastikan maklumat diri yang diisi betul & tepat. Kegagalan memasukkan maklumat yang tepat akan mengakibatkan permohonan anda tidak dapat diproses. Kemudian, hantarkan permohonan & buat bayaran secara online.

  • Langkah 3 : Buat bayaran renew lesen memandu online

Selepas Borang Pembaharuan diisi, anda akan dibawa ke laman bayaran. Resit bayaran akan dihantar ke email yang dimasukkan. Isi maklumat bayaran tersebut dan klik butang ‘PAY’. Anda boleh membuat bayaran secara atas talian atau hubungi kami sekiranya anda tidak mempunyai perbankan atas talian.

  • Langkah 4 : Pilih Bank

Terdapat beberapa pilihan bank untuk membuat bayaran. Klik simbol bank pilihan anda. Contoh di atas adalah Maybank. Kemudian, klik butang ‘PAY’ dan teruskan membuat bayaran secara online.

  • Langkah 5 : Pembaharuan Diproses

Permohonan & bayaran yang berjaya dibuat akan disemak & disahkan. Proses renew akan mengambil masa di antara 4-5 hari bekerja sebelum disiapkan. Anda akan menerima slip sementara menggantikan lesen sementara menunggu lesen dihantar ke alamat anda.

  • Langkah 6 : Terima Lesen Memandu Baharu

Lesen memandu anda yang baharu akan dihantar ke alamat penghantaran seperti yang diisi pada Borang Pembaharuan. Sila hubungi kami untuk proses penjejakan sekiranya anda tidak menerima lesen baharu dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh anda membuat pembaharuan.

Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos

Berita baik, selain renew secara online, anda juga boleh perbaharui lesen memandu baik kereta atau motor / motosikal di pejabat pos semasa / selepas pkp.

Walaubagaimanapun bagi mengelakkan kesesakan di pejabat pos, anda perlu buat temujanji pejabat pso secara online sebelum datang ke sana untuk urusan yang anda ingin melalui link pautan di bawah ini.

PERKARA LINK PAUTAN
Temujanji di pejabat pos secara online untuk urusan renew lesen semasa / selepas pkp https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder

 

Denda Lewat Renew Lesen Memandu

Untuk makluman anda, tiada denda dikenakan untuk yang lewat atau lambat renew lesen memandu tidak kira samada kereta atau motosikal / motor.

Cuma tempoh untuk menjadi lebih pendek.

Sebagai contoh Lesen anda mati bulan 4, renew bulan 8. Tiada apa apa caj tambahan atau denda dikenakan kepada anda. Cuma rugi tahun. Sebab tetap JPJ Kira setahun sampai ke birthday anda pada tahun depan, walaupun tempoh masih tidak cukup setahun. Jelas?

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *