CARA REGISTER i-AKAUN KWSP(Daftar melalui KIOSK,BANK,ONLINE & EMAIL)

CARA REGISTER i-AKAUN KWSP : Daftar melalui KIOSK,BANK,ONLINE & EMAIL
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA REGISTER i-AKAUN KWSP : Daftar melalui KIOSK,BANK,ONLINE & EMAIL

Bagi memudahkan urusan menguruskan duit EPF KWSP,ahli digalakkan untuk register i-akaun . KWSP bermaksud Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. KWSP adalah skim simpanan persaraan wajib yang diuruskan kerajaan di negara seperti India, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Mexico dan negara-negara lain; yang seakan program Keselamatan Sosial Amerika Syarikat. Seperti namanya, KWSP di Malaysia adalah satu bentuk jaring keselamatan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai menyediakan faedah persaraan kepada ahli-ahlinya.Bagaimanakah Cara register i-Akaun KWSP ?Ikuti langkah berikut

BACA JUGA : PENGELUARAN KWSP UNTUK PERUBATAN (KESIHATAN)

APA ITU KWSP?

Di Malaysia, KWSP (juga dikenali sebagai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau EPF) adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan mengikut undang-undang Malaysia, iaitu Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang memberi faedah persaraan kepada ahlinya melalui sumbangan mandatori daripada dua pihak: sebahagian daripada gaji pekerja dan sumbangan majikan bagi pihak pekerja mereka. KWSP sebenarnya menyediakan kerangka kerja bagi majikan untuk memenuhi kewajipan berkanun dan moral mereka kepada pekerja melalui sumbangan bulanan berterusan ke dalam dana persaraan pekerja.

KELEBIHAN I-AKAUN UNTUK AHLI

ahli dapat membuat urusan berikut secara online:

  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Semakan baki simpanan
  • Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  • Semakan rekod caruman individu/caruman majikan
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan/waris
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran Contohnya pengeluaran i-SINAR,i-LESTARI

CARA REGISTER i-AKAUN MELALUI KIOSK KWSP

Berikut adalah Cara register i-Akaun di Kiosk KWSP:

  • Masukkan kad pengenalan dan nombor telefon yang masih aktif. Kemudian, scan cap jari.
  • Lepas 10 saat, akan keluar sekeping kertas yang akan memaparkan nombor ID. Satu mesej yang mengandungi kata laluan akan dihantar ke telefon korang oleh KWSP.
  • Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan scan cap jari sekali lagi.
  • Pilih “Semak Penyata” dan sekeping lagi kertas akan keluar yang mengandungi penyata akaun 1, penyata akaun 2, dan baki keseluruhan.
  • Sila Install aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon pintar anda
    • Muat Turun di Apple Play Store
    • Muat Turun di Google App Store
  • Masukkan nombor ID dan kata laluan yang diperolehi(kiosk KWSP)
  • Sila masukan nombor ID dan kata laluan baru yang mudah anda ingat dan simpan kata laluan ini untuk anda log masuk ke i-akaun pada masa akan datang.
  • Anda telah berjaya memiliki i-akaun dan dapat membuat sebarang urusan KWSP secara online.
  • Jika nak hadir ke cawangan KWSP,sila buat Janji Temu KWSP ONLINE terlebih dahulu

SENARAI PERKHIDMATAN DI KIOSK KWSP

  • Aktivasi TAC
  • Pendaftaran Ahli
  • Pendaftaran i-Akaun
  • Cetak Penyata
  • Semak/Kemaskini Profil

SEMAKAN LOKASI KIOSK KWSP

Bagi menggunakan perkhidmatan kiosk KWSP,anda perlu tahu lokasi kiosk KWSP,berikut adalah cara untuk semak senarai lokasi kiosk KWSPP berdekatan dengan anda:

  • Layari laman web KWSP.
  • Di bahagian “Hubungi Kami”, korang klik pada “Pejabat dan Kios”.
  • Pilih negeri mana yang korang sedang duduki, pilih “Pihak Ketiga Kios” di bahagian JENIS dan klik Carian.
  • Senarai kiosk KWSP yang berada di negeri yang korang cari akan terpapar. Bolehlah cari lokasi yang berdekatan.

CARA REGISTER i-AKAUN MELALUI THIRD PARTY KIOSK KWSP (RHB, Bank Rakyat, CIMB, Maybank,Hong Leong Bank,Alliance, UTC, Aeon,Courts)

Third party kiosk KWSP ini terletak di kebanyakan bank seperti RHB, CIMB, Maybank, Bank Rakyat, Hong Leong Bank, Alliance, malah juga terdapat di Aeon, Courts dan UTC.

Sila buat semakan lokasi disini https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

Berikut adalah cara register i-akaun KWSP melalui third party kiosk KWSP:

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Masukkan nombor telefon terkini (pastikan nombor telefon yang aktif) dan cap jari anda.
  • Tunggu dalam 10 saat akan keluarkan kertas yang dipaparkan nombor ID anda beserta dengan SMS kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
  • Sila install aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit.
  • Masukkan nombor ID serta kata laluan
  • Masukkan lagi sekali nombor ID tadi dan kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
  • Kemudian kemaskini kata laluan baharu.
  • Pendaftaran i-akaun selesai dan berjaya
  • Selepas selesai daftar i-Akaun,boleh buat SEMAKAN PENYATA AKAUN KWSP korang,check ada berapa baki.

CARA REGISTER i-AKAUN MELALUI EMAIL(iakaundaftar@epf.gov.my)

  1. Berikut adalah cara register i-akaun KWSP melalui email:
  2. Ahli membuat permohonan pendaftaran/pengaktifan i-Akaun (Ahli) melalu e-mel ke:iakaundaftar@epf.gov.my
  3. Contact Management Centre (CMC) terima e-mel dan mengesahkan semua dokumen adalah betul dan sepadan dengan rekod KWSP. CMC akan e-mel kembali kepada ahli 5 soalan sekuriti yang kompleks
  4. Ahli terima dan menjawab soalan sekuriti dengan menghantar e-mel ke: iakaundaftar@epf.gov.my
  5. CMC terima email dan memastikan semua soalan dijawab dengan betul dan sepadan dengan rekod KWSP
  6. CMC membuat pendaftaran di BDS dan Support Centre
  7. Ahli terima ID pengguna dan kata laluan sementara melalui SMS dan membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli)

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT YANG PERLU DISINI PADA BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN i-AKAUN (AHLI)

(A) JENIS PERMOHONAN

(B) MAKLUMAT AHLI

(C) PERAKUAN PEMOHON (Sila tanda (X) di dalam kotak sebagai pengesahan Ahli untuk pemprosesan permohonan ini)

CI) SENARAI DOKUMEN SOKONGAN

Semua Dokumen berikut HENDAKLAH dilampirkan :

      • Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)
      • Salinan MyKad Ahli (depan dan belakang)
      • Gambar swafoto Ahli bersama MyKad
      • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon, Kontrak pendaftaran telefon, Resit bayaran deposit )
      • Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli

(E) SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN i-AKAUN AHLI / PENGEMASKINIAN NOMBOR TELEFON TAC

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan
  • Ahli berumur di bawah 55 tahun sahaja
  • E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal

(F) PERHATIAN

  • Kelulusan permohonan ini adalah tertakluk kepada semakan oleh KWSP
  • KWSP berhak untuk menolak permohonan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada terma dan syarat pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang ditetapkan oleh KWSP
  • Ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara e-mel sebanyak satu (1) kali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya hendaklah dibuat melalui Kios/Kaunter KWSP

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut tentang i-akaun KWSP, sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Artikel berkaitan :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *