CARA PRINT STATEMENT HONG LEONG BANK : (Online/ ATM)

CARA PRINT STATEMENT HONG LEONG BANK : (Online/ ATM)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA PRINT STATEMENT HONG LEONG BANK : (Online/ ATM)

Ini cara print statement hong Leong Bank samada online atau dapatkan mini statement di mana2 cawangan ATM Hong Leong.

Baca Juga : Hong Leong ConnectFirst : Cara Daftar Online Banking

Cara Print Statement Hong Leong Bank Online

Untuk dapatkan penyata Hong Leong Bank, kau perlu ada Internet Banking Hong Leong Bank. Kalau tidak, memang tak boleh masuk.

Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan print statement Hong Leong Bank:

  1. Layari laman web rasmi Hong Leong Bank di sini: https://www.hongleongconnect.my
  2. Anda kini berada di laman utama Perbankan Internet Hong Leong Bank
  3. Login hongleongconnect.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sahkan gambar keselamatan iaitu Security Picture yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan Login
  8. Kalau semuanya berjalan lancar, anda akan masuk ke dalam dashboard Hong Leong Connect
  9. Pilih menu Statement/Invoice
  10. Klik Online Statement
  11. Pilih akaun sama ada Savings atau Current Account
  12. Pilih Download Statement untuk muat turun penyata bank terbaru
  13. Pilih View History untuk melihat tarikh dan bulan yang dikehendaki
  14. Download statement Hong Leong Bank tersebut
  15. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  16. Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
  17. Tekan butang Print
  18. Selesai

Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan Hong Leong Bank kau yang tak berapa banyak itu.

 

Ada Cara Print Statement Mini Hong Leong Bank di ATM?

Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement Hong Leong Bank melalui ATM.

Selalunya, ia dipanggil penyata mini Hong Leong Bank.

Walau bagaimanapun, tak semua bank ada fungsi ini.

Memandangkan aku tak ada akaun Hong Leong, aku tak dapat nak share dengan lebih terperinci.

Secara umumnya, kau boleh cuba langkah-langkah berikut:

  1. Cucuk kad ATM Hong Leong Bank kau
  2. Masukkan nombor PIN
  3. Cari fungsi Penyata Mini
  4. Tekan menu Penyata Mini di ATM
  5. Tunggu sebentar
  6. Cetakan resit kecil akan keluar
  7. Statement mini akan terpapar
  8. Selesai

 

Boleh Download Penyata Hong Leong Bank Guna Apps?

Ya, memang boleh.

Cuma aku tak rajin nak tulis guide Hong Leong Bank ini sebab caranya agak renyah.

Kena download apps Hong Leong Bank, login, klik sana, klik sini.

Leceh.

Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement Hong Leong Bank guna apps iPhone dan Android.

  • Untuk iPhone, download HLB Connect Mobile Banking App di Apple App Store
  • Untuk Android, download HLB Connect Mobile Banking App di Google Play

 

Kenapa Perlu Cetak Penyata Hong Leong Bank Terkini?

Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini Hong Leong Bank.

Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement Hong Leong Bank untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi dengan Hong Leong Bank.

Ini kerana bank-bank seperti Hong Leong Bank perlu mengesahkan pendapatan kau.

Takkan Hong Leong Bank nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.

Ini penting bagi Hong Leong Bank untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.

Untuk penyata mini Hong Leong Bank melalui ATM, selalunya ia adalah untuk simpanan peribadi.

Kadang-kadang, ada orang yang memang sengaja cetak penyata mini untuk lihat transaksi Hong Leong Bank terkini.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *