CARA PINDAH MILIK TANAH (TANPA PEGUAM)

CARA PINDAH MILIK TANAH (TANPA PEGUAM)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA PINDAH MILIK TANAH (TANPA PEGUAM)

Untuk pengetahuan anda yang ingin tahu cara pindah milik tanah, kebanyakkan urusan boleh dibuat tanpa menggunakan peguam. Ianya adalah bergantung kepada persetujuan di antara penjual, pembeli dan juga pihak bank yang mengeluarkan pinjaman. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

Baca juga : Cara Semak Cukai Tanah Selangor

APA ITU PINDAH MILIK TANAH

Pindah milik adalah satu proses untuk menukar nama pemilik berdaftar di dalam suratan hakmilik. Proses pindahmilik boleh terus dilakukan bagi hakmilik yang tiada sekatan kepentingan atau batasan (kaveat), tetapi bagi hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan atau batasan, kebenaran daripada pihak berkenaan perlu diperolehi terlebih dahulu.

 

SYARAT KELAYAKAN PINDAH MILIK TANAH

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan kepada golongan yang boleh Dipindahmilik iaitu:

  • Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Bukan warganegara dan syarikat-syarikat asing dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
  • Perbadanan yang dibenarkan oleh perlembagaan nya untuk memegang tanah.
  • Raja raja Pemerintah , Kerajaan , Organisasi dan lain – lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
  • Badan – Badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana – mana undang-undang bertulis lain.

 

JENIS PINDAH MILIK TANAH TANPA PEGUAM

Terdapat 2 jenis proses pindahmilik ini yang boleh dilakukan tanpan melalui peguam iaitu:

Pindah milik Kasih Sayang

Pindahmilik yang dibuat tanpa balasan (pemberian secara kasih sayang) seperti dari suami kepada isteri, ayah kepada anak atau ibu kepada anak, urusan penyaksian iaitu menandatangani borang pindahmilik (borang 14A) boleh dibuat dihadapan pendaftar hakmilik/pentadbir tanah iaitu dengan percuma dan selepas itu berurusan dengan LHDN / JPPH bagi urusan penilaian tanah bagi tujuan penentuan duti setem yang perlu dibayar. Setelah duti setem dibayar, perserahan boleh dibuat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian ( bagi hakmilik daftar) / Pejabat Tanah (bagi hakmilik pejabat tanah) iaitu di mana tanah itu terdapat.

Pindah milik secara Tunai

Pindahmilik yang pembayarannya boleh dibuat secara tunai, juga boleh dibuat tanpa menerusi peguam.

NOTA: Jika pindahmilik yang pembayarannya dibuat melalui pinjaman, kebiasaannya bank meminta ianya dibuat menerusi peguam.

 

PROSES PINDAH MILIK TANAH

ecara umum, urusan tukar atau pindahmilik di Malaysia diuruskan di Pejabat Tanah dan Daerah/ Galian di Malaysia. Terdapat tiga langkah dalam prosedur pindah milik iaitu;

  • Proses penyaksian (borang 14A)
  • Proses taksiran duti setem LHDN
  • Proses pendaftaran/geran di pejabat tanah.

 

TEMPOH MASA PINDAH MILIK TANAH

Berikut adalah merupakan anggaran tempoh masa yang diperlukan secara asas iaitu:

  • Proses penyaksian (1 hari)
  • Proses notis duti setem (10 – 14 hari)
  • Proses pendaftaran/ geran (3 – 7 hari).

NOTA: Anggaran tempoh masa ini adalah sekiranya tidak melibatkan kebenaran pihak berkuasa negeri, gadaian, kaveat, harta syarikat atau pertubuhan.

 

CARA PINDAH MILIK TANAH DI PEJABAT TANAH (Proses Penyaksian)

Berikut adalah merupakan proses penyaksian yang anda perlu lakukan sebagai proses pertama untuk pindah milik ini iaitu:

  1. Hadir ke Pejabat Tanah berhampiran anda
  2. Paling penting semua pembeli dan penjual mesti hadir semasa penyaksian dalam borang ini dilakukan.
  3. Proses penyaksian menggunakan Borang 14A Kanun Tanah Negara (PINDAHMILIK TANAH, BAHAGIAN ATAU PAJAKAN) yang boleh diperolehi secara percuma di pejabat tanah.
  4. Borang ini perlu diisi oleh semua penama pembeli/menerima dan penjual/pemberi yang tercatat nama dalam geran.
  5. Proses penyaksian boleh dilakukan di hadapan peguam atau pentadbir tanah.:
    • Melaui peguam – ada bayaran dikenakan
    • Melalui Pentadbir tanah – Percuma
  1. Semasa proses penyaksian, pastikan anda membawa dokumen seperti berikut:
    • Kad Pengenalan (Penjual dan pembeli)
    • Geran hakmilik ASAL
    • Borang 14A (Wajib diisi dengan PEN DAKWAH BASAH HITAM atau DITAIP sahaja)
    • Sila bawa Sijil Kelahiran Asal jika melibatkan tanah rezab Melayu
    • Lampirkan Surat Pemegang Amanah jika berkaitan
    • Lampirkan Surat Kebenaran Pindah Milik/Gadaian jika geran tercatat Sekatan-sekatan Kepentingan / Kaveat
    • Kalau semua ada, selepas isi, disemak dan semuanya betul, Borang 14A tersebut akan ditandatangani oleh semua penjual, pembeli dan peguam/pentadbir tanah. Selesai proses pertama.

Nota: Bagi geran berstatus Tanah Simpanan atau Rezab Melayu, penyaksian mestilah di hadapan pentadbir tanah.

 

PANDUAN MENGISI BORANG 14A PINDAH MILIK TANAH

Anda boleh merujuk panduan pengisian dibawah:

PANDUAN MENGISI BORANG 14A PINDAH MILIK TANAH

 

CARA PINDAH MILIK TANAH DI LHDN (Proses taksiran duti setem)

Berikut adalah merupakan proses taksiran duti setem yang anda perlu lakukan selesan proses penyaksian selesai iaitu:

  1. Hadir ke LHDN berhampiran anda (boleh hadir pada hari yang sama selepas proses penyaksian selesai)
  2. Proses taksiran memerlukan penjual/pembeli mengisi dan menandatangani Borang Permohonan Taksiran Pindahmilik Harta Tanah (Borang PDS 15).
  3. Borang PDS 15 ini boleh diserahkan oleh sesiapa sahaja atau wakil ke pejabat LHDN.
  4. Pastikan Dokumen penting yang perlu diserahkan adalah :
    • Borang PDS 15 yang diisi dan ditandatangani pembeli/ penerima dan penjual/ pemberi (Pastikan alamat pembeli/ penerima betul kerana surat taksiran LHDN akan dihantar ke alamat tersebut)
    • Salinan Borang 14A
    • Salinan Hakmilik/ geran
    • Salinan kad pengenalan semua pembeli/ penjual
  1. Setelah diserahkan, anda kena tunggu surat Notis Taksiran Pindah Milik Harta Tanah yang menyebut berapa duti setem yang anda (pembeli) perlu bayar kepada LHDN. Surat tersebut akan sampai kepada anda dalam tempoh dua minggu selepas penyerahan.
  2. Anda juga boleh menyemak status sama ada taksiran hartanah tersebut sama ada sudah selesai atau belum secara online di laman web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan memasukkan No. adjudikasi atau No. kad pengenalan anda.
  3. Setelah menerima surat notis taksiran tersebut yang tercatat jumlah duti setem dan nombor adjudikasi, anda hendaklah membayar duti setem di pejabat LHDN dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut.
  4. Duti setem boleh juga dibayar secara online dengan mencatatkan No. adjudikasi taksiran tersebut. Anda akan diberikan/mencetak Sijil Setem untuk diserahkan kepada pejabat tanah nanti.

 

KADAR DUTI SETEM PINDAH MILIK TANAH

Berikut adalah merupakan kadar kiraan jumlah duti setem yang dikenakan untuk pindah milik harta tanah adalah seperti berikut iaitu:

  • RM100,000 pertama – 1%
  • RM100,001 hingga RM500,000 – 2%
  • RM500,001 hingga RM1,000,000 – 3%
  • RM1,000,001 dan selebihnya – 4%

NOTA: Jika lewat, anda akan dikenakan penalti di bawah Seksyen 47A, Akta Setem 1949 sebanyak RM25.00 atau 5% daripada nilai duti, yang mana lebih tinggi jika disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas tempoh masa untuk setem. Penalti akan bertambah sekali ganda jika dibuat selepas tempoh 3 bulan tetapi sebelum 6 bulan daripada masa tersebut. Jika selepas 6 bulan penalti akan bertambah sekali ganda lagi. Moralnya, terima surat terus buat bayaran duti setem (penyeteman).

 

CARA PINDAH MILIK TANAH DI PEJABAT TANAH (Proses pendaftaran/geran)

Berikut adalah merupakan akhir pindah milik iaitu proses pendaftaran yang anda perlu lakukan seperti berikut iaitu:

  1. Hadir ke Pejabat Tanah atau pejabat pendaftar di mana hak milik hartanah tersebut dikeluarkan
  2. Ia melibatkan penyerahan dokumen-dokumen berkaitan kepada pihak pejabat tanah sebelum geran baru/perubahan dikeluarkan/dibuat. Dokumen boleh diserahkan oleh pembeli atau wakil.
  3. Dokumen asas yang perlu diserahkan adalah seperti berikut :
    • Borang 14A asal
    • Hakmilik/Geran asal
    • Sijil Setem LHDN
    • Notis Taksiran LHDN asal
    • Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang penjual/pemberi
    • Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang pembeli/penerima
    • Salinan resit/bil Cukai Tanah Tahun Semasa
    • Salinan resit/bil Cukai Taksiran (Pintu) Tahun Semasa atau surat/resit pengesahan Majlis Bandaran
  1. Sekiranya pindah milik melibatkan hartanah tertentu atau individu khas, beberapa dokumen tambahan perlu disertakan, iaitu :
    • Sijil Kelahiran Pembeli/Penerima – jika melibatkan Tanah Rezab Melayu
    • Surat Pemegang Amanah – jika melibatkan bahagian tanah tidak mencukupi atau penerima tidak cukup umur
    • Salinan Surat Kuasa Wakil dan berdaftar di pejabat tanah – jika melibatkan kuasa tertentu
    • Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri – jika melibatkan pihak berkuasa negeri seperti pembelian rumah kos rendah
    • Surat Kebenaran Pemegang Gadaian – jika melibatkan hartanah yang masih digadai
    • Surat Kebenaran Pemegang Kaveat – jika melibatkan hartanah yang ada sekatan kaveat
    • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan – jika pindah milik melibatkan suami isteri
    • Salinan Sijil Kelahiran – jika pindah milik melibatkan anak-beranak/adik-beradik
    • Jika pindah milik melibatkan hartanah syarikat – lebih banyak dokumen disediakan melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), memorandum serta article.
    • Jika pindah milik melibatkan pertubuhan – lebih banyak dokumen disediakan melibatkan carian Pendaftar Pertubuhan (ROS), senarai AJK, Akta Perlembagaan pertubuhan serta minit mesyuarat berkaitan.
  1. Setelah dokumen disemak pegawai pejabat tanah dan semuanya lengkap, anda dikehendaki menjelaskan bayaran pendaftaran pindah milik
  2. Setelah pembayaran dibuat, anda akan diberikan resit dan Penyata Perserahan pejabat tanah. Serahkan kepada pegawai pejabat tanah untuk direkodkan.
  3. Anggaran masa dalam tempoh 3 hingga 7 hari hakmilik/ geran yang baru akan dikeluarkan.
  4. Anda sebagai penerima/pembeli atau wakil (perlukan surat wakil) bolehlah datang bersama Penyata Perserahan untuk mengutip hakmilik/geran baru tersebut.

 

PERINGATAN

Perlu diingatkan penyerahan semua dokumen dalam proses ketiga ini hendaklah dilakukan dalam tempoh 3 BULAN DARI TEMPOH PENYAKSIAN BORANG 14A. Sebab itulah proses pada langkah kedua (duti setem) perlu dilakukan segera.

Jika penyerahan dokumen dalam proses ketiga ini dilakukan selepas 3 bulan dari tempoh penyaksian, anda akan dikenakan penalti SEKALI GANDA daripada nilai bayaran pendaftaran pindak milik di atas.

Perlu diingatkan juga bahawa denda pungutan lewat (kecuali Hakmilik Strata) sebanyak RM100.00 boleh dikenakan jika pungutan tidak dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh pendaftaran pindahmilik.

 

KADAR BAYARAN PINDAH MILIK TANAH

Untuk makluman, kadar bayaran pindah tanah ini tertakluk kepada Kerajaan Negeri masing-masing dan mengikut nilai pasaran JPPH.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pindahmilik tanah, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *