CARA PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2023/ 2024

CARA PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2023/ 2024
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2023/ 2024

Baca selanjutnya intuk cara permohonan UPU Online. Bermula sesi pengambilan sesi akademik 2023/2024, pelajar atau pemohon akan hanya mendapat satu(1) sahaja tawaran dari satu permohonan yang merangkumi Program Pengajian di IPTA, ILKA.

Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting berkaitan Borang Permohonan kemasukan UA dan IPTA melalui borang Online 2023 yang merangkumi perkara berikut :-

  1. Pautan borang
  2. Tarikh Pembelian Pin
  3. Tarikh Permohonan
  4. Cara semak syarat kelayakan UPU
  5. Maklumat Lanjut

Baca Juga : Cara Kira Merit UPU (Kemasukan Ke UA/IPTA Lepasan SPM / STPM)

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU 2023 SECARA ONLINE

Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan 2023/ 2024 meliputi tarikh buka dan tutup permohonan serta tarikh pembelian Pin unik ID UPU.

  1. Tarikh Buka Permohonan Online 2023/2024 : Fasa 1 : 7 Februari 2023 hingga 28 Mac 2023 & Fasa 2 : 15 Mei 2023 (12 tengah hari) hingga 13 Jun 2023(5 petang)
  2. Tarikh Tutup Permohonan : Seperti dinyatakan di atas
  3. Pembelian PIN : Tidak diperlukan kerana bayaran proses dikecualikan dan akan ditanggung oleh kementerian pengajian tinggi. Permohonan boleh dibuat terus ke laman sesawang UPU tanpa pin unik ID di mana pemohon hanya perlu mendaftar, log masuk, dan mengisi maklumat peribadi
  4. Proses Temuduga dan/ atau Ujian : Mei 2023 hingga Jun 2023 (SPM) & Mei 2023 hingga Ogos 2023 (STPM)
  5. Fasa Pengemaskinian : Minggu Pertama Jun 2023 (SPM) & Minggu ke 4 Julai 2023 (STPM)
  6. Hebahan Perdana & Permohonan Rayuan : Minggu Pertama Julai 2023 (SPM) & Minggu Pertama September 2023 (STPM)
  7. Hebahan Rayuan : Minggu Pertama Ogos 2023 (SPM) & Minggu Ke 3 Oktober 2023 (STPM)

Pendaftaran permohonan ini hanya terbuka kepada:

  1. Calon SPM tahun 2022, 2021 dan 2020
  2. Calon STPM tahun 2022 sahaja
  3. Calon tahun akhir Matrikulasi/ Asasi/ Pasum
  4. Calon STAM tahun 2022 dan 2021
  • Tarikh penting permohonan, rayuan, panggilan temuduga

 

PAUTAN BORANG PERMOHONAN UPU ONLINE 2023

Pelajar yang telah membeli Pin boleh mengakses borang permohonan di Portal Rasmi di :-

 

KATEGORI PERMOHONAN

Terdapat 2 kategori permohonan iaitu seperti berikut

I) LEPASAN SPM & SETARAF (SPM 2022. 2021 & 2020)

Untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf seperti berikut :-

  1. Kategori A : Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja
  2. Kategori B : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM bukan tahun semasa

Pelajar dari kategori lepasan SPM & setaraf adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA berdasarkan kelayakan dan minat.

Program yang boleh dimohon adalah Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti dan ILKA.

Syarat am kelayakan memohon untuk lepasan SPM/ setaraf adalah seperti berikut :-

  1. A) UA/ POLITEKNIK PREMIER

Program Asasi

  1. Warganegara Malaysia dan
  2. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/ setaraf (SPM/ setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program Diploma

  1. Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
  2. Lulus Sejarah

ATAU

  1. B) POLITEKNIK KONVENSIONAL/ METRO, KOLEJ KOMUNITI & ILKA

Program Diploma

  1. Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
  2. Lulus Sejarah

Program Sijil

Pemohon mestilah :-

  1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  2. Boleh menulis, membaca dan mengira

 

II) LEPASAN STPM & SETARAF

Kategori pemohonan untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti berikut :-

A.STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:-

  1. i) Kategori A • Aliran Sastera
  2. ii) Kategori S • Aliran Sains

B.Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J). Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:-

  1. Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
  2. Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
  3. Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
  4. Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
  5. Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
  6. Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM

C.Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)

1.Kategori G • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA) / DIPLOMA POLITEKNIK :-

  • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA)
  • DIPLOMA POLITEKNIK

2.Kategori E • DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :-

  • DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
  • DIP. LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
  • DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
  • DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN

3.Kategori F • KELAYAKAN SETARAF :-

  • A LEVEL
  • INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
  • SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
  • STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
  • AUSMAT/ SAM / ADFP
  • FOUNDATION IPTS

4.Lepasan STAM (Kategori T)

Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja.

 

NOTA PENTING CARA PERMOHONAN UPU ONLINE:

1) Pemohon yang mempunyai taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.

2) Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN UPU DAN SENARAI PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Pemohon adalah disarankan untuk membuat semakan syarat kelayakan yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi sebelum membuat permohonan. Ianya penting dalam untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan UA, Politeknik, Kolej Komuniti serta ILKA yang ingin dipohon. Maklumat yang boleh disemak termasuk syarat am kemasukan, syarat khas permohonan program pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan serta maklumat lain berkaitan institusi berkenaan.

Untuk membuat semakan syarat, sila layari pautan URL di

Untuk kemasukan ke Politeknik & Kolej Komuniti pula, pelajar boleh melayari

 

TIPS CARA PERMOHONAN UPU ONLINE DAN PANDUAN PENGISIAN BORANG PERMOHONAN

14 Tips Mohon UPUonline Dan Panduan Mengisi Borang Permohonan. Tips dan panduan ini bertujuan untuk mengelakkan anda daripada tersalah pilih atau membuat pilihan yang berada di luar daripada syarat kelayakan anda. Oleh itu, sila pastikan anda mengikuti panduan yang dikongsikan di bawah ini semasa mengisi borang permohonan.

Berikut adalah senarai 14 tips/ panduan dalam membuat permohonan UPU secara online.

1.PENDAFTARAN UPU ONLINE

2.BELI NOMBOR UNIK ID BSN (JIKA PERLU – BERGANTUNG KEPADA SYARAT SEMASA KERAJAAN)

  • Untuk mendaftar anda tidak memerlukan nombor Unik ID BSN tetapi untuk membuat permohonan anda wajib mempunyai nombor Unik ID tersebut.
  • Apabila sistem permohonan dibuka, anda boleh membuat pendaftaran untuk kali pertama, kemudian anda boleh membeli nombor unik ID di BSN berharga RM15.60 termasuk SST dan teruskan membuat permohonan lengkap.

3.PASTIKAN KATEGORI ANDA (SPM/ STPM /MATRIKULASI/ DIPLOMA)

  • Bagi sesi akademik 2023/ 2024 bayaran proses UPU dikecualikan dan ditanggung oleh kerajaan.
  • Nombor Unik ID ()

4.BUKA PORTAL RASMI UPU

  • Sebelum anda mengisi borang UPU online, apa yang penting sekali adalah senaraikan bidang-bidang mengikut keutamaan, minat atau bidang pengajian kita.
  • Sebagai contoh anda seorang lepasan STAM, jadi mesti bidang anda adalah bidang pengajian Islam.

5.SILA SEMAK SYARAT KELAYAKAN AM/ KHAS DI E-PANDUAN UPUONLINE

  • Klik e-Panduan Semakan Syarat Am & Syarat Khas Lepasan SPM/ setaraf dan STPM/ setaraf

6.LANGKAH SETERUSNYA SEMAK SYARAT E-PANDUAN DENGAN TELITI

  • Dalam panduan itu anda boleh senaraikan universiti awam/ IPTA yang menawarkan kursus yang berkaitan.
  • Kemudian senaraikan kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang tersebut,di setiap Universiti. Sebagai contoh bidang pengajian Islam, kemudian senaraikan kesemua kursus yang ditawarkan setiap Universiti, kebiasaannya kursus-kursus pengajian adalah syariah, usuluddin, dakwah, quran sunnah.
  • Setelah semua universiti telah disenaraikan, tindakan yang penting adalah anda mestilah menyemak kelayakan kursus yang disenaraikan dengan result atau keputusan peperiksaan yang anda peroleh.
  • Jika kursus tersebut, di universiti berkenaan tidak menepati ciri-ciri syarat kelayakan dengan result atau keputusan peperiksaan kita, anda bolehlah membuangnya dari senarai.
  • Sila jangan meminta kursus yang tidak menepati syarat kelayakan.
  • Jadi sekarang tinggalah kursus yang hanya menepati syarat kelayakan anda.
  • Anda boleh memilih kursus yang anda minat atau yang ingin dipelajari.
  • Ataupun pilih Universiti yang anda berkenan.
  • Sekarang anda sudah boleh menentukan kursus dan senarai universiti yang hendak dipilih.
  • Susunkan mengikut pilihan terbaik anda, supaya lebih mudah untuk diisi dalam borang UPUonline.

7.ISI PERMOHONAN ONLINE

  • Seterusnya, anda mestilah buka portal rasmi UPU di http://upu.mohe.gov.my/web untuk proses pertama sebelum memulakan pengisian borang online upu.

8.PASTIKAN ANDA MENGISI SETIAP MAKLUMAT YANG BERTANDA STAR * DENGAN LENGKAP

  • Mulakan permohonan online sekarang.
  • Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan asterisk (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar. Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat.

9.PILIH 12 PILIHAN MENGIKUT KEUTAMAAN

  • Ada 12 pilihan program pengajian. Pemohon wajib memilih 5 pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi Program Pengajian bertemu duga(Pendidikan) pada pilihan 1-2 sahaja.
  • Pemohon hanya dibenarkan memilih program pengajian mulai (Tarikh akan dikemaskini). Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja yang ditetapkan oleh UA.
  • Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.

10.ISI SEHINGGA HABIS

  • Isi sampai habis.
  • Sebagai contoh, sekiranya anda hanya layak 3 sahaja daripada 12, maka ada 9 lagi ada kekosongan, pilih sahaja mana-mana kursus yang anda mahukan, asalkan anda isi dan penuhkan.

11.KLIK SAH & HANTAR

  • Selepas selesai mengisi, klik sah dan hantar
  • Kegagalan untuk klik pada sah dan hantar menyebabkan anda gagal mengisi borang permohonan.

12.CETAK SLIP PERMOHONAN

  • Setelah klik sah dan hantar, anda bolehlah mencetak atau print slip permohonan tersebut untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

13.SIMPAN SLIP PERMOHONAN SEBAGAI BUKTI

  • Anda dinasihatkan supaya menyimpan slip permohonan yang telah dicetak sebagai bukti bahawa permohonan telah dilakukan.

14.SEMAKAN PERMOHONAN & KEMASKINI PERMOHONAN ADALAH TANPA HAD

  • Anda boleh membuat semakan dan mengedit permohonan seberapa banyak kali yang anda mahukan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Tapi ingat jangan tunggu sehingga saat akhir

 

CARTA ALIR CARA PERMOHONAN UPU ONLINE

Kepada yang telah mendaftar dan ingin membuat kemaskini dan semakan, anda boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.

Berikut dikongsikan Carta Alir Permohonan UPUOnline Sesi 2021-2022 buat panduan pemohon. Carta alir terkini sesi 2022-2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

  1. Daftar Kali Pertama
  2. Login
  3. Isi Maklumat Peribadi
  4. Isi Maklumat Keluarga
  5. Semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul
  6. Isi Maklumat Lain-lain
  7. Isi Maklumat Pilihan Program Pengajian
  8. Seterusnya Isi Maklumat Akademik
  9. Klik SAH dan HANTAR
  10. Paparan Slip Permohonan dalam Format PDF

Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk kepada grafik carta alir permohonan UPU secara online di bawah ini.

 

Tips CARA PERMOHONAN UPU ONLINE

Pemohon sila pastikan anda merujuk kepada nota penting permohonan di bawah ini :-

  • Ada 12 pilihan program pengajian. Pemohon wajib memilih 5 pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi Program Pengajian bertemu duga(Pendidikan) pada pilihan 1-2 sahaja.
  • Pemohon hanya dibenarkan memilih program pengajian mulai (Tarikh akan dikemaskini). Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja yang ditetapkan oleh UA.
  • Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.
  • Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan asterisk (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar. Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat.

 

FASA PERMOHONAN LEPASAN MATRIKULASI KPM/ PASUM/ ASASI UITM

Bagi lepasan matrikulasi/asasi, terdapat 2 fasa permohonan. Fasa 1 bermula sama seperti pemohon yang lain. Pilihan kursus yang terpapar adalah berdasarkan kepada markah peperiksaan semester 1 yang dimasukkan dalam sistem permohonan.

Selepas keputusan peperiksaan akhir keseluruhan yang sebenar diumumkan, pemohon wajib mengemaskini permohonan di Fasa 2 yang akan dibuka pada 15 Mei 2023 mulai jam 12.00 tengah hari hingga 12 Jun 2023, jam 5.00 petang. Mana-mana pemohon Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM yang tidak memohon Fasa 1, tidak akan dipertimbangkan dalam permohonan ke UA.

Maklumat yang boleh dikemaskini semasa Fasa 2 adalah seperti berikut :

  • Pilihan Program (bukan program bertemu duga)
  • Alamat yang boleh dihubungi
  • Alamat emel
  • Nombor telefon yang boleh dihubungi

Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan Semester Akhir dengan pencapaian akademik keseluruhan.

 

SEBAB KENAPA TIDAK BERJAYA DALAM PERMOHONAN UPU

Terdapat pelbagai punca atau sebab kenapa permohonan UPU anda gagal atau tidak berjaya.

KENAPA BERJAYA?

  • Borang permohonan BERJAYA diterima oleh UPUonline
  • MEMENUHI syarat khas program pengajian
  • ADA kekosongan tempat
  • BERJAYA dalam saringan temu duga dan/ atau ujian
  • Kedudukan merit TINGGI

KENAPA GAGAL?

  • TIDAK tekan butang simpan
  • TIDAK memenuhi syarat khas program pengajian
  • TIADA kekosongan tempat, terutamanya program kompetitif
  • GAGAL dalam saringan temu duga dan/ atau ujian
  • Kedudukan merit RENDAH

Berikut dikongsikan perincian Punca Gagal Permohonan UPU buat panduan pemohon.

I) TIDAK MENEPATI SYARAT KHUSUS PROGRAM YANG DIPOHON

  • Perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah syarat program yang dipohon. Syarat am untuk kemasukan ke IPTA, anda wajib mendapat sekurang-kurangnya 5 kredit dalam mana-mana subjek termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah. Sekiranya tidak memenuhi syarat am ini, maaf jika kami terpaksa menghampakan harapan anda kerana mana-mana IPTA pun tidak akan menerima permohonan tersebut. Walau bagaimanapun, banyak lagi pilihan yang ada untuk masa depan, usah berputus asa.
  • Anda masih berpeluang untuk masuk ke program kemahiran seperti Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan banyak lagi . Tahukah anda, graduan lepasan pengajian kemahiran adalah graduan paling mudah diterima dalam sektor pekerjaan. Berbalik kepada syarat khusus program, anda perlu meneliti terlebih dahulu adakah keputusan SPM anda menepati syarat khusus program, sekiranya tidak, lupakan sahaja hasrat itu dan pilihlah program pengajian lain berdasarkan keputusan SPM anda.

II) PUNCA GAGAL PERMOHONAN UPU : MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN POPULAR

  • Apabila anda memohon kursus popular, anda perlu menanggung risiko yang tingggi kerana sudah tentu persaingannya sangat sengit. Anda terpaksa bersaing dengan pemohon lain yang tentunya lebih hebat daripada anda. Selalunya program pengajian popular seperti program perguruan, perubatan dan kejuruteraan menjadi pilihan utama pemohon tetapi malangnya kuota pengambilan untuk program seperti ini sangatlah terhad. Maka, ramai pemohon yang terpaksa ditolak permohonannya selepas dinilai menerusi kiraan merit. Keputusan kiraan merit menunjukkan ramai lagi pemohon lain yang markah meritnya lebih tinggi berbanding anda. Maka, tentu sekali mereka yang akan memenuhi kuota tersebut.
  • Dalam situasi yang lain, sekiranya dalam permohonan, anda bersetuju untuk ditawarkan program berkaitan yang lain sekiranya tidak terpilih dalam 8 pilihan program (bagi pemohon lepasan STPM atau setaraf) dan 12 program (bagi lepasan SPM atau setaraf) tersebut, namun persoalannya kenapa anda masih gagal sedangkan keputusan anda lebih baik berbanding pemohon yang lain, misalnya rakan anda.
  • Ini kerana, selepas permohonan ditutup pihak UPU akan menilai mengikut pemarkahan merit berdasarkan pilihan pertama sehingga pilihan ke lapan. Anda pula tidak menyenaraikan program lain selain program yang anda minati sahaja. Oleh itu, sudah tentu pemohon lain yang memohon program tersebut yang berjaya terlebih dahulu walaupun markah meritnya lebih rendah. Jadi anda terpaksalah membuat semula permohonan melalui e-rayuan.

III) MENOLAK TAWARAN DAN MEMOHON SEMULA MELALUI E-RAYUAN

  • Ini satu lagi situasi yang majoriti pemohon lakukan. Pemohon menolak tawaran yang telah ditawarkan oleh UPU kemudian bertindak membuat semula e-rayuan. Untuk pengetahuan anda, e-rayuan dibuka hanya kepada pemohon yang langsung tidak ditawarkan UPU. Oleh itu, sekiranya anda masih benar-benar berminat untuk melanjutkan pengajian ke IPTA, terima sahaja dahulu tawaran tersebut atau terpaksa kecewa dan gagal dalam permohonan e-rayuan tersebut.
  • Tahukah anda, apabila anda sudah masuk ke IPTA, permohonan anda untuk menukar ke program pengajian boleh dipertimbangkan. Namun, ada syaratnya. Kebiasaanya, pelajar yang menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan iaitu CGPA 2.00 ke bawah, mereka akan dipanggil menghadap dekan pusat pengajian.
  • Majoriti daripada mereka memohon untuk menukar program dengan alasan mereka gagal memahami subjek yang diajarkan dan sebagainya. Jadi permohonan itu diluluskan atas pertimbangan dekan pusat pengajian selain kekosongan tempat untuk program yang dipohon. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada keputusan dekan pusat pengajian.

IV) GAGAL DALAM TEMUDUGA

  • Memohon program yang memerlukan anda menghadiri temuduga misalnya program perguruan, anda perlu lulus temuduga berkenaan. Sekiranya anda gagal dalam temuduga itu secara automatiknya permohonan anda juga gagal.
  • Oleh itu, pastikan anda benar-benar fokus dan tonjolkan personaliti yang positif ketika hadir ke temu duga seterusnya dapat yakinkan penemuduga bahawa anda layak untuk melanjutkan pengajian dalam bidang itu.
  • Jadi nasihat kami, anda perlu sentiasa peka mengenai isu-isu ini dan barulah anda boleh membuat keputusan yang bijak untuk berjaya dalam permohonan UPU ini.

 

Semoga panduan cara permohonan UPU Online ini dapat membantu anda…Semoga berjaya………………

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *