CARA PERMOHONAN PERSONAL LOAN MAYBANK : SEMAK SYARAT KELAYAKAN

CARA PERMOHONAN PERSONAL LOAN MAYBANK : SEMAK SYARAT KELAYAKAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERMOHONAN PERSONAL LOAN MAYBANK : SEMAK SYARAT KELAYAKAN

Berikut cara permohonan personal loan Maybank. Terdapat banyak pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh institusi kewangan. Ciri dan syarat kelayakan untuk mohon produk dan pelan tersebut adalah berbeza. Jadi, anda perlu pilih pelan yang sesuai dengan kehendak dan kelayakan anda.

Baca Juga : CARA BELI TANAH GUNA LOAN KERAJAAN: LPPSA

APA ITU PERSONAL LOAN MAYBANK

Maybank Personel Loan adalah sebuah pelan pembiayaan peribadi konvensional daripada Malayan Banking Berhad (Maybank) Malaysia. Ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar, oleh itu pemohon tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau mengemukakan penjamin untuk mohon.

 

KELEBIHAN MAYBANK PERSONAL LOAN

Berikut adalah merupakan kelebihan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Maybank iaitu:

  • Permohonan senang dan mudah melalui aplikasi MAE
  • Kelulusan pantas
  • Bayaran bulanan rendah
  • Tiada bayaran duti setem
  • Tiada bayaran pemprosesan
  • Tiada penjamin atau cagaran diperlukan
  • Pelan Insurans bagi Pengurangan Tempoh /Perlindungan Peribadi sehingga RM100,000 secara pilihan

 

SYARAT KELAYAKAN MAYBANK PERSONAL LOAN

Sekiranya anda ingin memohon pinjaman peribadi Maybank Personel Loan, anda perlu memenuhi syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh Maybank seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur dari 21 hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan minimum RM3,500 sebulan, atau RM42,000 setahun.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia (Bank/Koperasi/AEON).
  • Tidak mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas/Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
  • Status pekerjaan adalah tetap (penjawat awam)
  • Telah bekerja lebih dari 6 bulan dengan syarikat yang sama dan mempunyai caruman KWSP minimum 6 bulan caruman (pekerja swasta)
  • Mempunyai syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) minimum setahun. (bekerja sendiri)

 

TEMPOH PINJAMAN MAYBANK PERSONAL LOAN

Berikut adalah merupakan tempoh pembiayaan pinjaman peribadi ini iaitu:

JUMLAH PINJAMAN TEMPOH PINJAMAN
Minimum: RM5,000 Minimum: 2 tahun
Maksimum: RM100,000 Maksimum: 6 tahun

 

RATE MAYBANK PERSONAL LOAN

Berikut adalah merupakan kadar faedah tetap bergantung kepada jumlah pinjaman iaitu:

KADAR FAEDAH TETAP JUMLAH PINJAMAN
8% setahun RM5,000 hingga RM20,000
7% setahun RM20,001 hingga RM50,000
6.5% setahun RM50,001 hingga RM100,000

Nota: Kadar keuntungan efektif mungkin akan berbeza dari 11.53% hingga 14.68% setahun, berdasarkan jumlah dan tempoh pembiayaan.

 

TEMPOH KELULUSAN MAYBANK PERSONAL LOAN

Tempoh kelulusan pinjaman peribadi selama 48 jam dari tarikh permohonan dilakukan.

 

CAJ BAYARAN LEWAT 

Sekiranya tiada pembayaran dibuat setelah tiba tarikhnya, caj bayaran lewat 1% setahun akan dikenakan ke atas jumlah tertunggak yang dikira dari tarikh bayaran tertunggak sehingga tarikh penyelesaian.

 

CAJ PENYELESAIAN AWAL 

Jika penyelesaian awal dilakukan pada separuh tempoh pertama pinjaman, caj penyelesaian awal sebanyak RM200 atau 3% daripada jumlah baki pinjaman (yang mana lebih tinggi) akan dikenakan.

 

JADUAN BAYARAN MAYBANK PERSONAL LOAN

Untuk mengetahui jadual pembayaran, anda boleh merujuk pada gambar di bawah:

Maybank Personel Loan Repayment Table 

Rujuk:Maybank Personel Loan Repayment Table 

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen-dokumen yang anda perlu sediakan untuk mohon loan peribadi Maybank.

Dokumen untuk Kakitangan Kerajaan/Swasta/GLC

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKAD) depan dan belakang.
  • Salinan 3 bulan slip gaji.
  • Salinan 6 bulan penyata bank kemasukan gaji (gaji dikreditkan oleh syarikat ke akaun tersebut).
  • Borang BE terkini dengan resit bayaran cukai.

Dokumen untuk Bekerja Sendiri

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKAD) depan dan belakang.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat.
  • Salinan 6 bulan penyata bank syarikat.
  • Borang BE atau e-Form BE dengan resit bayaran cukai.

 

CARA PERMOHONAN PERSONAL LOAN MAYBANK

Kepada anda ynag ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Maybank Personel Loan
  2. Pemohon perlu mengisi butiran yang diperlukan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan sebagai lampiran.
  3. Amaun pinjaman yang diluluskan oleh pihak Maybank akan dikreditkan ke akaun pemohon dan pemohon perlu membuat bayaran bulanan terdapat pinjaman tersebut.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Maybak Personel Loan, anda boleh melayari portal Pinjaman Peribadi Maybank

 

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *