CARA PERMOHONAN MYSTEP 2022 (GAJI BERMULA RM1400-RM2000)

CARA PERMOHONAN MYSTEP 2022 (GAJI BERMULA RM1400-RM2000)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA PERMOHONAN MYSTEP 2022 (GAJI BERMULA RM1400-RM2000)

Kerajaan telah memperuntukkan rm700 juta bagi program Short Term Employment Program yang akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Cara Permohonan Mystep 2022 adalah seperti berikut.

 

APA ITU MySTEP?

Ianya adalah satu program yang menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia bagi satu jangka masa pendek.

 

Baca Juga : Senarai Portal Jawatan Kosong (Laman Web Pencarian Kerja Di Malaysia)

SENARAI KEMENTERIAN DAN GLC TERLIBAT PROGRAM MySTEP

Klik pada pautan berikut untuk melihat senarai kementerian dan GLC yang terlibat:

Senarai Kementerian dan GLC Terlibat

https://mystep.mof.gov.my/assets/Senarai%20GLC%20dan%20Kementerian.pdf

 

Apa Syarat Kelayakan?

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk permohonan mystep yang telah ditetapkan:

CARA PERMOHONAN MYSTEP 2022 (GAJI BERMULA RM1400-RM2000)

 

Penempatan Pekerjaan Permohanan Mystep

  1. Terdapat 2 Saluran program penempatan Permohonan di bawah MYSTEP iaitu:
  2. Penempatan Di Sektor Awam
  3. Penempatan Di GLC Dan Rakan Strategik

 

  1. Penempatan Perolehan Perkhidmatan Personel MYSTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada Waktu/ Tempat/ Jadual Bertugas yang terpakai kepada penjawat awam.

 

  1. Personel MYSTEP yang ditempatkan di sector Awam tidak tertakluk kepada peraturan-peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau Peraturan-Peraturan yang berkuatkuasa ke atas Pegawai Awam.

 

  1. Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing

 

  1. Kuota khas sebanyak SATU (1) Peratus kepada golongan OKU di dalam sector Awam/ GLC/ Rakan Strategik

 

 

BERAPAKAH TEMPOH PERKHIDMATAN UNTUK MySTEP?

  1. Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  2. Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023 (untuk Sektor Awam sahaja)

 

 

 

SKOP KERJA MySTEP

Personel MySTEP dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian / Jabatan dan Agensi / GLC / rakan strategik.

 

KADAR UPAH / BAYARAN MySTEP

Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja .

CARA PERMOHONAN MYSTEP 2022 (GAJI BERMULA RM1400-RM2000)

*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.

Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.

 

 

Kemudahan MySTEP

Kemudahan yang diberikan kepada personel My STEP adalah:

CARA PERMOHONAN MYSTEP 2022 (GAJI BERMULA RM1400-RM2000)

 

Cara Permohonan MySTEP 2022

Permohonan mystep boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian atau secara online dengan mengisi borang permohonan pada pautan mystep https://mystep.mof.gov.my/form

 

Iklan jawatan kosong personel My Step juga akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh agensi yang mempunyai kekosongan.

 

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN PERMOHONAN MySTEP

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal laman web Kementerian Sumber Manusia di sini: https://www.mohr.gov.my/index.php/en

 

Semua rakyat Malaysia yang berkelayakan mesti mengambil peluang sebaik sahaja program ini dibuka kepada orang ramai. Jangan terlepas peluang ini. Maklumat lanjut akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *