CARA PERMOHONAN MRSM 2024 BAGI TINGKATAN 1 & 4

CARA PERMOHONAN MRSM 2024 BAGI TINGKATAN 1 & 4
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA PERMOHONAN MRSM 2024 BAGI TINGKATAN 1 & 4

Tahukah anda cara permohonan MRSM 2024? Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka sistem aplikasi secara atas talian (online) untuk Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM pengambilan pelajar baharu bagi tahun 2024 kepada calon yang berminat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

APA ITU MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), sistem pendidikan MRSM ini diwujudkan untuk merealisasikan matlamat MARA dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya maju.

Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

VISI MRSM

Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

MISI MRSM

Melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

PROGRAM YANG DITAWARKAN DI MRSM

Berikut adalah merupakan program yang dilaksanakan di MRSM iaitu:

  1. Program Premier menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan kurikulum MARA yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan dan modul kemahiran insaniah.
  2. Program Bitara menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar.
  3. Program Ulul Albab ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.
  4. Program IGCSE ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education).
  5. Program IB MYP melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kerangka Middle Years Programme dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.
  6. Program Teknikal melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan pada peringkat menengah rendah dan Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik pada peringkat menengah atas.

SYARAT PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 & 4

Berikut adalah merupakan syarat asas bagi pengambilan pelajar MRSM bagi pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat:

  • Cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Keutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar

Berikut adalah merupakan syarat Kemasukan Umum:

  • Calon warganegara Malaysia
  • Ibu dan / atau bapa ialah warganegara Malaysia
  • Calon memohon secara dalam talian (online)
  • Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  • Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.
  • Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

SENARAI LOKASI MRSM

Terdapat 54 lokasi MRSM di seluruh negara. Untuk mengetahui lokasi boleh rujuk pada pautan di bawah:

TARIKH PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 2024

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga dijangka boleh membuat permohonan secara dalam talian sekitar bulan September-November 2023. Ini kerana, permohonan MRSM 2024 pada tahun 2023 tahun lalu bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022.

CARA PERMOHONAN MRSM 2024 TINGKATAN 1 & 4

Berikut adalah merupakan cara permohonan MRSM bagi pelajar Tingkatan 1 & 4 bagi calon yang berminat:

  1. Layari pautan web rasmi MARA di https://www.mara.gov.my/
  2. Fahami tentang maklumat semua Program MRSM sebelum membuat permohonan. Anda boleh rujuk DI SINI. 
  3. Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada:
    • Permohonan Tingkatan 1
    • Permohonan Tingkatan 4
  4. Bagi pengguna baharu, sila klik pada Daftar Pengguna. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
  5. Log masuk menggunakan maklumat akaun anda.
  6. Lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  7. Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
  8. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
  9. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM)

  • Kepada calon yang terpilih hendaklah menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  • Bagi pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.

TEMPOH UJIAN UKKM

  • Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.
  • UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.
  • Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.
  • Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

SOALAN LAZIM PERMOHONAN MRSM

Berikut merupakan soalan lazim mengenai permohonan kemasukan ke MRSM bagi tahun 2023;

Bilakah tempoh permohonan kemasukan ke MRSM 2024 dibuka?

Jangkaan 1 September 2023 hingga 4 November 2023.

Apakah link (pautan) permohonan MRSM 2023?

https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?

Jangkaan pada bulan Mac 2024

Apakah program sistem pendidikan MRSM?

  1. Program Premier
    2. Program Bitara
    3. Program Ulul Albab
    4. Program IGCSE
    5. Program IB MYP
    6. Program Teknikal

Apakah jenis bantuan kewangan yang disediakan oleh MRSM?

– Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI)
– Pemberian Wang Saku (WS)
– Pengecualian Bayaran Wang Caruman (WS)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai  permohonan  kemasukan MRSM bagi tingkatan 1 & 4, sila layari website rasmi  MARA di pautan https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

 

Baca Juga :

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *