CARA PEMBIAKAN IKAN LAGA

CARA PEMBIAKAN IKAN LAGA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA PEMBIAKAN IKAN LAGA

Ikan Laga atau dengan panggilan yang lebih glamor karem adalah ikan hiasan yang sangat terkenal dalam segelintir masyarakat Malaysia dan masyarakat Thailand. Selain dari kecantikan pelbagai jenis dan bentuk ekor, karem juga merupakan kumpulan yang menarik bila dibiak.Cara pembiakan ikan laga sangatlah mudah dan unik.

 

Baca Juga : KEBAIKAN DAUN KETAPANG UNTUK IKAN LAGA (CARA PENGGUNAAN)

Cara Ikan Laga Membiak

Ikan Laga membiak dengan cara bertelur dan telurnya akan dikumpul di buih-buih sarang yang dihasilkan oleh si bapa ..

 

Keperluan untuk pembiakan adalah seperti berikut :

  • Dua balang atau bekas *wajib
  • Pasangan pelaga yang sihat. *wajib
  • Tanaman air yang hidup *harus
  • Cawan polistrin dibelah dua *Jika ada
  • Makanan untuk pasangan tersebut *wajib
  • Air tanpa klorin ataupun air tapis *wajib
  • Daun ketapang *jika ada
  • Bekas atau aquarium yang luas *wajib
  • Jaring kecil lembut

 

Cara pemilihan pasangan

  • Pilihlah pasangan yang sihat dan matang *matured enough
  • Jantan mempunyai ekor yang panjang dan sesetengah betina juga berekor panjang namun boleh dibeza dengan melihat abdomennya
  • Betina mestilah buncit dan terdapat biji putih pada abdomennya *hanya betina begini

 

Untuk memudahkan proses pembiakan ini admin bahagikan kepada 3 fasa. Semasa pemindahan admin galakkan gunakan jaring supaya ekor pelaga tdak rosak.

 

Fasa 1 (proses kenal-kenal) (seminggu lebih baik)

  • Pasangan tersebut diasing dan diletakkan dalam balang masing-masing yang mengandungi air tanpa klorin serta diletak bertentangan supaya pasangan ini dapat melihat antara satu sama lain.
  • Letak daun ketapang jika ada, daun ini bertindak sebagai ‘tongkat ali’ supaya pelaga jantan lebih agresif dan gersang.
  • Semasa proses ini, jantan banyak bergerak dan mengembangkan insangnya *menunjuk-nunjuk
  • Betina hanya memberi tindak balas dengan bergerak ke sana-sini serta menunduk *mudah kata berkelakuan normal
  • Jantan akan membuat buih tanda pasangan ini sedia diadu atau diletak sekali
  • Makanan diberi seperti biasa. Pasangan ini mestilah sihat sepanjang proses pembiakan.

 

Fasa 2 (malam pertama) (1-2 hari )

  • Pasangan ini diletak bersama dalam bekas atau aquarium yang lebih luas. *bayangkan malam pertama bilik sempit, Fuhhh..siksa ..
  • Bekas tersebut diletak tanaman air dan daun ketapang jika ada
  • Letakkan cawan polistrin yang dibelah dua jika ada. *Jantan akan membuat sarang buihnya dibawah polistrin tersebut. Risiko buih untuk pecah adalah rendah. *jika tiada pelage jantan akan membuat sarangnya ditempat-tempat buih boleh dikumpul, ditepi-tepi..
  • Jantan akan memeluk betina ataupun mengejar betina. *Dalam proses ini telur dilepaskan oleh betina dan dikutip oleh jantan dan dihimpun disarang buih buatannya.
  • Sila beri pasangan ini privasi. *sukakah anda jika diganggu pada malam pertama ?

 

Fasa 3 (pasangan dipisahkan)

  • Selepas betina habis melepaskan telurnya, pelaga betina cuba untuk menghampiri telur dan dihalang oleh pelaga jantan. Betina mesti diasingkan untuk mengelak dari memakan telur-telur tersebut.
  • Tugas penjagaan telur adalah tugas pelaga jantan, jantan akan menjaga telur-telur tersebut disarang buatannya. Telur yang rosak akan dimakan kerana khuatiri akan menjangkiti telur-telur lain. *ini normal
  • Dalam tempoh 2-3 hari telur akan mula menetas dan kelihatan kelibat anak-anak ikan yang sangatlah kecil berpaut pada sarang buih.
  • Pada tempoh ini fry (anak-anak ikan) tidak perlu diberi makan kerana masih terdapat persediaan telur kuning pada badan.
  • Fry akan mula melepaskan pautannya dan berenang bebas dan mampu makan dengan sendiri.
  • Si bapa boleh diasingkan, tugas bapa selesai.
  • Pastikan semua fry sudah melepaskan pautannya dan berenang dengan bebas, fry yang masih lagi berpaut perlu dipantau oleh bapa kerana bimbang fry jatuh dan tidak boleh berenang dengan sendiri akan dibantu oleh bapa dan diletakkan disarang buih semula.

 

Perlu Tahu !!

  • Semasa tempoh penjagaan oleh bapa, pastikan keadaan sentiasa cerah supaya si bapa boleh melihat dan memantau telur-telurnya.
  • Jangan goncang bekas atau menganggu fry, ini akan menyebabkan fry yang masih lemah jatuh dan boleh membawa maut jika lambat diselamatkan.
  • Anda boleh puasakan si bapa sementara kerana khuatiri akan termakan telur. Boleh beri makan tapi mesti jauh dari kawasan fry atau telur.
  • Tanaman air akan menjadi tempat bermain bagi fry-fry ini.
  • Bekas tersebut harus ditutup untuk mengelak dari termasuk bendasing dan semut. *jgn ttup sehingga tiada udara, pelaga juga perlukan udara.
  • Fry sangatlah sensitif dan mudah mati jika dijangkiti fungus atau bacteria.
  • Betina mampu bertelur sehingga 200-1000 pada satu masa. Namun hanya 5-80 yang boleh selamat. *ini normal

 

*Selepas habis semua proses ini, tanggungwab penjagaan fry terletak pada tuan empunya. Tuan empunya wajib mengetahui cara penjagaan fry kerana fry-fry ini sangatlah sensitif dan mudah mati dan anda mungkin akan kehilangan semua fry anda.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *