CARA MOHON TRANSKRIP UiTM SECARA ONLINE

CARA MOHON TRANSKRIP UiTM SECARA ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MOHON TRANSKRIP UiTM SECARA ONLINE

Tahukah anda cara untuk mohon transkrip UiTM? permohonan transkrip UITM yang rasmi boleh dibuat secara online sahaja.Transkrip ini penting terutamanya bagi graduan yang mahu menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.Selain itu, sesetengah bakal majikan juga ada kalanya akan meminta transkrip ini bagi memastikan subjek yang diambil di UITM mempunyai kaiitan dengan jawatan yang dipohon oleh calon.

Proses memohon transkrip UITM secara online ini juga tidaklah sukar dan biasanya anda akan mendapat transkrip rasmi anda dalam beberapa hari sahaja setelah permohonan dibuat secara dalam talian.

Baca Juga : UiTM STUDENT PORTAL : PANDUAN PENGGUNA

PERBEZAAN MINI TRANSKRIP DAN TRANSKRIP PENUH

Untuk pengetahuan, terdapat perbezaan mini transkrip dan transkrip penuh iaitu:

Mini Transkrip Transkrip Penuh
Dikategorikan sebagai transkrip sementara Dikategorikan sebagai transkrip penuh pengajian
Kertas transkrip berwarna putih Kertas transkrip berbentuk sijil
Diperoleh sebelum konvokesyen Diperoleh selepas konvokesyen

 

SYARAT PERMOHONAN TRANSKRIP UiTM

  1. Permohonan tidak akan diproses sekiranya pemohon masih berhutang dengan Universiti.
  2. Permohonan akan diproses dalam tempoh 5 (lima) hari bekerja setelah pembayaran dibuat. (Tidak termasuk tempoh pos).
  3. Jika pihak UITM tidak menerima bayaran dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja permohonan anda akan dibatalkan.
  4. Tiada bayaran balik akan diberikan setelah pembayaran dibuat.
  5. Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya transkrip rasmi yang dihantar melalui pos tidak diterima, rosak atau hilang.
  6. Transkrip Rasmi akan dikeluarkan untuk program berikut sahaja (Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana (Kerja Kursus), Sarjana (Mod Campuran) dan PhD (Mod Campuran).
  7. Kaedah ambil sendiri boleh dibuat di:
    Bahagian Rekod dan Konvokesyen Pelajar (BRPK)
    Pejabat Pendaftar Aras 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam

CARA MOHON MINI TRANSKRIP PELAJAR UiTM

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan di bawah:

  1. Layari laman web iStudent Portal iaitu https://istudent.uitm.edu.my.
  2. Masukkan login Id dan kata laluan iStudent Portal.
  3. Sila klik ‘eAcademic’ dan kemudiannya ‘Mini Transkrip.’
  4. Klik ‘New Application’ untuk permohonan baharu.
  5. Pilih ‘Purpose for Applying Mini Transcript’ dan klik ‘Submit Application.’
  6. Klik ‘Make Payment’ dan pelajar dikehendaki membayar bayaran sebanyak RM1.00.

 

CARA MOHON FULL TRANSKRIP UiTM ONLINE

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk permohonan anda mendapatkan trankrip UITM secara online.

  1. Layari portal rasmi UITM di alamat https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/APPLY_TRANSCRIPT_ONLINE/login_form.cfm
  2. Di halaman tersebut, masukkan Studen ID, Nombor Kad Pengenalan dan Kod Program
  3. Klik butang “Login”
  4. Klik butang “New Application”
  5. Lengkapkan borang dengan segala butira yang diminta
  6. Pilih sama ada hendak menerima transkrip UITM anda secara pos atau ambil sendiri
  7. Muat naik salinan IC yang telah disahkan
  8. Klik butang “Submit Application”
  9. Bil akan dijana serta merta dan boleh disemak di portal pelajar
  10. Lengkapkan permohonan dengan membuat pembayaran secara dalam talian
  11. Muat turun borang yang telah dilengkapkan tadi
  12. Simpan bukti pembayaran untuk rujukan di masa hadapan
  13. Muat turun “Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar” di https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/BPSPP.pdf
  14. Lengkapkan borang di atas
  15. Emel kedua-dua borang bersama-sama slip bayaran kepada pegawai bertugas mengikut fakulti masing-masing. Nama dan emel pegawai bertugas boleh disemak di direktori https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/direktori-staf.html

Maka setelah selesai mengikuti langkah-langkah di atas, tunggu sahaja sehingga transkrip UITM anda sampai ke alamat anda.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *