CARA MOHON STR : PERMOHONAN BARU/KEMASKINI/RAYUAN

CARA MOHON STR : PERMOHONAN BARU/KEMASKINI/RAYUAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MOHON STR : PERMOHONAN BARU/KEMASKINI/RAYUAN

Tahukah anda cara mohon STR? Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksaan inisiatif ‘Payung Rahmah’ melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024 untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Dalam belanjawan 2024, beliau mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan daripada sebelum ini untuk maafat 9 juta penerima.

Bagaimanakah cara permohonan baru bantuan STR 2024 secara online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

TARIKH PERMOHONAN BARU STR 2024

Permohonan baru Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 telah dibuka bermula pada 1 November 2023. Pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online atau manual.

KADAR BAYARAN STR 2024

Berikut merupakan jadual kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah :

  • kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
  • Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300 sahaja.
  • Namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500.
  • Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.

NOTA : Semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) *mengikut data e-Kasih dan JKM.

CARA MOHON STR – PERMOHONAN BARU

CARA PERMOHONAN BARU BANTUAN STR 2024

Terdapat dua (2) kaedah permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 seperti berikut :

  1. Permohonan secara online (dalam talian).
    • Melalui pautan Laman Portal Rasmi STR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/; atau
    • Muat turun Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah di Play Store / Apple Store di dalam telefon bimbit anda.
  2. Permohonan di kaunter.
    • Muat turun borang permohonan di sini; atau dapatkan borang permohonan di kaunter LHDNM (selepas diumumkan tarikh permohonan dibuka)

BK-01-Borang-Permohonan-STR-2024Download

  • Selepas selesai mengisi semua maklumat dengan lengkap dan tepat, anda dikehendaki menghantar borang tersebut di kaunter LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan anda; atau
  • Penghantaran secara pos (terhad kepada borang permohonan yang diterima).
  • *Penghantaran secara Faks dan e-mel adalah TIDAK DITERIMA.

CARA KEMASKINI STR

Berikut adalah cara login, semakan dan kemaskini maklumat STR 2024:

CARA BUAT RAYUAN STR

Setelah permohonan rayuan berjaya dibuat, semakan permohonan rayuan ini boleh disemak secara atas talian dan juga menerusi cawangan LHDN yang berdekatan.

CARA BUAT RAYUAN STR ONLINE 

Permohonan rayuan sumbangan tunai rahmah juga boleh dilakukan menerusi atas talian.

Pemohon batuan str tidak perlu hadir ke cawangan LHDN untuk membuat permohonan rayuan tersebut.

Berikut merupakan cara cara membuat permohonan str rayuan secara online

  • Pemohon perlu melayari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Pemohon bantuan rahma mestilah log masuk ke akaun rasmi dengan memasukkan nombor MyKad dan kata laluan yang betul.
  • Menerusi sistem bantuan ramah ini, pemohon hendaklah klik pada bahagian “Permohonan Rayuan bantuan Rahmah”. (Walaubagaimanapun, bahagian ini masih tidak dibuka untuk permohonan sehingga dimaklumkan kepada umum).
  • Kemaskini maklumat bantuan ramah perlu dibuat oleh pemohon.
  • Akhir sekali, hantar permohonan rayuan batuan tunai rakyat dengan klik pada butang “Hantar”.

Permohonan rayuan batuan tunai rakyat secara atas talian masih belum dibuka untuk permohonan menerusi sistem rasmi di portal lhdn.

Pihak LHDN akan memaklumkan tarikh permohonan rayuan bantuan tunai rahmah dari semasa ke semasa kepada masyarakat bagi membolehkan pemohon yang gagal membuat rayuan

CARA BUAT RAYUAN STR DI KAUNTER LHDN 

Permohonan rayuan bantuan sumbangan tunai rahmah str boleh dilakukan di kaunter di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan pemohon.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat permohonan rayuan batuan tunai rahmah menerusi kaunter;

  1. Pemohon batuan tunai rakyat perlu hadir ke cawangan LHDN yang berdekatan dengan pemohon.
  2. Pemohon hendaklah mengisi borang “Permohonan Rayuan” dengan lengkap.
  3. Hantar borang permohonan rayuan bantuan ramah tersebut.
  4. Akhir sekali, permohonan rayuan pemohon akan dimaklumkan oleh pihak LHDN dari semasa ke semasa sama ada ianya berjaya atau tidak.

Walaubagaimanapun, borang permohonan rayuan ini akan dikeluarkan oleh pihak LHDN setelah tempoh rayuan ini dibuka kepada pemohon. Tarikh permohonan rayuan ini akan dimaklumkan secara berperingkat oleh Menteri Kewangan.

BACA JUGA :

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *