CARA MOHON SJKP : SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

CARA MOHON SJKP : SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MOHON SJKP : SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

Tahukah anda cara mohon SJKP? Tahukah anda Skim Rumah Pertamaku sudah dimansuhkan dan telah digantikan dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)? Skim ini adalah skim yang ditambahbaikan daripada skim yang sebelum ini (Skim Rumah Pertamaku) yang telah di mansuhkan pada  31/3/2023. Jadi bagaimana nak mohon skim ini? Baca selanjutnya….

APA ITU SJKP (SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN)

Skim Jaminan Kredit Perumahan – MADANI (SJKP-MADANI) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bagi golongan pendapatan tidak tetap bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil yang berkelayakan untuk mendapatkan kemudahan gadai janji .

TUJUAN PEMBIAYAAN SJKP

  • Pembiayaan gadai janji

HAD PEMBIAYAAN SJKP

Had Pembiayaan  Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT/LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian

TEMPOH PEMBIAYAAN PINJAMAN SJKP

Tempoh Pembiayaan  Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)

KADAR JAMINAN PEMBIAYAAN SJKP (SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN)

Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi

  • Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan
  • Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot

Kadar Faedah/Keuntungan  Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat

*MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
*MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
*LTHO: Long Term House owner’s Takaful

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MOHON SJKP

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
  • Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
  • Kategori berpendapatan tetap
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
  • Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
  • Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan

CARA MOHON SJKP (SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN)

  1. Pemohon (Peminjam) mengenal pasti kediaman yang dikehendaki.
  2. Selepas itu buat permohonan dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada institusi kewangan yang terlibat dengan Skim ini
  3. Pihak Bank akan menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar kepada SJKP bagi jaminan pembiayaan
  4. SJKP akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan pembiayaan (Jika LayaK)
  5. Institusi kewangan akan mengemukakan (LO) kpd pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan pembiayaan dari SJKP

Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas Institusi kewangan mengeluarkan pembiayaan.
SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK MOHON SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)

Dokumen yang diperlukan:

  • Kediaman/Rumah
  • Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka kediaman/rumah
  • Pendapatan
  • Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
  • Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
  • Surat pengesahan pekerjaan
  • Dokumen Sokongan Lain
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Surat Pengesahan (jika ada)
  • Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
  • Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.

SOALAN LAZIM CARA MOHON SJKP (SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN)

1. Adakah skim ini untuk Bumiputera sahaja?

  • Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

2. Saya berniaga sendiri dengan pendapatan purata bulanan sebanyak RM1,400 dan tidak mempunyai slip gaji bulanan. Adakah saya boleh memohon pinjaman perumahan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

  • Ya. Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk menjamin pembiayaan perumahan bagi golongan yang tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan yang tetap tanpa mengira jenis pekerjaan.

3. Saya berniaga sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Isteri saya pula bekerja sebagai kerani di sebuah firma guaman dan mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Adakah kami layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini?

  • Ya. Permohonan bersama (oleh suami dan isteri) boleh dilakukan.

4. Berapa lamakah tempoh pembayaran pembiayaan?

  • Tempoh pembiayaan ialah sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan).

5. Usia saya telah mencecah 55 tahun. Oleh itu tempoh pembayaran pembiayaan hanya tinggal 10 tahun. Bolehkah pembiayaan dibuat bersama dengan anak supaya tempoh pembayaran pembiayaan dapat dipanjangkan?

  • Pembiayaan 2 generasi boleh dilakukan untuk memanjangkan tempoh pembayaran. Tempoh pembayaran akan dikira berdasarkan usia anak dan dengan syarat umur anak hendaklah sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh permohonan. Namun, ianya bergantung kepada syarat khusus yang dikeluarkan oleh pihak institusi kewangan.

6. Adakah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini hanya tertakluk kepada rumah-rumah yang dibina oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan / Kerajaan Negeri sahaja?

  • Tidak. Skim ini juga terbuka kepada pembelian rumah kediaman daripada pemaju swasta.

7. Adakah Skim Jaminan Kredit Perumahan tertakluk kepada rumah yang baru dibina sahaja?

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

8. Saya telah mempunyai sebuah rumah kos rendah dan berhasrat untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan semula. Adakah saya layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

  • Tidak. Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan bagi tujuan pembiayaan semula.

9. Saya berniaga sendiri dan bercadang membeli sebuah rumah kedai untuk tujuan perniagaan. Adakah saya layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini?

  • Tidak. Skim Jaminan Kredit Perumahan ini adalah khusus untuk pembelian rumah kediaman sahaja.

10. Saya merupakan seorang peniaga dan berhasrat membeli sebuah kondominium. Adakah saya layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk diduduki, tertakluk kepada pembiayaan maksima RM500,000.

11. Saya mempunyai sebidang tanah dan bercadang untuk mendirikan sebuah rumah di atas tanah tersebut. Adakah saya layak memohon pembiayaan perumahan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi membiayai pembinaan rumah tersebut?

  • Tidak. Buat masa ini Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah.

12. Adakah saya tertakluk kepada syarat-syarat tertentu untuk menjual rumah yang telah dibeli di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

  • Pihak SJKP tidak mengenakan syarat-syarat tertentu ke atas pemohon. Akan tetapi, pemohon haruslah mematuhi / memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak institusi kewangan.

13. Saya berminat untuk memohon pembiayaan perumahan di bawah skim jaminan ini. Adakah saya perlu membuat permohonan di pejabat SJKP?

  • Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.

14. Di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini, berapakah caj / yuran yang harus dibayar oleh peminjam kepada pihak SJKP?

  • Tiada caj / yuran yang dikenakan oleh SJKP kepada peminjam.

 

AGENSI PELAKSANA SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 
TELEFON : +603-2096-5000
E-MEL : enquiry@sjkp.com.my

Baca juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *