CARA MOHON MySALAM 2023: Semak Kelayakan & Status Bayaran

CARA MOHON MySALAM 2023: Semak Kelayakan & Status Bayaran
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MOHON MySALAM 2023: Semak Kelayakan & Status Bayaran

Disini kami akan kongsikan kepada anda cara mohon MySalam 2023. semoga membantu.Pada tahun ini, Skim MySalam akan diperluas kepada penerima STR dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak. Ramai yang telah menerima SMS tentang kelayakan Skim Perlindungan Masyarakat MySalam. Adakah anda faham apa sebenarnya manfaat dan faedah yang diperolehi jika layak Skim MySalam?Bagaimanakah nak check MySalam?

Baca Juga : CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula)

APA ITU MySALAM

Skim mySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan kepada individu yang layak. Objektif inisiatif ini adalah untuk menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

 

MANFAAT SKIM MySALAM

Berikut adalah merupakan manfaat skim ini iaitu:

  • Membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal
  • Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  • Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian).

 

SYARAT KELAYAKAN MySALAM

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan MySalam iaitu Penerima bantuan khas kerajaan seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Sila rujuk jadual di bawah untuk keterangan lanjut:

Program LHDN Kelayakan mySalam Kriteria Umur
BR1M 2018 2019
  • Individu berumur antara 18 hingga 55 tahun dan pasangan;
BSH 2019 2020
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
BSH 2020 2021
BPR 2021 BKM 2022 2022 & 2023
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun.

 

CARA MOHON MySALAM 2023 / CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN MySALAM

Berikut adalah merupakan cara semakan kelayakan anda iaitu:

  • Secara online:
    • Layari portal MySalam
    • Sila masukkan nombor MyKad (12 digit) tanpa tanda sengkang.
    • Klik SEMAK
  • Menghantar e-mel
  • Hubungi talian mySalam: 1 300 888 938

 

TARIKH KUATKUASA PERLINDUNGAN MySALAM

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020.

 

JENIS TUNTUTAN MySALAM

Berikut adalah merupakan jenis tuntutan melalui inisiatif ini iaitu:

  1. Tuntutan Penyakit Kritikal
  2. Tuntutan Hospitalisasi

 

KADAR BAYARAN MySALAM

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran mengikut situasi iaitu:

  • Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  • Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian, sila rujuk butang kelayakan untuk maklumat lanjut).

 

TARIKH PERMOHONAN TUNTUTAN MySALAM

Tuntutan untuk manfaat Hospitalisasi atau Penyakit Kritikal dibuka sehingga 30 Jun 2024, dengan syarat tarikh kemasukan ke hospital atau diagnosis penyakit kritikal berlaku semasa tempoh kelayakan (2019 hingga 2023)

 

CARA TUNTUTAN PENYAKIT KRITIKAL MySALAM

Kepada anda yang ingin membuat tuntutan penyakit kritikal MySalam, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  3. Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  4. Log masuk kembali ke Mysalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  6. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

CARA TUNTUTAN HOSPITALISASI MySALAM

Kepada anda yang ingin membuat tuntutan hospitalisasi MySalam, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

SENARAI TUNTUTAN HOSPITALISASI TIDAK LAYAK MySALAM

Elaun hospitalisasi harian jika dimasukkan ke hospital tidak akan dibayar disebabkan dan termasuk mana-mana perkara berikut, secara langsung atau tidak langsung:

  • Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras;
  • Peperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti jenayah atau pengganas, bertugas secara aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau pemberontakan
  • Melakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni, atau sebarang pelanggaran undang-undang atau percubaan melanggar undang-undang atau mengelak daripada ditangkap
  • Ketagihan alkohol, pengambilan dadah haram, kemabukan, penyakit kelamin dan sekuelanya, kehamilan, kelahiran anak (temasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, pengguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiran, kaedah pencegahan kehamilan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, Ketidakfungsian erektil dan ujian atau rawatan berkaitan mati pucuk atau pensterilan

 

SENARAI PENYAKIT KRITIKAL MySALAM

Cara mohon MySalam sudah dikongsikan di atas. Sekarang, kami akan berkongsi pula apakah penyakit kritikal yang tersenarai dalam skim ini. ysaSenarai penyakit kritikal telah diperluaskan daripada 36 penyakit kritikal kepada 45 penyakit kritikal yang di cover oleh takaful MySalam:

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Kelecuran Tahap Ketiga
  37. HIV
  38. Penyakit Terminal
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan pankreas berulang
  44. Elefantiasis
  45. Penyakit lembu gila

 

CARA CHECK STATUS TUNTUTAN MySALAM

Setelah anda membuat tuntutan, anda boleh menyemak status tuntutan anda di portal MySalam

 

TEMPOH TUNTUTAN MySALAM

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan

 

MAKSUD STATUS MYSALAM TIDAK AKTIF BAGI TAHUN SEMASA

  • Sekiranya terdapat status ini bermaksud maklumat terkini yang didapati oleh pihak MySalam adalah belum diaktifkan bagi tahun 2023.
  • Anda dinasihatkan untuk menunggu kelulusan STR untuk membuat semakan semula status MySalam.

 

BAGAIMANA JIKA TIDAK MENERIMA SMS KELAYAKAN MySALAM?

Sekiranya anda penerima STR tetapi tidak menerima SMS kelayakan MySalam, anda boleh hubungi talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut..

SOALAN LAZIM (FAQ) MYSALAM

Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?

  • Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. Jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.

Macam mana nak check status tuntutan MySalam?

  • Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian mysalam.com.my

Adakah dimaklumkan jika lulus/gagal tuntutan MySalam?

  • Ya,mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ingin maklumat lanjut atau hubungi talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *