CARA MOHON MYKID 2024 : SEMAKAN STATUS

CARA MOHON MYKID 2024 : SEMAKAN STATUS
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MOHON MYKID 2024 : SEMAKAN STATUS

Tahukah anda cara mohon MyKid? MyKid boleh dimohon di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Semakan permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi. Mykid ini sangat penting kerana ia merupakan satu dokumen pengenalan diri untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan MYKID bagi anak anda:

APA ITU MyKid

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Ciri-cirinya juga adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

“My” membawa maksud “Malaysia” manakala “Kid” pula adalah singkatan kepada “Kad Identiti Diri”. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Terdapat 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

KELEBIHAN MYKID

Berikut adalah kelebihannya:

  • Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  • Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  • Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
  • Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  • Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  • Bentuk cantik dan menarik

KADAR BAYARAN PERMOHONAN MYKID

  • Permohonan adalah percuma. Tiada sebarang bayaran yang perlu dibayar oleh pemohon.
  • Setelah borang lengkap diisi dan dokumen diterima oleh pegawai, pemohon akan dibekalkan dengan notis tuntutan yang akan digunakan untuk menuntut setelah ia siap kelak.
  • Di dalam notis tersebut akan dinyatakan berapa lama tempoh MyKid akan siap dan bila anda boleh datang menuntut.

CARA MOHON MYKID

Ia boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun. Untuk permohonan MyKid, ibubapa atau penjaga perlu hadir ke kaunter perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu menyediakan dokumen asal dan salinan seperti berikut:

SENARAI DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN MYKID

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan:

  • Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
  • Dokumen pengenalan diri pemohon (ibu atau bapa)
    • Salinan IC Bapa
    • Salinan IC Ibu
  • Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir

SEMAK STATUS MYKID ONLINE

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan online:

  • Layari https://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
  • Masukkan nombor mykid anak dan kod keselamatan yang dipaparkan
  • Klik semak dan status pemberitahuan sama ada telah siap atau belum akan dipaparkan untuk tujuan pengambilan di Pejabat JPN

CARA TUKAR MYKID HILANG ATAU ROSAK

Makluman terbaru daripada pihak JPN menyatakan bahawa jika anda kehilangan MyKid anda tidak akan dikenakan sebarang denda namun perkidmatan permohonan akibat hilang ataupun rosak tidak lagi ditawarkan.

Ini bermakna kehilangan atau kerosakan kad tidak akan diganti lagi dan anda boleh menggunakan sijil lahir sebagai dokumen pengenalan diri bagi kanak-kanak.

CARA TUKAR MYKID KEPADA MYKAD

Kanak-kanak yang mencapai umur 12 tahun wajib mendaftar bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan MyKad. Pertukaran MyKid kepada MyKad kini boleh dipohon secara atas talian sepertimana berikut :

  1. Pemohon mestilah membuat pendaftaran akaun di laman sesawang https://www.malaysia.gov.my terlebih dahulu.
  2. Log masuk ke laman sesawang 12tahun jpn.gov.my seperti pada Rajah di atas ini
  3. Klik pada butang “Password”.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan, nombor passport atau alamat emel pemohon.
  5. Klik pada butang “Next”.
  6. Masukkan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Log Masuk”.
  7. Tanda pada kotak “Saya Setuju” dan klik pada butang “Setuju”.
  8. Maklumat pemohon hendaklah diisi dengan betul dan lengkap.
  9. Kemudian, klik pada butang “Hantar”.
  10. Notifikasi permohonan berjaya dihantar diterima oleh pemohon.
  11. Seterusnya, paparan borang permohonan dipaparkan dan pemohon perlu klik pada butang “Cetak.
  12. Selepas itu, cetak permohonan tersebut dan bawa salinan cetakan tersebut ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berdekatan untuk mendapatkan MyKad.

SEMAK SENARAI JPN UNTUK MOHON MYKID 

Untuk memohon, sila ke JPN terdekat dan UTC berhampiran di senarai berikut:

https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendafataran Negara (JPN) di pautan berikut https://www.jpn.gov.my/

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288
Emel(@jpn.gov.my)

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *