CARA MOHON METER TNB ONLINE : SENARAI DOKUMEN 

CARA MOHON METER TNB ONLINE : SENARAI DOKUMEN 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MOHON METER TNB ONLINE : SENARAI DOKUMEN

Tahukah anda cara mohon meter TNB? Permohonan meter tnb terbahagi kepada dua jenis iaitu untuk kegunaan domestik dan komersial. Domestik adalah untuk rumah kediaman dan komersial pula adalah untuk perniagaan. Permohonan meter tnb adalah satu keperluan yang perlu dibuat ke pihak Tnb untuk mendapatkan bekalan elektrik bagi melaksanakan sebarang aktiviti harian.

TEMPOH PERMOHONAN METER TNB

Proses pemasangan meter tnb kebiasaan mengambil masa antara 2 minggu dan keatas bergantung kepada kelulusan dan proses kerja dari pihak tnb.

  • Proses anggaran masa pasang meter tnb adalah bergantung kepada situasi keadaan tapak rumah atau premis perniagaan yang hendak di pasang meter elektrik setelah kelulusan diterima dari pihak tnb.
  • Kerja untuk pasang meter tnb adalah lebih cepat jika lokasi tiang elektrik sedia ada berdekatan dengan lokasi pasang meter.
  • Jika tiada tiang terdekat dan memerlukan penambahan tiang proses anggaran pasang meter tnb mungkin akan mengambil masa melebihi dua minggu bergantung pada proses kerja pemasangan tiang baru.
  • Proses pasang meter tnb juga akan mengambil masa jika sesalur kabel tnb perlu melalui laluan bawah tanah yang mana kerja mengorek tanah perlu dilakukan terlebih dahulu untuk laluan kabel.

KADAR CAJ SAMBUNGAN DAN CAGARAN DEPOSIT METER TNB

Caj sambungan pengguna dan cagaran deposit meter akan dikeluarkan untuk proses pemasangan meter oleh pihak tnb.

Ianya perlu dibayar ke TNB setelah permohonan diluluskan untuk pihak tnb menjalankan kerja-kerja pemasangan meter.

Caj yang dikenakan adalah bergantung pada skop pemasangan dan jenis premis sama ada domestik atau komersial

SENARAI DOKUMEN UNTUK MOHON METER TNB

Di bawah merupakan beberapa dokumen mohon meter TNB yang mesti Anda sediakan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Pastikan Anda memiliki Alamat Email Aktif
  • Nombor Telefon Anda
  • Nama Ibu
  • Salinan akuan hak milik bangunan contohnya geran tanah, salinan sewa milik atau sebagainya yang boleh dijadikan bukti permilikan. (sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, hendaklah membawa surat kebenaran dan slinan Kad pengenalan Pemilik Tanah) (sekiranya pemilih tanah telah meninggal, hendaklah membawa sijil kematian dan surat yang dibuat di persuruhraya sumpah)

Kedai Komersial, Pemohon syarikat

  • Salinan SSM, Borang 9 or Borang D
  • Salinan kad pengenalan pengarah urusan
  • Nama Ibu
  • Alamat Email
  • Salinan akuan hak milik bangunan contohnya geran tanah, salinan sewa milik atau sebagainya yang boleh dijadikan bukti permilikan. (sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, hendaklah membawa surat kebenaran dan slinan Kad pengenalan Pemilik Tanah) (sekiranya pemilih tanah telah meninggal, hendaklah membawa sijil kematian dan surat yang dibuat di persuruhraya sumpah)

CARA MOHON METER TNB ONLINE

Sila ikuti langkah-langkah cara mohon meter TNB:

  1. Lawati pautan rasmi TNB https://www.mytnb.com.my/
  2. Masukkan Alamat Email.
  3. Masukkan Password.
  4. Klik Login.
  5. Selepas Anda login, pada bahagian Apply, pilih I AM MOVING In. Get me started.
  6. Isikan alamat mengikut format yang betul, boleh rujuk alamat di bill lama.
  7. Klik Next.
  8. Pada bahagian I’m applying as, Anda dapat pilih yang ingin Anda apply company atau persendirian.
  9. Klik Next.
  10. Sebelum Anda mulakan, pastikan bahawa dokumen yang diperlukan tersedia.
  11. Gunakan format PDF atau ambik gambar.
  12. Klik Next.
  13. Pada bahagian, Adakah anda perlukan Kontraktor? sekiranya rumah Anda ditinggalkan melebihi 5 tahun atau wujud kesangsian dan keyakinan. Lantiklah kontraktor untuk periksa pendawaian Anda. Patikan Ada caj oleh kontraktir. Sekiranya masih selamat, klik No.
  14. Seterusnya, klik Next.
  15. Pilih Tarikh bila Anda ingin bekalan elektrik. Biasanya TNB akan memberikan tempoh waktu 7 hari dari register.
  16. Kemudian, pada bahagian Electricity Supply Detail isikan maklumatnya.
  17. Pada bahagian Additional Contact, Anda boleh isikan penama yang boleh Anda hubungi.
  18. Pada bahagian Customer Details. Anda perlulah muat turun Application Form dan submit dokumen.
  19. Klik Submit.
  20. Jika Approved, TNB akan menghantar email harga kepada Anda.
  21. Selesai.

Nota: TNB akan memasang meter dalam 7 hari bekerja. Sekiranya ada masalah, TNB akan menghantar email dan baikilah apa yang patut.

Bagi Anda yang perlukan borang permohonan meter, boleh download disini.

SENARAI JENIS PERMOHONAN METER TNB

TNB menyediakan pelbagai perkhidmatan iaitu:

  • Permohonan Meter Elektrik TNB rumah Baru dan Lama
  • Permohonan naik taraf meter Elektrik TNB
  • Permohonan bekalan elektrik sementara
  • Permohonan meter Elektrik TNB 1Fasa dan 3Fasa
  • Tukar Nama Meter TNB

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan yang berkaitan dengan TNB Anda dapat menghubungi TNB Careline 15454.

CARA SEMAK KONTRAKTOR PERMOHONAN METER TNB

  • Permohonan baharu meter tnb hanya boleh dilakukan oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sahaja.
  • Pengguna boleh menyemak senarai kontraktor elektrik yang dilantik di ecos.st.gov.my
  • Hanya perlu memasukkan nama syarikat dan tekan butang Cari. Nama syarikat akan terpapar seperti dibawah jika telah berdaftar dan mempunyai lesen sebagai kontraktor elektrik.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *