CARA MOHON i-SAYANG KWSP : SEMAK STATUS

CARA MOHON i-SAYANG KWSP : SEMAK STATUS
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MOHON i-SAYANG KWSP : SEMAK STATUS

Tahukah anda cara mohon i-Sayang KWSP? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini telah memperkenalkan kemudahan i-Sayang KWSP. Disini kami akan kongsikan mengenai kemudahan ini serta cara permohonan dan syaratnya, semoga membantu.

APA ITU  i-SAYANG KWSP?

i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON i-SAYANG

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi pemberi dan penerima iaitu:

Syarat-syarat kelayakan suami (Pemberi)

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Syarat-syarat kelayakan isteri (Penerima)

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

CIRI-CIRI i-SAYANG

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri kemudahan ini iaitu:

  • Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
  • Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
  • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).

DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK MOHON i-SAYANG KWSP

Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

CARA PERMOHONAN i-SAYANG KWSP

Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:

  • i-Akaun (Ahli); ATAU
  • Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran iSayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

CARA SEMAKAN STATUS i-SAYANG KWSP

Hanya suami (pemberi) boleh menyemak status pendaftaran i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli).

CARA KIRA i-SAYANG KWSP

Cara pengiraan pindahan 2% caruman i-Sayang daripada akaun suami (pemberi) ke akaun isteri (penerima) adalah seperti berikut:

  • 2% / Kadar Berkanun Syer Bekerja X Caruman Syer Pekerja

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA MOHON i-SAYANG KWSP

Bolehkah suami (pemberi) memohon untuk mencarum i-Sayang melebihi 2% ke dalam akaun isteri (penerima)?

  • Tidak boleh. Pindahan 2% adalah ditetapkan oleh Kerajaan.

Bolehkah isteri (penerima) memohon untuk memindahkan caruman ke dalam akaun KWSP suami (pemberi)?

  • Tidak boleh. Inisiatif iSayang hanya membenarkan pemindahan caruman dibuat daripada akaun KWSP suami (pemberi) ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

Bilakah pemindahan caruman iSayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima)?

  • Pemindahan caruman iSayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima) selepas tempoh dua (2) bulan daripada tarikh penerimaan caruman syer pekerja suami (pemberi).

Mengapakah caruman i-Sayang adalah terhad kepada 2% sahaja?

  • Caruman iSayang adalah terhad kepada 2% sahaja setelah mengambil kira situasi suami berkahwin dengan 4 orang isteri. Oleh itu, jumlah pindahan adalah 8%. Baki syer pekerja suami adalah 3% daripada jumlah syer pekerja sebanyak 11%.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut berkaitan i-Sayang boleh diperoleh melalui saluran-saluran berikut:

  • Laman web rasmi KWSP ; ATAU
  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000; ATAU
  • Cawangan KWSP yang berhampiran.

Artikel berkaitan :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *