CARA MOHON GOPINJAM : PINJAMAN PERIBADI TOUCH N GO

CARA MOHON GOPINJAM : PINJAMAN PERIBADI TOUCH N GO
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MOHON GOPINJAM : PINJAMAN PERIBADI TOUCH N GO

Tahukah anda cara mohon GoPinjam?  Kumpulan Touch ‘n Go (TNG) terus memperluaskan perkhidmatannya dengan tawaran terbaharu program pinjaman peribadi inklusif GOpinjam, yang disediakan melalui Touch ‘n Go eWallet.

APAKAH GOPINJAM

Syarikat TNG Digital Sdn Bhd telah memperkenalkan skim pinjaman peribadi yang dikenali sebagai GOpinjam. GOpinjam menawarkan pinjaman mudah dan pantas serendah RM100 sehingga RM10,000 dengan tempoh pembayaran semula yang fleksibel pada kadar faedah sebanyak lapan peratus.

GOpinjam dibangunkan dengan kerjasama CIMB Bank dan menggunakan reka bentuk produk serta mekanisme penghantaran yang berbeza bagi memastikan perjalanan dan pengalaman pengguna terbaik. Ia tawaran pinjaman pertama yang membolehkan pengguna meminjam daripada serendah RM100, dengan produk Pinjaman Peribadi e-Zi Tunai CIMB Bank yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

SYARAT KELAYAKAN GOPINJAM TOUCH N GO 

Antara syarat-syaratnya adalah:

  1. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur antara 21 sehingga 63 tahun.
  3. Pendapatan minimum pemohon mestilah sekurang-kurangnya RM800 sebulan.

CARA BUAT SEMAKAN KELAYAKAN GOPINJAM 

Semakan kelayakan untuk membuat pinjaman peribadi GOpinjam ini boleh dilakukan di aplikasi Touch N Go e-Wallet.

Berikut merupakan cara cara untuk membuat semakan kelayakkan;

  1. Buka aplikasi Touch N Go eWallet pengguna.
  2. Klik pada ikon “go pinjam ewallet”.
  3. Masukkan jumlah gaji bulanan pengguna.
  4. Kemudian, klik pada butang “Calculate”.
  5. Akhir sekali, paparan jumlah kelayakan pinjaman akan dipaparkan.

CARA MOHON GOPINJAM TOUCH N GO 

Pengguna yang memenuhi syarat kelayakkan yang telah ditetapkan oleh TNG boleh melakukan permohonan secara atas talian.

Permohonan ini boleh dilakukan menerusi aplikasi TNG e-Wallet.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat permohonan GOpinjam;

  1. Buka aplikasi Touch N Go e-Wallet pengguna.
  2. Klik pada ikon “GOpinjam” seperti pada Rajah di bawah ini
  3. Masukkan pendapatan bulanan pengguna dan klik pada butang “Calculate”.
  4. Kemudian, pilih jumlah pinjaman yang ingin dipinjam oleh pengguna mengikut kadar yang telah ditetapkan.
  5. Seterusnya, pilih tempoh pembayaran pinjaman yang ingin dilakukan oleh pengguna.
  6. Isi maklumat peribadi pengguna dengan lengkap dan betul.
  7. Pilih kaedah akaun e-Wallet atau akaun bank pengguna sebagai akaun penerima pinjaman GOpinjam.
  8. Akhir sekali, klik pada butang “Mohon Pinjaman Anda” setelah semua maklumat yang diisi disemak dan disahkan untuk menghantar permohonan pinjaman tersebut.

KADAR INTEREST GOPINJAM TOUCH N GO 

Kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam GO pinjam interest rate ini adalah 8 peratus sehingga 36 peratus mengikut kadar pinjaman yang dilakukan dan tempoh pembayaran semula pinjaman.

  • Cas tambahan +1% jika lambat bayar

TEMPOH PROSES PERMOHONAN GOPINJAM 

  • Pengguna yang membuat pinjaman GOpinjam untuk pertama kali, proses pinjaman ini akan diluluskan dalam tempoh 24 jam.
  • Manakala, pinjaman GOpinjam yang dilakukan oleh peminjam yang pernah melakukan pinjaman ini sebelum ini, proses pinjaman ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja untuk lulus.
  • Ini kerana TNG Digital akan menyemak rekod pembayaran balik pinjaman peminjam menerusi rekod pinjaman sebelum ini.
  • Ianya penting untuk memastikan peminjam melakukan bayaran balik pinjaman tanpa tunggakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

CARA BUAT EARLY SETTLEMENT GOPINJAM 

  • Peminjam yang ingin membuat penyelesaian pinjaman GOpinjam dengan lebih awal tidak akan dikenakan apa-apa caj.
  • Oleh itu, penyelesaian awal ini boleh dilakukan menerusi aplikasi TNG e-Wallet atau mana-mana cawangan CIMB Berhad.
  • Penyelesaian awal ini boleh dilakukan dengan membuat bayaran lebih pada bulan ansurans pinjaman.

CARA BATALKAN PERMOHONAN GOPINJAM 

  • Individu yang memenuhi syarat kelayakan GOpinjam ini, permohonan mereka akan diluluskan dengan segera.
  • Namun begitu, permohonan GOpinjam yang telah lulus boleh dibatalkan dengan klik pada butang “Bukan Sekarang’ ketika notifikasi tawaran dihantar kepada peminjam.
  • Notifikasi tawaran akan dihantar kepada peminjam terlebih dahulu untuk memaklumkan peminjam bahawa permohonan mereka telah diluluskan.
  • Notifikasi ini akan dihantar menerusi aplikasi TNG eWallet peminjam.
  • Peminjam akan diberi tempoh 30 hari calendar untuk membuat keputusan sama ada untuk menerima atau membatalkan permohonan pinjaman GOpinjam yang telah diluluskan.

BERAPA KALI BOLEH MOHON GOPINJAM 

  • Pinjaman touch n go loan ini boleh dilakukan lebih daripada satu permohonan.
  • Namun begitu, peminjam mestilah memastikan rekod bayaran pinjaman sebelum itu adalah baik dan tidak terdapat apa-apa tunggakan.
  • Rekod pembayaran pinjaman yang baik akan memudahkan pihak TNG dan CIMB Berhad meluluskan pinjaman pengguna.

CARA BAYAR PINJAMAN GOPINJAM

Pinjaman GOpinjam ini boleh dilakukan menerusi aplikasi TNG e-Wallet sahaja.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat pembayaran balik pinjaman GOpinjam;

  1. Klik pada ikon “GOpinjam” pada aplikasi TNG e-Wallet.
  2. Penyata pinjaman akan dipaparkan dan klik pada butang “Pay Now” untuk membuat pembayaran.
  3. Kemudian, jumlah pembayaran akan dipaparkan.
  4. Tanda pada kotak “I have read and agree to the Terms & Conditions” dan klik pada butang “Confirm Transfer”.
  5. Akhir sekali, bayaran pinjaman selesai.

Pinjaman ini juga boleh dilakukan menerusi mana-mana mesin ATM CIMB Bank peminjam.

SOALAN LAZIM GOPINJAM 

1. Adakah GoPinjam Masuk Rekod CCRIS dan CTOS

  • GOpinjam merupakan pinjaman peribadi yang diiktiraf di bawah Bank Negara Malaysia.
  • Oleh itu, mana-mana pinjaman peribadi yang direkodkan pada Bank Negara Malaysia akan menjejaskan rekod CCRIS dan CTOS peminjam.
  • Tuntasnya, pinjaman GOpinjam akan masuk ke dalam rekod CCRIS dan CTOS yang mana ianya akan memberi impak kepada rekod kewangan peminjam.

2. Berapa Jumlah Loan GoPinjam Yang Boleh Apply

  • Syarikat TNG Digital Sdn Bhd dengan kerjasama pihak institusi perbankkan CIMB Berhad membenarkan pinjaman GOpinjam ini sebanyak RM100 sehingga RM10,000 kepada pengguna yang memohon pinjaman ini.
  • Walaubagaimanapun, jumlah pinjaman yang boleh dimohon oleh peminjam adalah tertakluk kepada jumlah pendapatan bulanan peminjam.

3.Adakah GoPinjam Patuh Syariah?

  • Tidak

MAKLUMAT LANJUT

Pengguna yang ingin membuat permohonan pinjaman GOpinjam ini boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan TNG Digital menerusi talian +603 5022 3888 atau menghantar pertanyaan ke laman sesawang https://support.tngdigital.com.my

Selain itu, pengguna juga menghubungi institusi perbankkan CIMB e-Zi Tunai menerusi pusat panggilan CIMB Berhad di talian +603 6204 7788 atau menghantar pertanyaan berkenaan touch n go loan pinjaman GOpinjam ini pada alamat emel cru@cimb.com.

Baca Juga :

CARA DAFTAR GOINVEST : PELABURAN TnG

DELETE AKAUN TOUCH ’N GO eWALLET(Terminate TnG eWallet)

TOPUP TOUCH’n GO eWALLET : CLAIM RELOAD PIN

CARA DAFTAR Go+ TOUCH ‘N GO eWALLET

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *