CARA MOHON BIASISWA MARA : SYARAT KELAYAKAN

CARA MOHON BIASISWA MARA : SYARAT KELAYAKAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MOHON BIASISWA MARA : SYARAT KELAYAKAN

Tahukah anda cara mohon biasiswa MARA? Setiap tahun, MARA scholarship / biasiswa ini diperuntukkan untuk kalangan pelajar cemerlang yang akan sambung belajar di antara dalam senarai universiti terbaik di malaysia mahupun universiti di luar negara untuk peringkat ijazah sarjana muda, sarjana (master) sehingga ke peringkat doktor falsafah (PHD).

Biasiswa MARA informasi umum mengenai cara memohon dan syarat kelayakan. Ingin melanjutkan pengajian tetapi menghadapi masalah kewangan?

Kenapa tidak cuba memohon biasiswa dari pihak Majlis Amanah Rakyat atau singkatannya MARA.

Sebenarnya MARA sentiasa membuka peluang tajaan atau biasiswa khas untuk pelajar yang layak yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana serta PHD di mana-mana 10 buah universiti terbaik dalam negara dan 30 buah universiti terbaik di dunia mengikut bidang.

APA ITU BIASISWA MARA

Matlamat tajaan Biasiswa MARA adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain. Yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.

Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

KADAR BIASISWA MARA

Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.

SYARAT KELAYAKAN MOHON BIASISWA MARA

  • Tiada rekod masalah disiplin sehingga bantuan dari mana-mana penaja ditarik balik.
  • Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  • Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  • Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  • Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  • Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
  • Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon :
    • Dalam Negara
      • Diploma: tidak melebihi 35 tahun.
      • Ijazah: tidak melebihi 40 tahun.
      • Sarjana: tidak melebihi 45 tahun.
      • PhD: tidak melebihi 45 tahun.
    • Luar Negara
      • Diploma: –
      • Ijazah: tidak melebihi 30 tahun.
      • Sarjana: tidak melebihi 35 tahun.
      • PhD: tidak melebihi 40 tahun.

CARA PERMOHONAN BIASISWA MARA

CARA MEMOHON BIASISWA MARA SECARA ONLINE.

  1. Sila layari Portal Rasmi MARA : https://www.mara.gov.my/.
  2. Klik pada [PENDIDIKAN].
  3. Kemudian pilih [Pembiayaan Pelajaran].
  4. Pilih peringkat yang anda ingin mohon.
  5. Sila baca dengan teliti syarat permohonan.
  6. Kemudian isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  7. Seterusnya klik [Hantar].

NOTA : Semua dokumen salinan hendaklah disahkan.

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan akan dihubungi menerusi sms atau email untuk menghadiri temu duga.

RUJUKAN

Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi talian utama MARA : 03 26132000 atau emel Rasmi MARA : informasi@mara.gov.my.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *