CARA MOHON BANTUAN PERSEKOLAHAN 2024

CARA MOHON BANTUAN PERSEKOLAHAN 2024
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MOHON BANTUAN PERSEKOLAHAN 2024

Tahukah anda cara mohon bantuan persekolahan 2024? Bermula awal tahun 2024, kerajaan akan menyalurkan bantuan persekolahan kepada semua murid di semua sekolah seluruh Negara Malaysia. Bantuan ini bertujuan untuk membantu ibubapa atau penjaga menampung perbelanjaan kelengkapan peralatan persekolahan anak-anak.

Bagaimanakah cara permohonan bantuan persekolahan 2024? Ikuti penjelasan selanjutnya di sini.

APAKAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024?

Bantuan Awal Persekolahan 2024 (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

JUMLAH BANTUAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2024

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

TARIKH BAYARAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2024

Berikut adalah tarikh pembayaran bantuan awal persekolahan (BAP) seperti di bawah :

  • Untuk makluman, tarikh pembayaran adalah Mulai Januari 2024

KAEDAH BAYARAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan terus ke akaun sekolah secara berperingkat. Kemudian, pihak sekolah akan agihkan kepada ibubapa atau penjaga murid/pelajar secara tunai atau menerusi akaun bank.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi tahun 2023 (Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) belum menyatakan syarat kelayakan bagi tahun 2024) :

  • Murid Warganegara Malaysia.
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2023/2024; dan
  • Murid bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK).
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
    • Sekolah Agama.
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
    • Sekolah Integriti.
    • Sekolah Henry Gurney.

CARA MOHON BANTUAN PERSEKOLAHAN 2024

Cara mohon bantuan persekolahan 2024 adalah seperti berikut :

Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Selain itu, terdapat sekolah yang akan mengedarkan borang berikut:

  • BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1)
  • BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2)

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem atau borang tersebut.

NOTA:

Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.

Ibu bapa/ penjaga boleh memuat turun dan mencetak borang PB 1 & 2 atau dapatkan di pejabat sekolah.

  • Borang PB1 : ( Borang permohonan)
  • Borang PB2 : ( Pengesahan Pendapatan)

SENARAI KEPERLUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Berikut adalah senarai kelengkapan awal persekolahan yang diperlukan oleh murid lelaki dan perempuan :

  1. Baju putih sekolah (Kemeja bagi lelaki dan Kurung bagi perempuan).
  2. Seluar dan skirt sekolah (mengikut warna yang ditetapkan oleh pihak sekolah).
  3. Tali leher bagi murid lelaki.
  4. Tudung bagi murid perempuan muslim.
  5. Kasut putih atau hitam.
  6. Stoking mengikut paras.
  7. Beg sekolah.
  8. Alat tulis.
  9. Buku nota/tulis.
  10. Baju sukan dan baju beruniform.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau soalan berkaitan BAP, sila rujuk pihak yang berwajib seperti : KPM, PPD atau pihak sekolah.

BACA JUGA :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *