CARA MENTERNAK IKAN TILAPIA (PENGURUSAN KOLAM & PENYAKIT)

CARA MENTERNAK IKAN TILAPIA (PENGURUSAN KOLAM & PENYAKIT)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MENTERNAK IKAN TILAPIA (PENGURUSAN KOLAM & PENYAKIT)

berikut adalah cara menternak ikan tilapia untuk rujukan anda sebagai pemula.

Baca Juga : CARA MENTERNAK AYAM KAMPUNG KACUKAN SECARA KOMERSIAL

 

JENIS IKAN TILAPIA

Terdapat beberapa jenis ikan tilapia yang dipelihara untuk tujuan komersial dan species yang diternak bergantung pada permintaan setempat.
Antara species yang dipelihara secara umum adalah:-

  • Tilapia Merah (Mozambique X Nile)
  • Tilapia Hitam (Aureus)
  • Tilapia GIFT (All male, multiple cross breed)

KITARAN HIDUP IKAN TILAPIA

kitaran hidup ikan tilapia

CONTOH FASILITI TANKI

ikan tilapia

CONTOH KEPERLUAN FASILITI BAGI PEMELIHARAAN IKAN DALAM TANGKI

ikan tilapia

PENYEDIAAN AIR TAKONGAN DALAM TANGKI (RESERVOIR TANK)

1.Penyediaan air reservoir adalah bagi kegunaan tangki Nursery (holding tank) dan tangki penyimpanan induk, bagi penghasilan benih ikan.

  • Air yang digunakan dalam tangki hendaklah ditapis sekurang-kurangnya 5 mikron.
  • Sentiasa diberi pengudaraan (aeration)
  • Tahap kemasinan air (salinity) di ukur menggunakan alat refractometer

2.Suhu air reservoir tersebut hendaklah dipantau dan dikawal agar sentiasa di dalam lingkungan suhu 28°- 30°C.

3.Menyediakan air bahal pada tahap 15ppt melalui proses menyampurkan garam dan air tawar sebelum dibekalkan kepada pengusaha sangkar air laut.

4.Penyediaan tangki Nursery (holding tank) dan tangki penyimpanan induk, bagi penghasilan benih ikan.

  • Tangki dicuci dengan Air yang bersih.
  • Pasang aeration system, air stone, air valve, stand pipe, dll.
  • Isi air bersih yang telah di tapis 60Ltr
  • Apply Vitamin C 0.1gm/Litre, dilarut dengan air bersih sebelum di masukan.
  • Aktifkan sistem pengudaraan sehinga benih ikan masuk.

5.Suhu air hendaklah dipantau dan dikawal agar sentiasa di dalam lingkungan suhu 28°-30°C.

6.Sentiasa rekod dan pantau kualiti air

 

STRUKTUR LADANG DAN PENYELENGGARAAN – PEMILIHAN TAPAK KOLAM

  • Bekalan sumber air : Sungai, Mata Air, Taliair dan Air Bukit.
  • Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.
  • Bentuk mukabumi yang rata tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.
  • Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya,elektrik dll), selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.
  • Senang untuk menuai dan memasarkan ikan.

PEMBINAAN KOLAM

  • Buat perancangan sebelum membina kolam seperti reka bentuk kolam, susunan kolam, kedudukan bangunan, parit dll.
  • Bersihkan kawasan di mana kolam akan dibina.
  • Mengorek kolam – menggunakan jentera berat atau cangkul bagi kolam yang kecil.
  • Kedalaman kolam yang sesuai (lebih kurang 4 – 5 kaki)
  • Komponen utama kolam yang perlu ada/ dibina : Batas atau ban – pastikan tidak mudah runtuh (tebing mesti bersudut 45 darjah).
  • Saluran paip untuk sumber air masuk ke dalam kolam dan juga untuk membuang air.

PENGURUSAN KOLAM

  • Semua aktiviti ladang mengenai dengan ternakan, pemindahan, jenis ikan, tempuh peliharaan, stok, sais dan kadar pelepasan, sumber benih, pemakanan perlu direkod.
  • Standard operasi ladang (SOP), rekod data, buku panduan, data ujian makmal dan maklumat lain mestilah dikemaskini.
  • Semua rekod mengenai dengan ikan mestilah difailkan dan sentiasa dikemaskini.
  • Semua rekod punggutan hasil dan traceability seperti tarikh dan jumlah pungutan hasil mestilah disimpan.

KUALITI PARAMETER AIR (Pengurusan Air Kolam)

Pembuangan air sebanyak 10%-30% setiap hari bergantung kepada kualiti air

Pemeriksaan terhadap kualiti Air menggunakan ‘water parameter test kit’ bagi parameter Ammonia, Suhu, D.O. dan pH sekurang-kurangnya seminggu sekali.

ikan tilapia

PENYEDIAAN PERALATAN

Bahan-bahan dan fasiliti

  • Barang dan fasiliti yang digunakandiladang mesti lah dipelihara dengan baik, dibasmi-kuman(jika perlu)
  • Fasiliti akuakultur perlu direka, dioperasikan dan dipelihara bagi mencegah pencemaran dari pekerja, tandas, haiwan liar, mesin peralatan,minyak dan sumber lain bagi menjaga kebersihan.

 

AMALAN PENTERNAKAN DAN OPERASI

PEMELIHARAAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH

  • Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu dibesarkan dahulu sebelum dilepaskan ke dalam kolam semaian atau kolam ternakan.
  • Tujuan pemeliharaan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor).
  • Pemeliharaan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah.
  • Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran dan memendekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan.
  • Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah ke kolam ternakan.
  • Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu;
    1. pemeliharaan anak ikan,
    2. pelepasan stok dan;
    3. pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.

PENYEDIAN KOLAM

Langkah-langkah Penyediaan Kolam

  • Keringkan Kolam: Membuang unwanted species.
  • Pembersihan Kolam: Bagi membuang bahan kimia jika racun di gunakan.
  • Meratakan tanah dan memajak dasar kolam: Membuang lebihan tanah dan lumpur.
  • Keringkan Tanah: Membantu menghilangkan gas beracun dan ammonia.
  • Taburan kapur: Pemberian purata adalah 1,000 kg/ha.
  • Taburan Urea: Pemberian purata adalah 100 kg/ha.
  • Penapisan air masuk dan keluar: Mengelak daripada ikan lepas dan menghalang daripada kemasukkan unwanted species.
  • Mengisi Air ke kolam: Isi air daripada 0.8 to 1.0 meter tinggi.

PENGURUSAN STOK IKAN

Kadar Pelepasan Benih:

  • Kadar pelepasan benih (stoking density) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran.
  • Selalunya pada peringkat awal, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu dipelihara selama 60-90 hari. Pemeliharaan/pembesaran boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan juga sangkar.
  • Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar, peringkat nurseri antara 20- 30ekor/cubic meter.
  • Kadar pelepasan anak ikan peringkat nurseri dalam kolam tanah adalah 5-10 ekor semeter persegi

Proses Penyimpanan benih ikan kedalam kolam:

  • Ikan mestilah dalam kedaan sihat dan bebas daripada penyakit yang disenaraikan oleh World Organisation for Animal Health (OIE).
  • Sebaik tiba bekas / kotak dicuci dengan air tawar.
  • Keluarkan beg plastik, rendam / basuh ke dalam baldi/basin 60 Liter dengan larutan iodine 100 ppm, 6ml/60L iodine (0.1ml/L or example 1ml/10L).
  • Dengan segera tetapi perlahan-lahan beg plastik dimasukkan ke dalam kolam-kolam dan biarkan terapung di dalam kolam selama 10-15 minit sebelum melepaskan ke dalam kolam untuk mengelakkan tekanan terma yang boleh menyebabkan kematian ikan.
  • Setelah 10-15 minit buka beg plastik dan masukkan air dari kolam ke dalam beg plastik secara perlahan-lahan.
  • Kualiti air dicatat dari dalam beg plastik yang dihantar dan kualiti air bagi kolam yang di stok.

KADAR PEMBERIAN MAKANAN

Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam kolam.

Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap kolam dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan.

Seterusnya dikira jumlah makanan setiap kolam mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap kolam.

Contoh perkiraan Makanan Jenis Pellets

  • Jumlah asal benih ikan – 10,000 ekor
  • Jumlah ABW terkini – 5 grams
  • Sebulan SR% – 80%
  • % Feeding – 9%
  • No of stocking (pc) x Average Body Weight (g) x feeding rate (%)

= 10,000 x 80% = 8, 000 ekor
= 8, 000 x 5g x 9%
= 3, 600 g/3.6 Kg (New feeding rate)

  • Pemberian makanan dilakukan mengikut keperluan dan saiz ikan; 2-5 kali setiap hari
  • Pada: 8:00, 10:00pagi, 12:00, 3:00 & 5:00ptg
  • Jenis komersial pellet yang sesuai adalah ‘slow sinking/floating feeds’

PEMBUNGKUSAN BENIH IKAN

  1. Anak-anak ikan dituai dan dimasukkan sementara di dalam bisin dengan aeration
  2. Anak ikan dikira jumlahnya untuk dimasukkan di dalam beg plastik pembukusan
  3. Anak ikan diberikan oksigen semasa pembungkusan dilaksanakan

 

PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA

Jenis Penuaian;

  1. Partial Harvest: Menggunakan rambat bagi mengurangkan kuantiti ikan dalam kolam.
  2. Total Harvesting: Buang Air & di rambat semasa pembuangan air dan setelah kering untuk mengambil ikan dengan menggunakan siut (scoop net) atau dengan tangan.
  • Rekod jumlah ikan yang dituai dalam kilograms (di timbang).
  • Di pasarkan secara segar/hidup/beku.

Penuaian Hasil mengikut keperluan pasaran

  • Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600gm seekor.
  • Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600gm seekor (hidup/segar).
  • Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500gm seekor sesuai untuk pasaran tempatan seperti pemprosesan dan juga restoran.

 

PENGURUSAN KESIHATAN IKAN

  • Pekerja ladang mestilah dilatih untuk mengenal pasti penyakit ikan yang biasa. Pemerhatian harian ke atas kesihatan ikan mestilah dijalankan dan memaklumkan kepada Jabatan Perikanan jika ada sebarang keganjilan.
  • Mengeluarkan ikan-ikan mati dari kolam dan dibuang dengan cara yang diluluskan oleh Jabatan dan direkod.
  • Langkah-langkah pencegahan dan regim rawatan penyakit mestilah didokumenkan sebagai rekod pengurusan kesihatan.
  • Ladang mestilah mempunyai Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure) dalam pengurusan kesihatan ikan.
  • Peralatan/perkakas/barang yang digunakan bagi mengendalikan ikan sakit /mati mesti lah di cuci dengan teratur dan dibasmi-kuman sebelum digunakan.

PELUPUSAN IKAN YANG MATI

Pastikan Bagi ikan-ikan yang telah mati hendaklah dikumpul, diambil rekod dan kemudian di buang serta ditanam kira-kira 1 meter dari paras ikan yang dibuang. Kemudian di tabur kapur/lime di atas ikan dan tanah bagi mengelakkan pemangsa.

 

PENYAKIT IKAN TILAPIA

JENIS-JENIS PENYAKIT IKAN

  • 1) Jangkitan virus
  • 2) Jangkitan bakteria
  • 3) Jangkitan parasit
  • 4) Jangkitan kulat (fungus)

PENCEGAHAN PENYAKIT

  • Mengekalkan kesihatan ikan dan persekitaran yang stabil dengan pengurusan ternakan yang baik boleh mengurangi risiko penyakit
  • Mengekalkan kebersihan sangkar
  • Good aquaculture practice
  • Kualiti air yang baik
  • Membuang makanan yang tidak dimakan
  • Memantau dan merekodkan status kesihatan ikan dan kualiti air
  • Membeli stok ikan bebas dari penyakit
  • Memantau tanda-tanda penyakit klinikal
  • Sampel ikan bagi penilaian kesihatan
  • BGAqP – meningkatkan pengeluaran, jaminan keselamatan makanan dan pemeliharaan alam sekitar

 

RUJUKAN

http://www.fisheries.gov.bn/SiteCollectionDocuments/FAQs/slide%20taklimat%20krusus%20latihan%20bagi%20Ikan%20Tilapia%20-%20AQIDD%2019.11.2020%20ver%202_WT-1%20-%200431Hr.pdf

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *