CARA MENTERNAK AYAM KAMPUNG KACUKAN SECARA KOMERSIAL

CARA MENTERNAK AYAM KAMPUNG KACUKAN SECARA KOMERSIAL
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MENTERNAK AYAM KAMPUNG KACUKAN SECARA KOMERSIAL

Cara menternak Ayam kampung kacukan secara komersial berpotensi untuk diusahakan dan boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau bagaimanapun, usaha untuk meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan kerana tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah kerana ayam kampung lambat membesar dan mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit dan tempoh pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi.

Oleh yang demikian, ayam Kampung Kacukan (Ayam Kampung Baik Baka) telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah melalui kaedah pengacukan antara ayam kampung jantan dengan ayam penelur komersial betina. Hasil kacukan ini dapat menghasilkan anak ayam kampung yang boleh mengeluarkan jumlah telur yang lebih banyak dan saiz telur yang lebih besar. Di samping itu, ia juga menghasilkan anak ayam yang mempunyai saiz badan yang lebih besar, berat badan yang tinggi serta dapat dipasarkan dalam tempoh yang lebih singkat dengan pemberian makanan komersial.

Baca juga :10 IKAN AIR TAWAR BERDURI

PERBANDINGAN PRESTASI AYAM KAMPUNG DENGAN AYAM KAMPUNG KACUKAN 

NO. PARAMETER A.KAMPUNG KG KACUKAN
01. Berat Badan (kg) Jantan : 1.2 kg Betina :  1.0 kg Jantan : 1.7 -2.0 kg Betina : 1.3 – 1.5kg
02. Jumlah telur/ ekor/tahun 50 – 80 biji 120 – 150 biji
03. Umur dipasarkan (bulan) 6 bulan 3 – 3 ½ bulan

 

 

SISTEM PEMELIHARAAN AYAM

Ayam kampung kacukan sesuai diternak dalam sistem pemeliharaan seperti;

1.Sistem Intensif

Sistem ini dikenali sebagai sistem kurung. Ini bermakna ayam kampung kacukan akan dikurung setiap masa. Sistem ini memudahkan pemberian makanan, program pemvaksinan, pungutan telur dan lain-lain. Ayam kampung kacukan diternak dalam sistem lantai bawah bersarap tebal atau sistem lantai tinggi.

2.Sistem sarap tebal

Sistem ini menggunakan lantai simen. Ia memudahkan kerja mencuci dan membasmi kuman. Bahan sarap seperti ketaman kayu ditaburkan di atas lantai dengan sekata.  ii. Sistem berlantai atas

Lantai diperbuat daripada dawai berjaring (BRC) bersaiz 2.5cm x 1cm atau kayu beruti berukuran 2.5cm x 2.5cm yang dinaikkan antara 0.6 – 0.9m dari paras tanah.

3.Sistem Semi-intensif

Sistem ini merupakan gabungan antara sistem intensif dan sistem ekstensif (bebas). Ayam akan dibebaskan dalam kawasan berpagar pada waktu siang dan akan dikurung pada waktu malam.

 

PENGURUSAN AYAM KAMPUNG KACUKAN

1. Peringkat Didikan

  • Peringkat Didikan ialah peringkat anak ayam berumur dari 1 hari hingga 3 minggu.
  • Vaksin ND (Ranikhet F) diberi pada hari pertama dan vaksin Fowl pox pada minggu ke 2.
  • Alat pemanas dipasang 24 jam hingga hari ke 14.
  • Perlakuan anak ayam diperhatikan selalu bagi memastikan keselesaan ayam.
  • Bekas makanan jenis dulang digunakan.
  • Makanan komersial iaitu makanan permulaan anak ayam (Poultry Starter Pellet) diberi secara ad-libitum (bebas).
  • Anak ayam diberi air minuman bersih setiap hari.
  • Bekas air minuman hendaklah dicuci setiap hari.
  • Bekas makanan dan minuman ditukar ke bentuk gantung pada hari ke 21.
  • Jumlah makanan dan bilangan kematian dicatatkan.

2. Peringkat Pembesaran

  • Peringkat pembesaran ialah peringkat umur 4 minggu hingga dipasarkan.
  • Ketinggian bekas makanan dan minuman jenis automatik diselaraskan mengikut aras belakang ayam.
  • Makanan ayam ditukar kepada makanan peringkat pembesar (Poultry Grower Pellet) secara perlahan-lahan pada hari ke 29 dan pada hari ke 34 barulah diberikan 100% makanan pembesar.
  • Kuantiti makanan digunakan dan bilangan kematian dicatatkan.
  • Pada akhir minggu ke 9 – 12, penjualan ayam kampung kacukan boleh dilakukan.

3. Peringkat Jualan

  • Ayam boleh dijual pada umur 9 – 12 minggu.
  • Hanya ayam yang sihat dan cergas sesuai untuk dijual.
  • Ayam akan diberi makan jagung bagi memberi nilai khasiat pemakanan dan warna kulit yang kekuningan.
  • Pemberian antibiotik dihentikan 2-3 minggu sebelum penjualan.
  • Berat badan ayam ditimbang sebelum dijual.
  • Ayam boleh dijual secara jualan hidup atau yang diproses.

4. Peringkat Pembiak ( > 4 Bulan)

  • Nisbah pembiakan ialah 1 ekor ayam kampung jantan dibiakkan dengan 10 ekor ayam betina.
  • Kutipan telur dibuat 3-4 kali sehari bagi memastikan kualiti telur tetasan.
  • Pemberian makanan pembiak (Poultry Breeder Pellet) diberi secara berperingkat sebanyak 120 gm/ekor/hari.
  • Sediakan kotak bertelur.
  • Catatkan kuantiti makanan, pengeluaran telur dan bilangan kematian ternakan.

 

PEMAKANAN

  • Pemberian air minuman dan makanan yang bersih pada setiap masa.
  • Bekas makanan dan minuman hendaklah dipastikan sentiasa bersih.

 1.Makanan Komersial

  1. Peringkat Anak – Makanan Permulaan (Poultry Starter).
  2. Pembesaran – Makanan Membesar (Poultry Grower Pellet).
  3. Pembiak – Makanan Pembiak (Poultry Breeder Pellet)

 2.Makanan Tambahan

Ayam kampung kacukan juga boleh diberi hasil sampingan pertanian atau sisa pertanian sebagai makanan tambahan untuk menambah nilai rasa dagingnya dan mengurangkan kos makanan komersial.

Antara hasil sampingan pertanian yang boleh menjadi ransum adalah seperti;

  • Jagung
  • Dedak padi
  • Dedak beras
  • Hampas kacang soya
  • Hampas kelapa
  • Serbuk ikan
  • Dedaun kekacang

 

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

  • Ayam kampung kacukan yang sakit hendaklah diasingkan dan diberikan rawatan.
  • Rumah ayam hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.  
  • Pemilihan baka ternakan yang baik.
  • Makanan yang berkualiti diberikan secukupnya untuk kesihatan dan pengeluaran yang baik.

 

MENTERNAK

  • Kedudukan ladang hendaklah berjauhan dari ternakan dan haiwan lain.
  • Suntikan vaksin bagi mencegah serangan penyakit merbahaya   seperti    Penyakit    Sampar    (Newcastle Disease).                                                                                                                                                             
  • Penggunaan antibiotik dan anti stress yang sesuai dan pemberian haruslah secara betul dan teratur.

 

PRODUK AYAM KAMPUNG KACUKAN

Ayam kampung kacukan dihasilkan melalui teknologi yang membolehkan ayam kampung mencapai berat matang untuk pasaran pada umur 12 minggu. Namun hasilnya dari segi warna, rasa dan ciri kandungan lemak serupa dengan ayam kampung tradisional / biasa.

 

KELEBIHAN AYAM KAMPUNG KACUKAN

  • Harga yang tinggi di pasaran.
  • Mempunyai daya tahan terhadap serangan penyakit.
  • Mempunyai pasaran yang istimewa dan mendatangkan pulangan yang lumayan.
  • Citarasa daging dan telurnya sedap, berkhasiat tinggi serta rendah lemak.
  • Permintaan yang tinggi di pasaran.
  • Boleh dibiak sepanjang tahun.
  • Sesuai dipelihara pada keadaan kampung.
  • Digunakan dalam peruba an Tradisional

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *