CARA MENJADI EJEN HARTANAH

CARA MENJADI EJEN HARTANAH
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MENJADI EJEN HARTANAH

Tahukah anda cara untuk menjadi ejen hartanah? Agent hartanah ni adalah mereka yang ada kelulusan dalam bidang hartanah. Boleh jadi sijil, diploma atau graduan. Mereka kemudian buat buat praktikal 2 tahun dan ditemuduga oleh Lembaga Penilai Pentaksir Dan Agent Hartanah. Bila lulus tu mereka dapat lesen dan boleh buka agensi hartanah.

SYARAT DAN KELAYAKAN MENJADI EJEN HARTANAH

Nak jadi perunding hartanah tiada syarat minimum. Kemahiran yang mesti ada ialah kemahiran IT. Anda juga mesti ada kenderaan sendiri. Dari segi kelayakan, lepasan SPM pun dah layak.

Walaupun begitu tak bermakna apa yang anda belajar atau pengalaman anda sebelum ni tak relevan.

Contohnya jika anda bekas peguam, anda ada kelebihan untuk memahami kontrak perjanjian. Ini satu advantage semasa proses rundingan.

Jurutera boleh menerapkan work ethic nya dalam kerjaya ejen hartanah ni. Bekas jurubank pastinya sudah mahir dengan selok belok hartanah. Ejen insuran pula sudah ada client-base untuk dia pasarkan hartanah.

Apa yang saya nak tekankan kerjaya ejen hartanah ni kerjaya yang universal. Tak kira latar belakang atau pengalaman, anda boleh berjaya dalam bidang ni.

CARA MENJADI EJEN HARTANAH

1) Hadir Kursus Perunding Hartanah

Kerjaya ejen hartanah ni ada badan pemantau. Badan pemantau tu ialah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Semua perunding dan ejen hartanah kena berdaftar dengan LPPEH.

Sebelum memulakan kerjaya, anda mesti daftar dan hadir ke kursus 2 hari perunding hartanah. Nak daftar kursus boleh hubungi Good Institute.

Kursus ni wajib. Antara topik yang anda akan belajar ialah:

  • Pengenalan kepada pasaran hartanah
  • Asas industri hartanah
  • Piawaian Agensi Hartanah Malaysia
  • Praktis agensi hartanah
  • Kemahiran membuat rundingan
  • Asas guaman hartanah
  • Undang-undang berkaitan hartanah
  • Kemahiran IT dalam hartanah

Setelah hadir ke kursus ni, anda akan terima sijil. Salinan sijil ni akan diberi kepada agensi. agensi kemudian akan daftarkan anda ke LPPEH.

2) Daftar Dengan Agensi

Setelah anda hadir ke kursus perunding hartanah tu, anda boleh lah daftar dengan agensi hartanah. Tapi boleh je nak daftar dengan agensi dulu. Kemudian baru pergi kursus.

Agensi hartanah ni ada banyak. Yang patut anda sertai ialah agensi yang dapat bagi value added kepada anda. Dari segi sokongan, gerak kerja, career development.

 

TIPS PILIH AGENSI HARTANAH

Kalau anda ingin jadi ejen hartanah, saya sarankan pilih agensi yang baik. Macam mana nak pilih agensi yang baik ni? Anda kena banyak bertanya. Tanya kenalan ejen hartanah, tanya agensi semasa interview. Ni sedikit tips macam mana nak tahu agensi tu ok atau tak.

  • Latihan: Ada latihan ke diberikan untuk perunding hartanah? Berapa kali sebulan latihan diberikan? Agensi yang baik akan selalu beri latihan kepada perunding hartanah mereka.
  • Bilangan perunding hartanah: Berapa ramai ejen di bawah sesebuah agensi? Semakin ramai perunding hartanah semakin baik. Senang nak kerjasama dan dapatkan listing daripada rakan sejawatan. Bilangan ejen yang ramai juga petanda agensi tersebut lebih berstruktur.
  • Team leader: Anda juga perlu tanya, jika sertai, ada tak team leader yang kawal selia. Seeloknya ada. Team leader ni la yang akan beri panduan kepada anda. Dia akan jadi mentor dan coach.
  • Kerja berpasukan: Saya sarankan anda sertai agensi yang buat kerja berpasukan. Ni susah sikit nak tahu. Anda kena buat kaji selidik. Mungkin tanya kenalan. Atau mungkin boleh kaji di media sosial. Kalau nampak selalu ada aktiviti bersama tu petanda agensi yang baik.
  • Semak lesen agensi: Anda boleh semak lesen agensi di laman web LPPEH. Elok buat, tak mahu nanti bila dah join tengok-tengok syarikat broker haram.

Baca Juga :

GAJI EJEN HARTANAH : BERAPA KOMISEN JUALAN

EJEN HARTANAH VS PERUNDING HARTANAH : APA PERBEZAAN 

SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH

KELEBIHAN MENJADI EJEN HARTANAH

CABARAN MENJADI EJEN HARTANAH

CARA MENJADI EJEN HARTANAH

MODAL MENJADI EJEN HARTANAH : MODAL PERMULAAN DAN KELENGKAPAN 

PART TIME EJEN HARTANAH : BOLEH KER?

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *