CARA MENGISI PERMOHONAN SPA9 : Jawatan Kosong Kerajaan

CARA MENGISI PERMOHONAN SPA9 : Jawatan Kosong Kerajaan
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MENGISI PERMOHONAN SPA9 : Jawatan Kosong Kerajaan

Sebelum kita teruskan kepada Cara Mengisi Permohonan SPA9, eloklah kita mengentahui serba sedikit maklumat mengenai SPA. Ini kerana masih ramai lagi yang tidak mengentahui akan kewujudan portal SPA9 ini.

Apakah SPA9?

  • SPA adalah singkatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • SPA9 merupakan Sebuah portal kerajaan yang memberi peluang kepada pemohon yang layak bermula daripada lulusan SPM untuk berkhidmat di bawah kerajaan.
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan sebuah portal kerajaan yang berfungsi dalam melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib. Malah, rata-rata pengguna berpendapat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya untuk pemohon yang ingin bekerja sahaja. Tanggapan itu salah sama sekali.
  • SPA turut menyediakan latihan bertaraf diploma iaitu kursus Latihan Separa Perubatan untuk lepasan SPM dan seangkatan dengannya.

Senarai Portal Jawatan Kosong (Laman Web Pencarian Kerja Di Malaysia)

Bagaimana Cara Mengisi Permohonan SPA9?

Layari ke laman web SPA9 dan isikan borang jawatan SPA, klik → Pendaftaran Pengguna (https://spa9.spa.gov.my/register)

Isikan semua maklumat yang diperlukan

1.Maklumat Pemohon

  • No. Kad Pengenalan (Tanpa -) *
  • Nama Penuh (Isi mengikut IC anda) *
  • No. Telefon Bimbit *
  • Alamat E-mel *

2.Maklumat Kata Laluan

  • Masukkan Kata Laluan * (Buat kata laluan anda)
  • Sahkan Kata Laluan * (Ulang kata laluan anda)
  • Kod Keselamatan * (Masukkan kod keselamatan yang tertera)

3.Soalan Keselamatan (Untuk tujuan reset kata laluan)

  • Nama Pertama Ibu Pemohon *
  • Negeri Kelahiran Pemohon *

4.Persetujuan

Klik petak kecil untuk persetujuan. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum

menghantar pendaftaran tersebut. KLIK DAFTAR.

 

Penting :

  • Bahagian yang bertanda * wajib diisi.
  • Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja
  • Pendaftaran Pengguna Baru SPA9

 

Selepas Pendaftaran

Pendaftaran akaun yang telah berjaya, boleh terus login ke SPA9.

  • Sila masukkan No Kad Pengenalan anda
  • Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini.
  • Klik “Log Masuk”

Jika anda adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”

Jika anda ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata Laluan”

 

MAKLUMAT PERIBADI

Klik pada pautan MAKLUMAT PERIBADI dan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”.

Bagi maklumat yang belum dilengkapkan, anda hendaklah lengkapkan. Sila isi semua maklmuat peribadi di ruang disediakan.

Klik “Simpan” setelah semua maklumat lengkap diisi. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan tiada yang tertinggal sebelum disimpan.

MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK

  • Pada pautan MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK, sila isi mengikut tahap pendidikan anda masing-masing
  • Sila pilih Tahun, Peperiksaan, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+Tambah” untuk tambah mata pelajaran di senarai mata pelajaran.
  • Sila isi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
  • Sila pilih Tahun Graduasi, Masukkan CGPA (PNGK). Pilih Peringkat Pengajian, Peringkat Kelulusan, Institusi Mengeluarkan Sijil, Institusi Francais Luar Negara, Pengkhususan, Masukkan Nama Sijil, Tarikh Kelulusan Senat dan Biasiswa Pengajian.
  • Klik “simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan.
  • Sekiranya anda dah pernah mendaftar SPA8i sebelum ini, maklumat bagi tahap pendidikan anda akan dimasukkan secara automatik dalam sistem SPA9 yang baharu.
  • Jadi sekiranya sebelum ini anda terlanjur letak tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda, maka korang dah tak boleh padam tahap pendidikan tersebut.

KEBOLEHAN BAHASA

Ruang Kebolehan Bahasa hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Kebolehan Bahasa.

 

  1. Pilih Bahasa/Dialek.
  2. Pilih Penguasaan Bahasa – Bertutur / Menulis
  3. Klik “+Tambah”.

Ambil serius pada ruangan “Kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu” pula wajib anda mengisi dengan “BAHASA INGGERIS”. Penguasaan “BERTUTUR DAN MENULIS”. Ia akan memberi kelebihan kepada permohonan anda berbanding calon lain. Jangan takut untuk mengisi jawapan pada soalan ini.

CARA MEMILIH JAWATAN YANG SESUAI DALAM SPA9

Pilih jawatan mengikut kelayakan akademik yang layak dipohon dan tekan “+Tambah”. anda boleh pilih max 15 jawatan.

Tips Semasa Memilih Jawatan Dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam :

  • Kalau boleh pilih jawatan yang sepadan dengan kelayakan anda.
  • Susun jawatan mengikut keutamaan (Jawatan yang anda mahu paling atas)

Perhatikan syarat bertulis dalam kurungan, sekiranya anda memiliki apa yang disebutkan sebagai keutamaan ini, jadikan jawatan tersebut salah satu daripada pilihan utama anda.

Soalan Lazim Temuduga SPA  (Contoh Soalan Interview Yang Popular)

PERAKUAN PEMOHON

Semakan Maklumat Permohonan

PERINGATAN: Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai ke SPA. Jika tidak sama, sila semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu. Pastikan semua medan bertanda (*) diisi dan di SIMPAN.

Sila klik pada petak SETUJU dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.

Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.

MAKLUMAT TAMBAHAN :

Sekiranya  salah isi bahagian MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK sila terus hubungi pihak SPA9 untuk maklumkan pembetulan. Tidak boleh ubah melalui online.

Maklumat akademik yang kita dah isi dah ada dalam sistem. So kita tidak boleh delete sesuka hati sebab itu adanya PERAKUAN PEMOHON. Maksudnya KITA MENGAKUI MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR.

SPA9 hanya ambil 2 pendidikan tertinggi untuk sebarang jawatan yang dimohon. Sekiranya korang mahu memohon jawatan SPM tetapi korang punya kelayakan akademik ialah SPM, STPM/Diploma dan Ijazah, maka 2 tahap pendidikan teratas sahaja yang kita boleh memohon jawatan iaitu STPM/Diploma & Ijazah.

Tarikh Kelulusan Senat (Tarikh naib canselor luluskan graduasi yang ada di sijil) boleh letak tarikh terima sijil graduasi (tengok di sijil korang ya). Kalau belum konvo aku galakkan korang jangan isi bahagian Ijazah dahulu sebab memang tak boleh isi selagi tak konvo.

Letak saja tarikh terima sijil graduasi (tengok di sijil anda ya) walaupun anda cuma konvo online.

Apa sahaja KESILAPAN semasa mengisi borang SPA9 ataupun KEMASKINI TETAPI TAK BOLEH UBAH ATAU PADAM, sila rujuk atau hubungi pihak SPA9 untuk sebarang pembetulan dan perubahan yang tak dapat diubah secara online.

PANDUAN TEMUDUGA KERAJAAN SPA (Tips Untuk Persiapkan Diri)

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *