CARA MEMBACA GERAN TANAH : MAKLUMAT TANAH/PEMILIK/PLAN

CARA MEMBACA GERAN TANAH : MAKLUMAT TANAH/PEMILIK/PLAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MEMBACA GERAN TANAH : MAKLUMAT TANAH/PEMILIK/PLAN

Tahukah anda cara membaca geran tanah? Perkara utama yang perlu anda kuasai adalah membaca geran tanah. Anda akan mendapat pelbagai maklumat yang sangat berguna jika anda dapat membaca geran tanah dengan mahir.Berikut adalah panduan membaca geran tanah.

Baca Juga : CARA BELI TANAH GUNA LOAN KERAJAAN: LPPSA

Terdapat 3 muka surat :

A) Muka Surat 1 – Menerangkan maklumat tentang tanah

Dalam muka surat ini, maklumat utama yang dipaparkan adalah tajuk geran. Berikut adalah jenis-jenis hak milik :

  1. Geran (geran negeri)
  2. Geran mukim
  3. Pajakan (pajakan negeri)
  4. Pajakan mukim
  5. Hak milik sementara
  • Bagi geran negeri dan geran mukim, tanah ini adalah hak milik kekal selamanya atau istilah adalah freehold.
  • Manakala geran pajakan negeri dan pajakan mukim hak milik kerajaan negeri tetapi dipajak kepada pemilik untuk satu tempoh masa.Ia juga dikenali sebagai leasehold.
  • Geran negeri dan pajakan negeri hak milik di daftarkan di pejabat pendaftar Pejabat Tanah dan Galian (PTG)
  • Geran mukim dan pajakan mukim pula hak milik di daftarkan di Pejabat Tanah Jajahan
  • Geran Hak milik sementara dikeluarkan oleh Pejabat Tanah sebelum kerja pengukuran dilakukan pada tanah tersebut. Maksudnya,batu penanda belum ditanam.
  • Apabila kerja pengukuran dan batu penanda selesai, hak milik akan keluar berdasarkan jenis geran yang dinyatakan di atas.
  • Untuk panduan, nombor lot hak milik tetap adalah LOT. Manakala nombor lot hak milik sementara adalah PT.
  • Aspek yang penting dipaparkan pada muka surat 1 adalah jenis penggunaan tanah. Contohnya PERTANIAN, BANGUNAN, PERINDUSTRIAN.
  • Setiap jenis penggunaan tanah mempunyai syarat nyata yang berlainan. Penilaian harga juga berbeza mengikut jenis penggunaan tanah.
  • Kategori Penggunaan Tanah. Ada beberapa kategori, antaranya adalah Pertanian, Bangunan, Perindustrian / Perusahaan.
  • Setiap kategori ada syarat-syarat nyata yang berlainan. Nilaian tanah pun berbeza mengikut kategori masing-masing.
  • Bagi keluasan tanah pula, unit hektar digunakan untuk tanah pertanian. Manakala tanah bangunan pula menggunakan meter persegi.
  • Untuk kawasan rezab Melayu, ia tertakluk kepada undang-undang tanah rezab Melayu. Jika tidak dinyatakan, mungkin tanah tersebut bukan rezab Melayu. Ia bermaksud kaum lain boleh memilikinya.

 

B) Muka Surat 2 – Menerangkan maklumat pemilik tanah

Maklumat geran yang terdapat pada muka surat 2 adalah sekatan-sekatan kepentingan. Contoh pihak kerajaan dan badan lembaga berhak meletakkan sekatan untuk melindungi tanah ini daripada dijual atau digadaikan kepada pihak bank dalam tempoh tertentu.

Maklumat lain yang penting pada geran muka surat 2 adalah rekod kepunyaan atau maklumat pemilik tanah seperti nama penuh, nombor kad pengenalan.

 

C) Muka Surat 3 – Menerangkan plan tanah

Pada muka 3 geran tanah, anda boleh baca tentang maklumat tanah dan membaca pelan tanah. Bentuk panjang dan lebar tanah boleh dilihat pada pelan tanah yang dipaparkan disini.

Biasanya pelan tanah ada dipaparkan rizab. Jadi lebih mudah untuk anda tahu kedudukan lokasi tanah tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://ptg.kelantan.gov.my/

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *