CARA LAPOR KESALAHAN TRAFIK DAN JPJ

CARA LAPOR KESALAHAN TRAFIK DAN JPJ
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA LAPOR KESALAHAN TRAFIK DAN JPJ

Tahukah anda cara lapor kesalahan trafik? Pengguna jalan raya di negara ini terdiri daripada pelbagai kategori dan kelas seperti motosikal, kenderaan ringan, bas, lori dan sebagainya. Negara Malaysia seperti negara-negara yang lain mempunyai peraturan jalan raya yang tersendiri.

Peraturan yang ditetapkan ini adalah di bawah pentadbiran dan seliaan agensi kerajaan negara iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Umum mengetahui pihak JPJ senantiasa menjalankan pemantauan melanggar peraturan di jalan raya sama ada dengan melaksanakan sekatan jalan ataupun membuat rondaan.

Kesalahan-kesalahan yang telah dikenalpasti mempunyai hukuman yang tersendiri. Seiring dengan pelaksanaan JPJ, rakyat Malaysia yang merupakan juga adalah pengguna jalan raya di negara ini boleh bertindak sebagai JPJ juga dengan membuat laporan yang sepatutnya kepada pihak JPJ sekiranya mereka mengenalpasti akan tingkah laku yang melanggar peraturan di jalan raya.

Berkaitan dengan itu, dengan adanya kepesatan perkembangan teknologi yang semakin meningkat, pihak JPJ telah memperkenalkan satu kaedah membuat laporan kesalahan di jalan raya kepada semua pengguna di seluruh negara.

Tujuan utama kaedah ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kesalahan trafik dan pengguna jalan raya dapat dikurangkan dengan efektif. Malah, hal ini juga akan memberikan satu kesedaran yang tinggi kepada semua pengguna akan kepentingan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa berada di jalan raya.

CONTOH KESALAHAN TRAFIK YANG BOLEH DIBUAT LAPORAN

  • Kereta dari belakang terlalu rapat / dekat
  • Laluan kecemasan disalahgunakan
  • Memotong barisan di jalan raya
  • Melanggar lampu merah isyarat lalu lintas
  • Kedudukan kenderaan melanggar garisan pembahagian jalan

CARA LAPOR KESALAHAN TRAFIK GUNA EMAIL

Seterusnya, orang awam boleh melaporkan kesalahan trafik dan JPJ yang terjadi di jalan raya dengan langkah-langkah yang berikut:

  • Laporan dibuat melalui penghantaran e-mel
  • Kandungan isi laporan perlu mengandungi butiran-butiran yang berikut:
    • Nama Penuh Pengadu
    • No. Kad Pengenalan Pengadu
    • Alamat Surat-menyurat Pengadu
    • No. Telefon Pengadu
  • Butiran kesalahan yang perlu diisi dalam kandungan laporan:
    • Laporan Ringkas Aduan
    • Jenis Kenderaan
    • Tarikh dan Masa
    • Nombor Pendaftaran Kenderaan Pesalah
    • Tempat Kejadian Kesalahan
    • Salinan Foto, Video atau Dokumen yang berkaitan

Laporan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat e-mel yang berikut:

Alamat e-mel : aduantrafik@jpj.gov.my

Pihak JPJ seterusnya akan mengeluarkan Notis 114 iaitu makluman temu siasat terhadap pemilik kenderaan yang dilaporkan untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang kesalahan yang telah dilakukan.

Sekiranya didapati bersalah, Notis P22 akan dikeluarkan iaitu notis saman terhadap pesalah yang telah dilaporkan.

Makluman Penting

  • Bahan bukti seperti gambar atau video yang diambil pastikan dalam keadaan yang nyata dan jelas.
  • Pelapor kesalahan tidak digalakkan merakam / mengambil gambar dalam keadaan menjadi pemandu. Sebaliknya gambar / rakaman yang diambil perlulah oleh penumpang ataupun rakaman kamera kenderaan (dashcam)
  • Sebaiknya aktifkan tag lokasi (location tags) pada sistem kamera agar laporan yang diberikan mengandungi rekod maklumat tarikh, masa serta lokasi yang lebih tepat.

CARA LAPOR KESALAHAN TRAFIK GUNA WHATSAPP

  1. Whatsapp ke 013-4498997
    • Nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut:
    • Laporan ringkasan aduan
    • Tarikh / masa
    • Tempat kejadian
    • Jenis kenderaan
    • Nombor pendaftaran kenderaan
    • Salinan foto, video atau dokumen berkaitan
  2. Masukkan juga butiran pengadu seperti berikut:
    • Nama penuh
    • Alamat surat menyurat
    • Nombor kad pengenalan
    • Nombor telefon

Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman Facebook Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan

Facebook Rasmi JPJ – KLIK DI SINI

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *