CARA LANGGAN UNIFI TV : STREAM LIVE TV  

CARA LANGGAN UNIFI TV : STREAM LIVE TV  
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA LANGGAN UNIFI TV : STREAM LIVE TV

Tahukah anda cara langgan Unifi TV? Terkini Unifi telah memperkenalkan satu aplikasi terbaru yang dikenali Unifi Tv bagi memudahkan pelanggannya menonton siaran dimana-mana sahaja dengan menggunakan telefon. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar dan pakej yang ditawarkan, semoga membantu.

APA ITU UNIFI TV

unifi TV (dahulunya dikenali sebagai Unifi PlayTV @ HyppTV Everywhere) ialah perkhidmatan penstriman OTT (Over-The-Top) oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menawarkan kandungan bertaraf dunia daripada berita langsung, sukan, rancangan TV yang memenangi anugerah, filem, dokumentari , rancangan kanak-kanak dan banyak lagi.

Dengan unifi TV, anda boleh menikmati kebebasan memilih dan memilih rancangan kegemaran anda dan filem blockbuster melalui saluran TV linear dan/atau atas permintaan melalui berbilang peranti pintar. Ada sesuatu untuk semua orang di unifi TV!

KELEBIHAN UNIFI TV

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri apliaksi ini

  1. Saluran TV langsung – daripada berita dan sukan secara langsung, drama tempatan dan rancangan Korea, kami ada semuanya!
  2. Video atas Permintaan (VOD) – filem blockbuster terkini dan kegemaran sepanjang masa
  3. Senarai kegemaran – pergi terus ke saluran pilihan anda
  4. Senarai Peringatan – jangan sekali-kali terlepas program kegemaran anda
  5. Ciri keselamatan – supaya anda mempunyai ketenangan fikiran pada anak-anak anda
  6. Pembayaran – bayar untuk apa yang anda inginkan melalui pelbagai mod pembayaran
  7. Pengebilan – jejaki bil dan sejarah pembayaran anda

CARA DAFTAR UNIFI TV

Berikut adalah merupakan cara mendaftar bagi pengguna kali pertama iaitu:

  1. Muat turun dan install aplikasi Unifi Tv (Google play store / Apple Store)
  2. Buka aplikasi tersebut dan klik pada Daftar
  3. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  4. Masukkan kod pengaktifan yang diterima melalui melalui e-mel & SMS
  5. Selesai, anda kini boleh log masuk untuk menikmati aplikasi unifi play TV

Untuk pelanggan unifi atau jalur lebar (melebihi 4M):

  1. Daftar untuk akses – Hubungi 100 untuk pelanggan unifi & jalur lebar.
  2. Anda akan menerima ID pengguna dan kata laluan anda melalui e-mel & SMS dalam masa 24 jam
  3. Log masuk aplikasi unifi play TV menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan

HARGA PAKEJ UNIFI TV

Berikut adalah merupakan harga pakej yang tersedia pada masa kini iaitu:

1.ULTIMATE MAX PACK 

  • Termasuk semua saluran unifi TV
  • Didatangkan dengan unifi Plus Box
  • Akses kepada aplikasi Netflix,Disney + Hotstar, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW dan BBC Player tanpa kos tambahan
  • RM134.90/bulan

2.ULTIMATE PLUS PACK

  • Termasuk semua saluran unifi TV
  • Didatangkan dengan unifi Plus Box
  • Akses kepada aplikasi Netflix,Disney + Hotstar, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW dan BBC Player tanpa kos tambahan
  • RM99.90/bulan

3.FAMILY PACK

  • Termasuk semua saluran unifi TV
  • Didatangkan dengan unifi Plus Box
  • Akses kepada aplikasi Disney + Hotstar, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW dan BBC Player tanpa kos tambahan
  • RM60/bulan

4.PEK ANEKA PLUS

  • Rancangan lokal eksklusif, drama Korea dan banyak lagi
  • Akses kepada aplikasi Viu tanpa kos tambahan
  • RM30/bulan

5.PEK RUBY PLUS

  • Rancangan hangat daripada Hong Kong, Taiwan dan China
  • Akses kepada aplikasi iQIYI tanpa kos tambahan
  • RM30/bulan

6.PEK VARNAM PLUS

  • Hiburan dari India terkini
  • Akses kepada aplikasi Simply South tanpa kos tambahan
  • RM30/bulan

CARA LANGGAN UNIFI TV

Sekiranya anda ingin melanggan pelan yang tersedia, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi tersebut dan log masuk akaun anda
  2. Pada halaman untama klik pada Live Tv
  3. Pilih plan yang anda inginkan
  4. Seterusnya pilih kaedah pembayaran untuk meneruskan dan ikuti sehingga berjaya
  5. Selesai, anda boleh mula menonton rancangan kegemaran anda.

MAKLUMAT LANJUT

Ubtuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Unifi Tv, anda boleh merujuk pada saluran berikut:

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *