CARA KEMASKINI PADU: PENGESAHAN MAKLUMAT PERIBADI

CARA KEMASKINI PADU: PENGESAHAN MAKLUMAT PERIBADI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA KEMASKINI PADU: PENGESAHAN MAKLUMAT PERIBADI

Tahukah anda cara kemaskini PADU?  Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan dibuka kepada orang ramai untuk validasi atau pengesahan maklumat peribadi bermula Januari ini. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kerajaan memerlukan maklumat yang tepat mengenai keadaan sosioekonomi setiap keluarga, tidak cukup hanya dengan maklumat nama dan tempat tinggal.

“Tanpa pangkalan data ini, berapa banyak peruntukan dibelanjakan pun, ia belum tentu dapat memenuhi sasaran sistem bantuan sosial. Sebab itu saya fokuskan kepada satu pangkalan data menyeluruh ke arah itu,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial X rasmi beliau.

APA ITU PADU?

Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Sistem PADU akan dibuka kepada pengguna bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2024 bagi tujuan kemaskini dan pengesahan maklumat individu, manakala bermula 1 April 2024, data dan maklumat yang dikemukakan dalam sistem itu akan dianalisis berdasarkan kes gunaan untuk menentukan kumpulan sasar bagi penyasaran semula subsidi.

TANGGUNGJAWAB RAKYAT MALAYSIA UNTUK KEMASKINI PADU

Bagi semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas perlu :

  • Membuat semakan data di portal PADU
  • Mengemaskini 39 maklumat
  • Mengesahkan maklumat

GARIS MASA PERLAKSANAAN PADU

1.JUN 2023 – LIBAT URUS BERSAMA AGENSI

    • Kick-OFF perancangan
    • Penubuhan TASK Force
    • Bengkel
    • Libat Urus

2.JULY 2023 – PERKONGSIAN DATA BERMULA

    • Fasa awal (data statik)
    • Pembekal data : DOSM dan data agensi kerajaan
    • Pembinaan profil individu fasa pertama

3.OGOS 2023 – PEMBANGUNAN SISTEM PADU

    • Dibangunkan secara serentak menggunakan data awalan

4.OKT 2023 – PERKONGSIAN DATA

    • Bermula integrasi melalui Application Programming Interface (API) bersepadu

5.DIS 2023 – PADU (FASA 1) SELESAI DI BANGUNKAN

    • Bersedia untuk penggunaan Bisnes
    • Penyediaan algoritma bantuan

6.JAN 2024 – PROFIL INDIVIDU

    • Profil individu yang komprehensif tersedia untuk rakyat

OBJEKTIF PADU

Berikut adalah merupakan objektif PADU iaitu:

  • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
  • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  • Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

MATLAMAT PADU

Berikut adalah merupakan matlamat sistem PADU iaitu:

  • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
  • Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

SYARAT KELAYAKAN PADU

Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

TARIKH KEMASKINI PADU

Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam Sistem PADU akan bermula pada 2 Januari 2024

3 LANGKAH MUDAH DAFTAR PADU

Layari www.padu.gov.my. Tekan butang ‘DAFTAR SEKARANG’.

  • Langkah 1: Maklumat Asas

    Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. Isikan No. Telefon Bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.

  • Langkah 2: Pengesahan Akaun

    Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui SMS. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.

  • Langkah 3: Tetapkan Kata Laluan

    Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 8 aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar dan simbol istimewa (*%$) . Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan pengemaskinian maklumat.

LANGKAH DAFTAR PADU SECARA MANUAL DI KAUNTER

Memandangkan capaian internet di bandar dan luar bandar yang berbeza, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai mod pendaftaran dan pengemaskinian maklumat setiap warganegara Malaysia di sistem Sistem Pangkalan Data Utama:

Bagi pendaftaran secara manual, pastikan anda membawa dokumen berikut:

  1. Kad pengenalan & salinan kad pengenalan
  2. Maklumat bank
  3. Pendidikan tertinggi
  4. Maklumat pekerjaan
  5. Maklumat pendapatan
  6. Maklumat komitmen

CARA KEMASKINI PADU

Kepada anda yang berkelayakkan, berikut adalah merupakan cara untuk mengemaskini maklumat dalam sistem PADU iaitu:

Kawasan Bandar & Akses Internet

  • Pengemaskinian kendiri secara atas talian melalui peranti peribadi di portal PADU
  • Log masuk akaun dan dan membuat semakan data di portal PADU
  • Mengemaskini 39 maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  • Setelah lengkap, sahkah maklumat anda tersebut

Kawasan Luar Bandar & Tiada Akses Internet

  • Pengemaskinian dan pendaftaran kendiri secara manual menggunakan borang
  • Help Desk/Jelajah

LOKASI KEMASKINI PADU

Pengemaskinian kendiri secara manual boleh dilakukan di lokasi seperti berikut:

  • Pejabat Daerah/Penghulu/MPKK/PBT
  • Pusat Ekonomi Digital
  • Pusat Internet Desa
  • Premis Agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA KEMASKINI PADU

Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemas kini maklumat PADU?

  • Anda berpeluang untuk menerima bantuan atau perlindungan sosial yang sewajarnya

Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat ?

  • Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan.

Adakah PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN) ?

  • PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian. Buat masa kini, sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian IDN dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara daftar PADU, anda boleh melayari portal rasmi di pautan Pangkalan Data Utama

Untuk pandangan dan cadangan mengenai PADU boleh layari https://kajiselidik.ekonomi.gov.my/index.php/411946?lang=en

 

Baca juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *