CARA KEMASKINI MAKLUMAT UPU ONLINE : SEMAK TARIKH PENTING

CARA KEMASKINI MAKLUMAT UPU ONLINE : SEMAK TARIKH PENTING
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA KEMASKINI MAKLUMAT UPU ONLINE : SEMAK TARIKH PENTING

Berikut cara kemaskini maklumat UPU secara online. Kepada pelajar lepasan SPM 2022 apabila mendapat keputusan SPM pada(akan dikemaskini) .Anda boleh membuat kemaskini UPUONLINE 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan .Bagaimanakah cara kemaskini UPUONLINE? Anda perlu login ke UPUONLINE dan membuat pengemaskinian pada senarai program yang dipohon sebelum ini.Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.

Pelajar boleh program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon. Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas. Pelajar digalakkan untuk membuat kemaskini segera dan jangan tunggu saat-saat akhir kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.

Baca Juga ; CARA SEMAK KEPUTUSAN UPU ONLINE : PERMOHONAN RAYUAN

APA MAKSUD FASA PENGEMASKINIAN UPU ONLINE?

Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dan keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.

Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.

Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.

 

TARIKH KEMASKINI UPU ONLINE

Kemaskini UPUOnline boleh dibuat mulai 11 Jun 2023 mulai jam 12.00 tengah hari sehingga 13 Jun 2023 jam 5.00 petang.

 

CARA KEMASKINI UPUONLINE(MAKLUMAT DIRI,AKADEMIK & MUAT NAIK DOKUMEN)

  1. Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang UPU https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/ [ Akan dibuka bila tiba waktunya ]
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log Masuk seperti biasa.
  4. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
  5. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

 

CARA SEMAKAN UPU ONLINE

Kepada pemohon yang ingin membuat semakan keputusan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan:
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.

 

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN UPU ONLINE LEPASAN SPM 2023/2024

Tarikh semakan keputusan rayuan UPU Online lepasan STPM dan setaraf bagi sesi 2022/ 2023 adalah mulai 22 Julai 2022 (12.00 tengah hari) hingga 31 Julai 2022 (5.00 petang).

 

TEMPOH SETUJU TERIMA TAWARAN UPU ONLINE LEPASAN SPM 2023/2024

Bagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh berikut:

  • akan dikemaskini kemudian

 

CHECK PERMOHONAN RAYUAN UPU(E-RAYUAN UPUONLINE)

Permohonan E-Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran sahaja iaitu pemohon yang telah mengemukakan permohonan awal sebelum tarikh tutup permohonan UPU online. e-Rayuan UPUOnline akan dibuka selama 10 hari sahaja bermula dari hari keputusan diumumkan.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/

 

SOALAN LAZIM

Bilakah tarikh buka bagi tujuan kemaskini UPUONLINE?

  • 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan

Apakah maklumat yang perlu diupdate di UPUONLINE?

  • Sila rujuk info dalam artikel diatas.

Saya ada masalah semasa membuat kemaskini UPU?

  • Sila hubungi nombor hotline dibawah untuk pertayaan

Berapa nombor telefon UPUONLINE?

  • TALIAN HOTLINE: 03 8870 8200

Boleh buat Rayuan UPUONLINE ke jika gagal?

  • Ya,boleh

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila rujuk info dibawah untuk maklumat lanjut dan pertayaan:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA

Jabatan Pendidikan Tinggi,Kementerian Pengajian Tinggi,Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6,Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TALIAN HOTLINE: 03 8870 8200

FAKS: 03 8870 6864

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *