CARA KEMASKINI MAKLUMAT MURID GUNA SISTEM idme.moe.gov.my

CARA KEMASKINI MAKLUMAT MURID GUNA SISTEM idme.moe.gov.my
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA KEMASKINI MAKLUMAT MURID GUNA SISTEM idme.moe.gov.my

Kepada ibu bapa yang ingin mengemaskini maklumat anak dalam  sistem idMe, disini kami akan kongsikan cara KEMASKINI MAKLUMAT MURID melalui sistem idme.moe.gov.my. Semoga membantu.

 

Baca juga : RAYUAN SBP SEKOLAH KHUSUS 2023 (SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN TINGKATAN 1 & 4)

APA ITU SISTEM PENGURUSAN IDENTITI (IDME)

Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) akan menjadi repositori utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.

Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem. Komponen ini ialah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.

 

CARA DAFTAR IDME (Pengguna Kali Pertama)

Untuk Mengakses MOEIS, seharusnya anda membuat pendaftar IDMS/idMe terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari website Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) https://idme.moe.gov.my/login
  2. Pada paparan utama, klik pada Daftar Baru.
  3. Isikan semua maklumat di ruangan yang disediakan. Maklumat yang bertanda wajib untuk diisi. Pastikan email guna email yg aktif
  4. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan.
  5. Klik butang Daftar untuk menghantar maklumat.
  6. Pengguna yang berjaya daftar perlu menyemak e-mel untuk dapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata lalauan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baharu.

 

CARA PENGESAHAN IDME

Setelah anda menerima kata lalaun sementara, berikut adalah merupakan cara pengaktifan iaitu:

  1. Layari website Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) https://idme.moe.gov.my/login
  2. klik apda pautan pengaktifan akaun pengguna
  3. Masukkan semula no ic di muka depan idme dan klik daftar masuk
  4. Semak kata kunci dan klik ya
  5. Masukkan kata laluan sementara dan klik daftar terus masuk dashboard idme
  6. Ciptakan kata laluan anda yang baru dan klik submit
  7. Daftar masuk semula dengan kata laluan yang baru
  8. Selesai, anda boleh akses ke akaun anda

 

CARA TAMBAH MAKLUMAT ANAK BERSEKOLAH IDME

Kepada ibubapa yang ingin membuat pendaftaran maklumat anak dalam idME, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
  2. Daftar masuk ke dalam akaun anda
  3. Pada menu utama klik pada Dashboard > Pengurusan Awam
  4. Tekan pengurusan profil, pilih maklumat anak jagaan
  5. Tekan tambah anak. Tekan kotak biru (klik untuk terperinci) Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  6. Pada ruangan maklumat vaksin, isikan maklumat vaksin yang telah diambil
  7. Setelah lengkap klik pada Simpan

 

 

CARA KEMASKINI MAKLUMAT ANAK IDME (idme.moe.gov.my)

Kepada ibubapa yang ingin membuat pengemaskini maklumat anak dalam sistem idMe,  berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
  2. Daftar masuk ke dalam akaun anda
  3. Pada paparan utama, klik pada bahagian Aplikasi >Pengurusan Awam
  4. Butiran maklumat anda dan maklumat anak anda yang sekolah akan terpapar
  5. Seterusnya klik pada Profil > Maklumat Anak Jagaan
  6. Senarai nama anak anda yang bersekolah akan terpapar.
  7. Klik pada nama anak anda yang ingin dikemaskini kemudian klik pada Klik Untuk Teperinci
  8. Kemaskini segala butiran maklumat anak pada ruangan yang berkaitan seperti:
    • Profil (maklumat anak)
    • Penjaga (Penjaga Utama / Penjaga Kedua / Tanggungan-tambahan anak yang lain)
    • Ibu Bapa (Untuk dimasukkan maklumat ibu bapa kandung)
    • Tinggal Bersama
    • Alamat
    • Kesihatan (Asas Kesihatan & imunisasi / Kebenaran Rawata Pergigian / Persetujuan Pemeriksaan Kesihatan / Berat & Tinggi / Status OKU)
    • Pengesahan
  1. Setelah dibuat pengesahan, paparan Pop Up Berjaya akan tertera
  2. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan kemaskini idMe, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *