CARA KELUARKAN DUIT TABUNG MAE MAYBANK

CARA KELUARKAN DUIT TABUNG MAE MAYBANK 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA KELUARKAN DUIT TABUNG MAE MAYBANK

Tahukah anda cara keluarkan duit tabung MAE Maybank? Bagi individu di luar sana yang mempunyai masalah menyimpan dan boros, anda boleh membuat simpanan secara paksa rela. ‘Tabung’ atau ‘Goal’ adalah satu ciri baharu yang diperkenalkan oleh pihak maybank melalui Mae  bagi membantu pelanggan Maybank menyimpan duit secara konsisten dan berkala mencapai matlamat simpanan mereka.

APA ITU MAE MAYBANK?

MAE merupakan e-wallet yang ditawarkan oleh Maybank melalui perkhidmatan perbankan onlinenya, Maybank2u. Anda boleh dapatkan MAE sebagai pelanggan sedia ada Maybank, namun anda juga boleh muat turun aplikasi tersebut tanpa perlu memiliki akaun Maybank, untuk tambah nilai baki dan akses kepada kelebihan MAE Maybank serta fungsi-fungsi yang ditawarkan.

APA ITU TABUNG MAE MAYBANK?

Tabung MAE Maybank merupakan salah satu fungsi yang ada pada e-wallet MAE daripada Maybank. Anda boleh simpan mengikut sasaran anda secara perseorangan atau dalam kumpulan seramai 5 orang, dengan pilihan untuk galakan jumlah penabungan dengan memasukkan cashback ke tabung anda

FUNGSI MAE MAYBANK

antara fungsi MAE adalah :

  • Akaun MAE – Dapatkan akaun MAE walaupun anda bukan pelanggan Maybank, untuk mengakses semua fungsi MAE dan Maybank2u. Jika anda bercadang untuk memiliki akaun Maybank, anda boleh lakukannya dengan melengkapkan beberapa butiran dan tunjukkan kad pengenalan anda di Maybank cawangan.
  • Kad debit MAE – Selepas mendaftar e-wallet MAE, anda boleh dapatkan kad maya dengan segera untuk digunakan untuk belanja online dan mudah alih, serta kad debit fizikal untuk pembayaran fizikal dan pengeluaran.
  • Tabung – simpan mengikut sasaran anda secara perseorangan atau dalam kumpulan seramai 5 orang, dengan pilihan untuk galakan jumlah penabungan dengan memasukkan cashback ke tabung anda
  • Maybank Home2u – uruskan pembiayaan rumah melalui aplikasi MAE
  • Expenses – Urus dan kategorikan perbelanjaan anda secara automatik, supaya anda dapat mengawal ketirisan dan rancang kewangan dengan lebih baik
  • Sama-Sama Lokal – sokong perniagaan tempatan dengan membuat pesanan melalui Sama-Sama Lokal dan bayar menggunakan MAE
  • Scan & Pay – belanja secara bayaran mudah alih lebih mudah dengan menggunakan scan & pay yang tersedia di aplikasi MAE
  • Shopping and promotions – dapatkan akses untuk cashback, promosi dan hadiah setiap kali anda menggunakan akaun MAE

CARA BUAT TABUNG MAE MAYBANK

Untuk menyimpan duit dalam tabung MAE Maybank, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Mulakan dengan menentukan tujuan simpanan anda. Contohnya, anda  yang ingin membeli telefon baru tahun depan.
  2. Pilih opsyen  “Create Tabung” dan tentukan kategori tabung, dalam contoh  anda kategori yang dipilih adalah “Shopping” dengan nama tabung “PHONE”.
  3. Pilih tarikh bermula dan tarikh matang untuk tabung anda. MAE akan mengira jumlah yang perlu disimpan setiap bulan untuk mencapai matlamat tabung anda.
  4. Tetapkan jumlah yang ingin anda simpan dan MAE akan memberikan gambaran keseluruhan mengenai tabung anda. Anda juga boleh memilih sama ada ingin menyimpan sendiri atau beramai-ramai dengan orang lain.
  5. Untuk menyimpan beramai-ramai, pilih opsyen  menabung bersama dengan orang lain, seperti keluarga atau rakan-rakan untuk merancang sesuatu seperti percutian bersama.
  6. Jika anda lebih suka menyimpan seorang diri, pilih akaun yang ingin digunakan dan tentukan sama ada ingin melakukan auto deduksi atau menambah sendiri setiap bulan.

CARA KELUARKAN DUIT TABUNG MAE MAYBANK

Untuk keluarkan duit  dari tabung MAE Maybank dengan mudah dan cepat, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke akaun MAE anda dan navigasikan ke tabung yang ingin anda keluarkan duitnya. Pilih opsi tiga titik di sudut kanan atas.
  2. Pada menu drop-down, pilih “withdraw funds.”
  3. Sebuah popup akan muncul, pilih opsi “withdraw” dan masukkan jumlah dana yang ingin anda tarik dari tabung tersebut.
  4. Klik “approve” untuk menyelesaikan proses pengeluaran seperti biasa.
  5. Jika anda memilih untuk menarik seluruh jumlah, tabung akan otomatis kosong.

Dengan langkah-langkah sederhana ini, dana dari tabung MAE akan segera tersedia di akaun utama anda.

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *