Cara keluarkan duit Tabung Haji (Kaunter, ATM @ Online)

Cara keluarkan duit Tabung Haji (Kaunter, ATM @ Online)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara keluarkan duit Tabung Haji (Kaunter, ATM @ Online)

Tahukah anda cara keluarkan duit Tabung Haji anda pada bila-bila masa. Ada kalanya, anda perlu menggunakan sejumlah wang yang banyak untuk melakukan sesuatu perkara yang penting, dan mungkin pada ketika itu, baki simpanan anda di bank lain tidak mencukupi.

Dalam hal inilah simpanan Tabung Haji anda memainkan peranannya. Mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji, had maksimum pengeluaran tunai ialah RM10,000. Pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000 hanya boleh dilakukan di Ibu Pejabat TH dan Pejabat Cawangan TH melalui cek / Pindahan Telegrafik.

Baca Juga : Cara Daftar THiJARI Online (Register & Senarai Perkhidmatan)

Cara keluarkan duit Tabung Haji secara offline

Jika dahulu, transaksi duit Tabung Haji dilakukan dengan menggunakan Buku Akaun Simpanan Tabung Haji yang boleh didapati apabila anda membuka akaun Tabung Haji.

Walau bagaimanapun, servis ini telah dimansuhkan pada Jun 2019. Seperti yang dinyatakan tadi, anda perlu hadir ke kaunter di Ibu Pejabat TH atau Pejabat Cawangan TH untuk melakukan transaksi. Cuma, kini proses ini menjadi lebih mudah kerana anda hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja untuk melakukan transaksi.

 

Cara keluarkan duit Tabung Haji di kaunter Tabung Haji

  • Bawa kad pengenalan (MyKad)
  • Isi borang
  • Tidak perlu bawa buku
  • Mulai tahun 2019 juga, anda tidak boleh kemaskini buku Tabung Haji.
  • Pihak kaunter akan mencetak penyata ringkas
  • Had maksimum pengeluaran tunai di kaunter Tabung Haji ialah RM10,000 (Sama juga seperti di Bank Islam dan Bank Rakyat)
  • Pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000 hanya boleh dilakukan di Ibu Pejabat Tabung Haji dan Pejabat Cawangan Tabung Haji melalui pindahan telegrafik.
  • Selain itu, terdapat beberapa contoh yang anda boleh gunakan, seperti di Bank Rakyat. Di Bank Rakyat, anda boleh melakukan transaksi ini secara offline dengan beberapa cara:

 

Cara keluarkan duit Tabung Haji di kaunter Bank Rakyat

Anda bawa bersama kad pengenalan anda ke kaunter dan beritahu kepada pegawai yang bertugas bahawa anda ingin mengeluarkan wang dalam Tabung Haji anda

Ikuti segala arahan daripada pegawai yang bertugas sehinggalah wang tersebut dapat dikeluarkan

Di Automatic Teller Machine (Mesin ATM) Bank Rakyat

  • Pergi ke mana-mana mesin ATM Bank Rakyat dan pastikan mesin tersebut dapat mengeluarkan resit
  • Masukkan kad debit Bank Rakyat dan masukkan nombor pin
  • Pilih ‘Pengeluaran Wang’
  • Pilih ‘Tabung Haji’
  • Pilih nombor akaun Tabung Haji anda
  • Masukkan jumlah yang dikehendaki
  • Pilih ‘Ya’ untuk mendapatkan resit urus niaga

 

Cara link Tabung Haji dengan Bank Rakyat

Akan tetapi, sebelum anda boleh mengeluarkan duit Tabung Haji di mesin ATM, anda perlu memastikan bahawa akaun Tabung Haji anda telah link dengan kad debit Bank Rakyat anda.

Caranya ialah:

  • Masukkan kad debit anda
  • Masukkan nombor pin anda
  • Pilih Menu ‘Lain-lain’
  • Pilih Menu ‘Teruskan’
  • Pilih Menu link ‘Akaun/Pendaftaran TH
  • Pilih menu link ‘Akaun Sendiri’
  • Masukkan no akaun TH anda

Untuk pengetahuan anda, proses transaksi pengeluaran duit di akaun TH serta proses linking akaun TH anda dengan kad debit (ATM) adalah sama dengan jenama bank yang lain seperti Maybank, CIMB dan juga Bank Islam, yang juga merupakan rakan strategic TH.

 

Pengeluaran Duit Tabung Haji Secara Online

Selain daripada transaksi di kaunter cawangan TH, kaunter cawangan bank serta di mesin ATM, anda juga boleh melakukan transaksi ini secara atas talian atau online. Pertama sekali, anda perlu membuat akaun perbankan internet/atas talian (online banking) di mana-mana laman web rakan strategik TH terlebih dahulu, iaitu Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat dan juga CIMB. Laman rasmi untuk setiap rakan strategik ini:

 

Cara Keluarkan Duit Tabung Haji melalui Bank Islam

  • Login akaun Bank Islam IB anda dengan memasukkan Username dan Password
  • Di bahagian atas laman, pilih Fund Transfer
  • Di dalam Fund Transfer, pilih butang Tabung Haji
  • Tertera beberapa ruangan yang perlu diisi di laman seterusnya. Di bahagian Transfer Type, pilih Tabung Haji Account to Own Bank Islam Account
  • Di bahagian From Account, pilih akaun TH anda yang sudah disertakan sekali dengan nombor akaun TH anda (Peringatan: pastikan akaun TH anda telah link dengan akaun Bank Islam anda terlebih dahulu)
  • Letakkan jumlah transaksi anda di ruangan untuk Transfer Amount. Caj untuk sekali transaksi adalah RM1.00
  • Pilih nombor akaun Bank Islam anda pada ruangan Recipient Account
  • Masukkan sebarang jenis rujukan sekiranya perlu di ruangan Recipient Reference.
  • Tekan butang Transfer.
  • Di laman seterusnya, tertera segala maklumat transaksi yang anda sudah isikan. Semak semula untuk pastikan tiada yang salah.
  • Di bahagian i-Access Code, tekan link Request i-Access Code. Kod ini akan dihantar ke nombor telefon anda yang telah didaftar semasa pembukaan akaun Bank Islam anda. Kod ini bertahan hanya selama dua minit dan perlu segera diisi.
  • Setelah selesai, tekan butang Confirm.
  • Transaksi anda berjaya.

 

Pengeluaran Duit Tabung Haji melalui Maybank2u

Pastikan anda telah mencipta akaun Maybank2U anda untuk melakukan sebarang transaksi secara online, dan juga pastikan akaun Maybank2U anda telah link dengan akaun Tabung Haji anda

  • Pergi ke laman rasmi Maybank2U, login ke akaun anda dan masukkan password.
  • Kemudian, cari butang PAY & TRANSFER yang terdapat di bahagian atas laman. Tekan butang tersebut.
  • Pada laman seterusnya, pada ruangan Transfer From, dalam kotak pilihan, pilih Tabung Haji Account.
  • Pada ruangan Transfer To, dalam kotak pilihan, pilih Own Accounts.
  • Pada kotak terbawah, tandakan pada pilihan Savings Account-I (disertakan dengan nombor akaun Maybank)
  • Seterusnya, sebuah notification box akan keluar. Pada ruangan Transfer Amount, masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada akaun TH.
  • Pada ruangan Reference, masukkan rujukan jika perlu.
  • Tekan butang Transfer
  • Request untuk nombor TAC, yang akan diterima di dalam telefon bimbit anda, masukkan nombor TAC tersebut.
  • Sahkan transaksi anda
  • Transaksi anda selesai.

 

Pengeluaran Simpanan Melalui Bank Rakyat (i-Rakyat)

Pastikan anda telah mencipta akaun i-Rakyat anda untuk melakukan sebarang transaksi secara online, dan juga pastikan akaun i-Rakyat anda telah link dengan akaun Tabung Haji anda.

  • Pergi ke laman rasmi i-Rakyat, login ke akaun anda, masukkan Secure Phrase yang anda telah tetapkan untuk akaun anda dan masukkan password.
  • Pada laman seterusnya, klik pada butang Fund Transfer yang terletak di bahagian atas laman, kemudian klik butang Own Account.
  • Pada laman seterusnya, pada ruangan From Account, pilih akaun Tabung Haji anda.
  • Pada ruangan To Account, pilih akaun Bank Rakyat anda.
  • Pada ruangan Amount, masukkan jumlah yang dikehendaki.
  • Masukkan sebarang remark pada ruangan Remark jika perlu.
  • Pada ruangan Set this as a repeat payment? , buat pilihan anda. Sekiranya anda ingin melakukan transaksi ini lagi dengan jumlah yang sama pada masa akan datang, tekan Yes. Jika tidak, tekan No.
  • Tekan butang Submit.
  • Pada ruangan seterusnya, semak status transaksi anda sama ada betul atau salah. Klik butang Confirm untuk sahkan transaksi anda.
  • Transaksi anda berjaya. Tekan Get Receipt untuk simpan dan cetak salinan pembayaran/transaksi. Tekan butang Make Another Payment sekiranya ada transaksi yang anda ingin lakukan lagi.

 

Pengeluaran Simpanan melalui CIMB Clicks

Untuk pengetahuan anda, buat masa ini CIMB tidak menyediakan perkhidmatan untuk mengeluarkan wang daripada akaun TH ke akaun CIMB anda.

Jadi, sebarang semakan baki semasa akaun TH ataupun transaksi pengeluaran wang hendaklah dilakukan secara offline di mesin ATM CIMB.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *