CARA GUNA iPLAN TOWNPLAN : CARI LOKASI ZONING TANAH  

CARA GUNA iPLAN TOWNPLAN : CARI LOKASI ZONING TANAH  
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA GUNA iPLAN TOWNPLAN : CARI LOKASI ZONING TANAH

Ini CARA GUNA iPLAN TOWNPLAN untuk CARI LOKASI ZONING TANAH . Untuk makluman anda, kini Plan Malaysia telah memperkenalkan iPlan bagi memudahkan carian maklumat guna tanah semasa dan zoning bagi tujuan rujukan umum atau perancangan pembangunan di masa sahaja pada bila-bila masa. Disini kami akan kongsikan kepada anda

Baca Juga : PERMOHONAN BARU GERAN TANAH (ROSAK ATAU HILANG)

APA ITU iPLAN

I-Plan merupakan sistem maklumat interaktif guna tanah perancangan yang dibangunkan oleh PLANMalaysia. Sistem ini dibangunkan untuk memudahcara pengurusan maklumat gunatanah perancangan melalui aktiviti penyeragaman, pengemaskinian, perkongsian dan capaian maklumat dan data gunatanah perancangan secara atas talian.

                                  

APA MAKSUD ZONING

Merujuk kepada penggunaan tanah yang telah dizonkan untuk pembangunan masa depan berdasarkan Rancangan Tempatan yang diwartakan. Contohnya, badan air, hutan, kediaman, perindustrian, infrastruktur dan kawasan lapang.

 

MUAT TURUN APLIKASI iPLAN

Kini bagi memudahkan urusan anda, sebainya anda memuat turun dan install aplikasi iplan di pautan berikut:

 

MODUL TERSEDIA SISTEM iPLAN

Terdapat 9 modul yang terdapat dalam sistem I-Plan iaitu :

  1. Modul Pengurusan Data Guna Tanah
  2. Modul Pengesahan
  3. Modul Manual Pengguna Online
  4. Modul Repository
  5. Modul Integrasi Sistem/Data Migrasi
  6. Modul Pentadbiran
  7. Modul Pemetaan Interaktif
  8. Modul Login dan Logout
  9. Modul Kawalan Perancangan dan Penganalisaan Spatial

 

DATA TERSIMPAN SISTEM iPLAN

Data yang disimpan dalam sistem I-Plan ialah data geospatial guna tanah semasa, komited dan zoning (Peta Cadangan) yang telah dikemaskini untuk 11 Negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

CARA SEMAK LOKASI ZONING TANAH GUNA iPLAN

Kepada anda yang ingin membuat carian tanah menerusi zoning Iplan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Zoning iPlan https://iplan.planmalaysia.gov.my/public/geoportal?view=zoning
  2. Pada bahagian Lapisan Gunatanah Zoning, masukkan maklumat diperlukan seperti:
    • Tahun
    • Negeri
    • Daerah
    • Mukim
    • PBT
  3. Setelah lengkap klik pada Papar
  4. Paparan carian tanah anda akan tertera,

 

MAKLUMAT DIPERLUKAN CARI TANAH GUNA iPLAN TOWNPLAN

Bagi membuat semakan atau carian tanah menerusi zoning iPlan, pastikan anda sediakan maklumat diperlukan seperti berikut:

  • Gambar plan tanah daripada geran
  • No Lot
  • Geran Tanah

 

CARA CARI TANAH GUNA iPLAN TOWNPLAN

Kepada anda yang ingin membuat carian tanah, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan iPlan TownPlan 
  2. Tutup ‘dialog box’ lapisan guna tanah semasa yang tertera dengan menekan pangkah.
  3. Klik pada simbol kanta untuk membuat carian. Pilih ‘Lot’.
  4. Masukkan maklumat no lot, mukim, daerah (jajahan) dan negeri.
  5. Paparan seterusnya yang keluar merupakan tanah lot yang dicari. Yang berwarna oren adalah lot tanah tersebut. Untuk memaparkan gambar dari satelit, anda boleh memilih ‘Google Satellite’ di bahagian kiri.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Zoning iPlan TownPlan, anda boleh merujuk portal rasmi PlanMalaysia 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *