CARA GUNA ByrHASIL: Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan LHDN Secara Online

CARA GUNA ByrHASIL: Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan LHDN Secara Online
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA GUNA ByrHASIL: Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan LHDN Secara Online

Tahukah anda cara guna ByrHasil untuk bayar cukai pendapatan LHDN secara online. Portal ByrHASIL kini memudahkan setiap rakyat Malaysia yang layak untuk membayar cukai pendapatan tahunan mereka secara dalam talian sahaja. Setiap rakyat Malaysia diwajibkan membuat pentaksiran cukai mereka dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun dengan mengisi borang e-filing.

Daripada e-filing tersebutlah akan dinyatakan sama ada anda perlu membayar cukai atau tidak dan usah khuatir sekiranya pendapatan anda belum cukup syarat yang ditetapkan, anda tidak perlu membayar cukai.

Bagi pekerja swasta ataupun kakitangan kerajaan, anda hendaklah menyelesaikan cukai anda sebelum 30 April sementara bagi pemilik perniagaan, tarikh akhir untuk menjelaskan cukai anda adalah 30 Jun.

Baca Juga : APAKAH STAMPS LHDN: Sistem Taksiran Dan Pembayaran Duti Setem Online

KEMUDAHAN GUNA ByrHASIL

Secara ringkasnya, ByrHASIL adalah satu perkhidmatan dalam talian yang menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai.

Terdapat beberapa cara untuk guna ByrHsil atau pembayaran yang boleh dilakukan seperti yang berikut:

  1. Bayaran Cukai Melalui FPX – Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai gateway untuk pembayaran cukai. Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.
  2. Bayaran Cukai Melalui Kad Kredit – Pembayar cukai boleh membuat pembayaran cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah menggunakan kad kredit secara dalam talian untuk semua kad kredit/debit VISA, Mastercard dan American Express yang dikeluarkan di Malaysia.

BAYARAN MELALUI FPX

  1. Layari portal ByrHASIL di alamat https://byrhasil.hasil.gov.my/
  2. Klik pada gambar FPX
  3. Pilih “Jenis Pengenalan”
  4. Masukkan “No. Pengenalan”
  5. Masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan
  6. Klik butang “Submit”
  7. Pilih “Kod dan Jenis Bayaran:”
  8. Pilih “Tahun Pentaksiran”
  9. Pilih “Bilangan Ansuran”
  10. Masukkan “Amaun Cukai (RM)”
  11. Klik butang “Hantar”
  12. Selesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat bank untuk membayar melalui perbankan internet

BAYARAN MELALUI KAD KREDIT

  1. Layari portal ByrHASIL di alamat https://byrhasil.hasil.gov.my/
  2. Klik pada gambar/logo Visa/Master Card / American Express
  3. Pilih “Jenis Pengenalan”
  4. Masukkan “No. Pengenalan”
  5. Masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan
  6. Klik butang “Submit”
  7. Pilih “Kod dan Jenis Bayaran:”
  8. Pilih “Tahun Pentaksiran”
  9. Pilih “No Ansuran”
  10. Pilih Jenis Kad
  11. Pilih Ezpay (Untuk bayaran secara ansuran)
  12. Masukkan “Amaun Cukai (RM)”
  13. Klik butang “Hantar”
  14. Selesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat kad kredit

MAKLUMAN

  • Pembayar cukai dinasihatkan untuk tidak membuat lebih daripada satu kali bayaran pada satu-satu masa sekiranya tidak menerima status bayaran.
  • Bayaran boleh disemak melalui e-Lejar dalam tempoh 3 hari bekerja atau hubungi LHDNM untuk maklumat lanjut.

ALTERNATIF ByrHASiL – Cara Bayar Cukai Secara Online / Manual

Pembayaran cukai juga boleh dibuat dengan kaedah bayaran seperti berikut:

  1. Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’
  2. Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  3. Kaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  4. Mesin deposit tunai bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  5. Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM

MAKLUMAT LANJUT CARA GUNA ByrHASIL

Sebarang pertanyaan,
sila hubungi Cawangan LHDNM berdekatan atau
Hasil Care Line LHDN
Telefon : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat (9.00 am hingga 5.00 pm )

Sebarang pertanyaan : https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *