CARA GUNA APPS SETEL : ISI MINYAK TANPA TUNAI

CARA GUNA APPS SETEL : ISI MINYAK TANPA TUNAI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA GUNA APPS SETEL : ISI MINYAK TANPA TUNAI

Tahukah anda cara guna Apps Setel Petronas? Di zaman serba canggih ini, penggunaan aplikasi dalam talian semakin meningkat dengan pesatnya. Setiap aktiviti harian kebanyakan orang sekarang boleh menggunakan apps sahaja di HP dan selesai. Dengan penggunaan apps atau aplikasi dapat memudahkan ramai orang menyelesaikan urusan harian mereka. Termasuklah mengisi minyak.

Untuk makluman anda, sekarang anda tidak lagi perlu ke kaunter jika ingin mengisi minyak di Petronas dan tidak lagi perlu ambil duit dahulu sebelum mengisi minyak kenderaan anda di Petronas. Petronas telah memperkenalkan Setel iaitu aplikasi atau apps yang dicipta untuk mengisi minyak tanpa perlu ke kaunter.

Oleh itu, jika anda merupakan pelanggan tetap jika mengisi minyak di Petronas, anda boleh menggunakan Setel ini untuk memudahkan lagi proses pengisian minyak di Petronas. Dan sangat digalakkan anda menggunakannya.

APA ITU APPS SETEL PETRONAS

Setel adalah aplikasi atau apps online untuk pembayaran, pam dan go yang membolehkan anda memperoleh sehingga 5x ganjaran di pam tanpa perlu turun dan dan tanpa menggunakan mesin kad kredit.

Setel berfungsi melalui sistem pembayaran berdasarkan GPS di mana anda membayar petrol anda di lebih daripada 740 stesen PETRONAS melalui aplikasi. Yang perlu anda buat hanyalah mengesahkan bahawa aplikasi tersebut mempunyai lokasi yang tepat, tekan nombor pam anda, dan kemudian beritahu aplikasi berapa banyak petrol yang anda mahukan.

KELEBIHAN APPS SETEL PETRONAS

  • Anda berpeluang untuk mendapat rebat petrol. Ini adalah yang paling menarik sekali. Contohnya, anda boleh dapat rebate petrol dan tak perlu bayar apa-apa.
  • Anda tidak perlu ke kaunter pembayaran untuk membuat pembelian petrol (mengisi minyak).
  • Anda tidak perlu mengeluarkan kad kredit atau kad debit untuk pembelian di pam.
  • Anda berpeluang mendapat kredit apabila anda dapat menarik kenalan anda untuk turut menggunakan aplikasi SETEL.
  • Rekod pembelian petrol atau mengisi minyak direkod secara automatik ke dalam kad Mesra.
  • Resit pembayaran terus masuk ke dalam emel anda. Tidak akan ada isu resit hilang, atau isu tulisan pada resit yang tidak jelas.
  • Kad Mesra disertakan dalam aplikasi SETEL. Secara automatik, akan tercatat rekod untuk setiap kali anda mengisi minyak.

Untuk makluman anda, sebelum anda menggunakan Setel Petronas ini, anda dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu. Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat pendaftaran.

CARA DAFTAR APPS SETEL PETRONAS

Untuk mendaftar akaun aplikasi Setel Petronas, ikuti langkah berikut:

    1. Muat turun aplikasi Setel Petronas di Playstore (untuk pengguna Android) dan Appstore (IOS / Iphone).
    2. Kemudian, anda perlu buka aplikasi tersebut dan tekan pada ruangan ‘Register’. Di sini akan keluar paparan untuk pendaftaran akaun. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi butiran yang dikehendaki dan klik pada ruangan ‘Register’ sekali lagi apabila sudah selesai.
    3. Selepas itu, anda dikehendaki memasukkan kod pengesahan yang dihantar kepada nombor telefon yang didaftarkan tadi. Apabila selesai memasukkan kod pengesahan, pendaftaran anda telah berjaya. Akhir sekali, anda dikehendaki untuk log masuk ke dalam aplikasi Setel Petronas menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang didaftarkan.
    4. Untuk memulakan penggunaan aplikasi ini, anda harus menetapkan nombor pin untuk keselamatan dan topup akaun anda sebelum menggunakan aplikasi ini.

CARA TOPUP APPS SETEL PETRONAS

Di bawah ini adalah cara untuk tambah nilai atau topup Setel Petronas.

  1. Buka aplikasi atau apps Setel Petronas anda.
  2. Tekan [Pay] di menu bawah.
  3. Tekan [Topup] di Balance anda.
  4. Anda dikehendaki SELECT A TOP-UP AMOUNT sama ada RM20,40,60,80,100 atau Other. Minimum topup RM10.
  5. Kemudian, anda dikehendaki pilih Payment Method.
  6. Sila pilih Online Banking untuk memudahkan anda topup atau tambah nilai Setel Petronas anda menggunakan CIMBCLICKS atau MAYBANK2U dan lain2 internet banking.
  7. Tekan [TOP-UP NOW].
  8. Pilih Bank Online Banking yang anda mahu gunakan untuk topup atau tambah nilai secara online.
  9. Selesaikan proses Online Banking anda untuk proses topup.
  10. Jika dah selesai, jumlah di balance anda akan bertambah seperti nilai yang anda masukkan semasa topup atau semasa tambah nilai tadi.
  11. Seterusnya, anda boleh mula guna Setel Petronas untuk mengisi minyak seperti panduan di bawah ini.

CARA GUNA APPS SETEL PETRONAS

PANDUAN LENGKAP CARA GUNA SETEL PETRONAS.

  1. Buka aplikasi atau apps Setel Petronas anda.
  2. Pastikan anda sudah berada di Petronas yang anda mahukan. Dan pastikan Petronas tersebut mempunyai perkhidmatan Setel.
  3. Pandu kereta anda ke Pam Minyak yang anda mahukan.
  4. Lihat aplikasi atau apps Setel Petronas anda akan dipaparkan Purchase Fuel.
  5. Tekan [Purchase Fuel] dan klik Got IT.
  6. Sila pilih Nombor Pump yang anda berada. Lihat di Pump yang anda parking akan ada Label Nombor Pump Setel di Pump tersebut.
  7. Pilih Jumlah yang anda mahu isi.
  8. Tekan [PAY].
  9. Masukkan Nombor Pin yang anda cipta semasa pendaftaran atau jika anda aktifkan Face ID untuk buka kekunci segera lakukan Face ID muka anda.
  10. Seterusnya jika keluar paparan Start Refuelling Now, anda sudah boleh mula mengisi minyak ke kereta anda.
  11. Jika sudah selesai mengisi, letak semula nozzle pump dan masuk ke dalam kereta.
  12. Anda boleh dapatkan resit penuh dengan cara download PDF pada link yang disediakan. Dalam masa sama juga, anda dapat Mesra Point.
  13. Mudah dan senang kan. Selepas ini, tak perlu la nak keluar dan beratur panjang semata-mata nak buat pembayaran. Setel kan ada.

MAKLUMAT LANJUT

Setel Ventures Sdn Bhd,
Level 17, M-05, Nucleus Tower,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya.

Setel Support : https://setelappsupport.zendesk.com/hc/en-us.

Baca Juga :

EJEN HARTANAH VS PERUNDING HARTANAH : APA PERBEZAAN 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *